Saturday 16 April 2016

TIPS ON LAST MINUTES STUDY// HOW I USUALLY STUDY

Bismillah.dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,
Selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda.

Assalamualaikum, dah perbaharui syahadah kalian?


 So, basically this entry is about some of the ways/tips that I usually practiced when I used to study especially at the night before the exam.

1)      Percaya yang kau masih ada masa. Jangan gelabah. / Believe that you still have time to finish the topics related.

2)Bahagikan setiap topic mengikut masa (berapa lama satu topic tu baru boleh habis)// divide each topic according to time (how much time should be allocated on each topic)

3)Pastikan kau faham setiap satu point tu sebelum beralih kepada point lain// make sure you really understand that point before moving on to the other point #crucialtips

4)Tetapkan point atau masa untuk berhenti study sekejap dan pastikan tak melebihi masa yang ditetapkan// Set a point where you want to take a break. Make sure to do it and never exceed the allocated time. #crucialneeds

5)Simpan semua benda yang boleh menggangu kosentrasi( laptop, phone)// Keep all those things that you believe can distract you away from your study.

6)Lepas habis satu topic/chapter, tulis satu perkataan yang akan ingatkan kau pada topik yang telah dibaca dan terangkan apa yang kau baca tadi dengan hanya menulis satu perkataan tu sahaja// After finish studying a topic, create a word that can help you recall the previous topic and explain to yourself about the topic.

7)Masuk dewan exam dengan kaki kanan dan redha dengan apa yang telah kau usahakan// Enter the examination hall with your right feet.

8)Baca doa sebaik-baik sampai dekat meja// Recite some prayer as soon as you arrive

9)Selepas peperiksaan bermula, baca semua soalan dulu, tulis semula setiap perkataan yang kau dah buat semalam berpandukan soalan// After the exam start,read the all the questions first and jot down all the words that you have created according to the question given.

10)Cuba jawab semua soalan yang diberikan atau cari kaitan soalan tu dengan apa yang kau hafal// Try to answer all questions or you can find any connection between the question given or any point that you have memorize.

11)Akhir sekali, redha dan tawakal pada Allah atas apa yang kau dah catatkan dekat kertas peperiksaan tu dan jangan terlalu fikirkan//Finally, believe that you have done your best and let Allah decide it for you.


p/s

-kebiasaannya memang kau akan rasa tak sempat, rasa menyesal tak start study awal, jadi, instead of buang masa nak rasa menyesal, baik kau terus cepat-cepat study. Lagi-lagi kalau malam tu baru rasa menyesal.

-jangan rasa kelam kabut tak sempat nak habiskan semua.

-Kalau aku, bila dah masuk je dewan exam tu, kira dah masuk dunia sendiri, kalau ada orang tanya aku apa aku jawab, dan aku jawab betul ke salah, memang aku tak mampu jawab.Haha. Kadang-kadang aku sendiri pun tak akn ingat kenapa aku jawab betul padahal aku rasa waktu exam haritu salah.

-Lagi satu pentingnya doa dari parents. Ni adalah kunci kejayaan mana-mana manusia pun. Jadi, sentiasalah mintak parents kau doakan untuk kau dan jangan lupa doakan sekali untuk classmates, coursemates, roomates dan segala mates2 yang ada.

That’s all.


Harap-harap tips ni boleh membantu korang-korang yang gelabah bila study last minit.


Eventually, dinasihatkan janganlah study last minit. hehe

Assalamualaikum,
     ~ha~

Friday 1 January 2016

KOKTAIL

Bismillah.dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,
Selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda.

Assalamualaikum semuanya. Dah lama aku tak mengupdate blog aku kan? dah masuk tahun baru pun hari ni. Aku sambut tahun baru dengan exam final lah,macam biasa.

Okay, sebelum aku membebel banyak-banyak, dah perbaharui syahadah kalian untuk hari ni?

Kalau belum silalah berbuat demikian okay. tak nak buat pun tak pe sebenarnya. 

Seperti tajuk yang tertera di atas, hari ni Insha Allah aku nak cakap pasal koktail. bagi yang tak tahu koktail tu apa, koktail tu adalah minuman; buah campur dengan susu. Camtulah kot. aku tak tau lah ejaan aku tu betul tak.haha

So, enjoy my version of kata-kata puitis. hehe

________________
________________



Siapa sangka segelas koktail itu mampu membawa aku kembali menjengah kenangan lama. Episod-episod kehidupan yang semakin dimamah waktu. Mungkin bagi manusia lain, koktail itu hanyalah satu minuman tapi, bagi aku, koktail itu adalah simbol kebahagiaan dan kesedihan.

Kenangan yang mana mungkin aku lupakan kerana setiap kenangan itu yang mengajar aku untuk terus berdiri teguh sehingga ke hari ini.

Andai aku mampu singkapkan satu persatu kenangan itu, belum tentu tulisanku ini mampu menzahirkan emosi yang aku rasakan ketika itu. Cukup indah dan bahagia tapi juga derita.

Perpisahan di hujung tingkatan 5 menjanjikan aku dengan pelbagai kebahagiaan yang terbentang luas di depan mata. Tak dapat ku kira perancangan yang aku senaraikan sesudah menamatkan alam persekolahan.Namun jauh di sudut hati, perasaan sedih yang bergantungan di pangkal hati membuat rasa ingin dewasa aku hilang serta merta kerana aku tahu bahawa aku akan berpisah dengan mereka yang telah bertahun lamanya mencorak hidupku.Dan saat itu, koktail menjadi saksi sebuah persahabatan.

Tak cukup itu, segelas koktail itu membawa aku menelusuri satu cebisan kehidupan yang cukup indah kerana kalian telah menjadi tulang belakang aku ketika aku rasa aku keseorang di cfs. Segala suka, duka, tangis dan hiba aku kongsikan dengan kalian. Dan sekali lagi koktail itu menjadi simbol kesedihan kerana hati kita masing-masing sudah pasti yang kita akan terpisah oleh jarak. Hati kita tak lagi bersatu, dan untuk hal itu, aku memohon maaf kerana itu salah aku.

Dan hari ini, koktail itu sekali lagi menjadi saksi sebuah episod kehidupan yang tak ingin ku tinggalkan sampai bila-bila.

Di ruangan yang serba cukup itu, beberapa keping hati-hati yang runsing menjawab soalan peperiksaan, berkumpul untuk merapatkan ukhwah. Sejujurnya, hati yang sedang gundah gulana ini terhibur dengan layanan dan keramahan kalian. Mana mungkin hati ini bersedih dan berduka andai kalian sentiasa ada menguntumkan senyuman bahagia seolah-oleh menyatakan yang kita berjuang bersama-sama, dan aku tak akan sekali ditinggalkan sendiri? Koktail itu menjadi saksi kepada hati yang bahagia ini dan persahabatan yang makin mekar ini.

Tapi,
Jauh di sudut hati aku dapat rasai, koktail itu akan sekali lagi menjadi saksi kesedihan kepingan-kepingan hati yang begitu rindu akan suasana yang telah berlalu pergi.Selagi belum sampai tika dan waktu itu, biarlah koktail itu hanya menyaksikan kebahagiaan yang kita sama-sama ciptakan selagi masa mengizinkan.

(Fir@sh@,01/01/2016,02;16)

________________
________________

entry ni aku tulis semalam lepas inspiirad time out. 

That is all.

Assalamualaikum,
     ~ha~


Thursday 28 May 2015

SEDEKAH

Bismillah,dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,
Selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda.

Sudah perbaharui syahadah kalian? 

Jadi, seperti yang tertulis dalam tajuk entry di atas, hari ni aku nak berkongsi sedikit pengalaman tentang sedekah.

Last few weeks, before final exam start, i decided to go home and see my parents. Mintak restu and of course sebab rindu. Hari sabtu tu, aku ada satu exam yang duration dia 30 minit je. Lepas tu, tiket pun tak beli lagi, doa-doa ada jela tiket bas kan. Sampai bilik terus je aku beritahu roomate mintak tolong hantar p terminal. So, dia cakap kena p isi minyak dulu. So, kiteorang pun p la. Time pukul 10.30 bertolak. Waktu nak isi minyak tu aku hulur lah duit sikit, yela, nak cakap tak manis lah kalau mintak tolong hantar saja. But, macam biasa, kawan aku resist. Tapi sebab aku insist sangat, aku tambahlah duit yang dia guna nak isi minyak. Kira aku bayar minyak motor jela kan. 

Sampai je kat stesen bas, kalau boleh lagi cepat naik lagi bagus kan? Tapi aku baru nak p mencari tiket, jam dah pukul 11. Pastu, laju-laju la aku p berjalan ke kaunter lepas tu ada bro ni tanya nak p mana? aku pun cakap lah aku nak balik rumah kan. Kebetulan, dia cakap bas dah nak gerak, jadi, dia suruh je aku turun beli tiket dekat driver bas tu. dan aku risau jugak kalau kena tipu ke apa kan, fobialah katakan. Tapi aku turun jugak, nampak je bas dekat paltform tu cecepat je tanya.

Alhamdulillah, nasib baik tak kena tipu. Naik bas tu, aku pun p la bayar kat driver tu. To my surprise, lagi murah rupanya dari beli dekat kaunter. Kan dah jimat kat situ.


Okay, aku tak rasa korang nampak apa yang aku nak sampaikan. haha.
Basically, disebabkan aku tolong topup duit minyak kawan aku, walau pun sikit je,Allah dah permudahkan urusan aku hari tu. Dan yang paling bestnya, tiket aku dapat murah kot. Dia punya save dekat tiket tu dua kali ganda duit minyak yang aku tpupkan tu.

Haa, clear dah?

sebenarnya, nak cakap kelebihan sedekah ni banyak di Ya Allah, serius memang banyak. Tunggu kita nak perasan ke tak je ganjaran sedekah yang Allah dah bagi.

Tak semua sedekah tu,Allah akan balas dalam bentuk wang and harta. Tapi dalam bentuk rezeki, yes rezeki tu bentuknya banyak. Contoh, Allah tetapkan sem ni kau dapat lecturer yang murah dengan markah sebab kau selalu letak duit dekat masjid setiap kali solat jumaat. 

Atau pun, senangnya apa yang kau baca masuk dan tersemat dalam kepala, walaupun baru sekali kau baca sebab tiap2 kali orang datang mintak derma kau selalu bagi.

dan macam-macam lagi sebenarnya. KAdang-kadang manusia akan perasan rezeki dia murah or kelebihan sedekah ni bila benda tu zahir je. Apa yang Allah kurniakan secara halus, atau yang susah kita nak nampak kalau kita tak merenung betul2 susah kita nak perasan.

Ada jugak antara kita yang was-was nak bagi sedekah sebab risau sedekah tu tak sampai pada orang yang sepatutnya.Dalam hal tu, pendapat aku, niat kita nak sedekah, kita sedekah je, jangan risau apa yang kita sedekahkan tu sampai atau tak, sebab yang tu hal orang tengah. Jadi, jangan pernah was-was nak sedekah,okey?

Biar pun setakat 10 sen or lagi besar, sedekah tu, jangan niat nak menunjuk tapi niat nak mudahkan orang lain supaya Allah pun mudahkan kita.

That is all.

Assalamualaikum,
      ~ha~

Monday 11 May 2015

MUM

Bismillah.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Selawat dan salam buat nabi Muhammad dan para sahabat baginda.

Hi guys.

Have you renew your syahadah today?

I think it is not too late to wish to all mothers a happy mother days.

So, if you guys ask me whether it is possible or not a muslim celebrating mother days, and my answer will be a yes and also a no.

Basically, it is up to our level of iman. If we think and niat that we celebrate mother days because of we wanna eppreciate our mother deeds sincerely, then it is no problem. However, if we believe that by celebrating mother days will reduce or shake our iman. So, just don’t.

If you notice that I write mother days not mothers day because we all know that every single day is mother day. Right?

So, I wanna share some stories about both my parents.

Actually this is inspired by my friend when he randomly ask a our group who we are closest to? So, fitrah stated that a son will be more closed to mother and a daughter will be more close to father. But my answer will be both. Because for me, it is not fair for both my parent if I were to be closed to a side and be not so close to the other side.

So, in this version I definitely will talk about my mother  first.

Mum was the one who I respect most because she really know how to keep everything herself. We, not knowing anything on the other hand, keep hurting her. Even sometimes we were so rush that we forgot to mention her name in our dua. Not to mention that she never miss to keep her  dua for us in her five daily prayers plus all her sunat prayers. I am a mum and dad girl because everytime I be at home, I will cry the last day at home. Knowing that I have been a bad child for the remaining time I stayed there and knowing that I might have not being a useful or even a soleh child.

 When I went back for holidays, I tried my best to wake up early and do whatever I can to help her even when she never ask. She never ask. She will never ask sometimes but deep inside, she was really grateful when I decided to help her.

And of course she always advice me with a very soft way. She always ask me to sedekah my quran recitation for my grandmother and my grandfather as she always said that it was the only way to help my grandparents. Eventually I realize that she would really want me to be the same as she is. Reciting quran to help her parent.

  Even when I talk to her, my tears will definitely rolling down the check as I cried. Most of my siblings, that were very hard to wake early including me will definitely wake up early the last day at home and spent most of our time with mum. And yeah, sometimes we even quarrel laying on mum bed.

As every mum did, mum always know of I or my siblings have problems. You know what they say, you can never keep it from your mum. And to be honest when mum ask me is there any problem, I definitely will cry.

Even mum don’t know how to use technology. But she learn. Why? Because she just want to feel and experience the thing that her children love the most. Eventually, she sometimes loves to call you name just because she miss you.

I remember my mum saying that the house will definitely become quiet because most of her children have gone back and proceed their works and of course, hearing that  I unable to resist myself from shedding  tears.

Okay, I believe that is enough for now.

Do drop your story about your mum down there.

And remember.

“ The bless from Allah come from the bless of our parent”


Love your parent and appreciate them as they are the reason of our existence.

And yes, for those who doesn't have mum or dad, you can still be nice to them by reciting the Quran to them and always mention their name in your doa. Whoever our parents are, bad or good, never stop pray for them.

Assalamualaikum,
 ha

Friday 10 April 2015

HATI

Bismillah,

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,
Selawat dan salam buat Rasulullah dan para sahabat baginda.

Assalamualaikum dear sisters and brothers?

Have you been well?

And have you renew your syahadah for today?

Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk  menulis dan masih diberi kesempatan untuk menghirup udara yang Alhamdulillah tak kena GST. heh.

Jadi, harini pun nak bercerita soal analogi, bukan GST, analogi yang terfikir tengah menyapu tadi.

Analogi: Sapu sampah.

Sebenarnya tak semestinya sapu sampah, tapi disebabkan Allah guide intellect ni ke arah tu masa menyapu tadi, kita buat jela analogi tu.

Kalau korang perasan, biarpun korang baru je sapu sampah semalam, esok dah berhabuk balik tempat yang korang sapu tu kan?

Sampai kadang-kadang tu penat. Baru je sapu, dah ada sampah balik. Tu sampah yang semula jadi, tak masuk lagi sampah yang orang lain buat atau sampah habuk pemadam.

Contohnya, kau baru sapu bilik, kawan kau pula pegi gunting-gunting kertas, pastu sampah yang kecik-kecik cenonit tu susah nak kutip, dia biar je. 

Jadi, walau pun kita dah sapu hari tu, keesokannya, sudah tentu dan pasti berhabuk balik.

Kan?

Jadi, apa sebernya yang aku nak bawak?

Analogi aku, kawasan yang kita sapu tu umpama hati. 

Yes, hati.


Hati yang complicated bak kata sesetengah orang. 
Hati yang Allah bolak balikkan.
Hati yang kita pinjam dari Allah. 
Hati yang kadang-kadang senang-senang kita biar kotor.

Kita,
sebab apa? sebab kita hamba. 
Sebab kita tak lari dari dosa.

Korang bayangkan, kalau bilik korang yang korang dah sapu tu pun cepat je berhabuk, apatah lagi hati.

Hati, cepat je kotor kalau kita tak jaga,
cepat je hitam kalau kita tak cuci hari-hari,
senang je nak jadi gelap.

Hmm, habuk masuk mata.

Bayangkan, kita memanglah tak lari dari buat dosa tapi kita boleh kurangkan, itu ibarat sampah yang semula jadi terkumpul belum lagi tambah dengan sampah yang kita sengaja buat.

Contoh?

Simple je, kita duk mengata, mengumpat, duk melaghakan diri dan perkara-perkara yang korang sendiri pun tahu kan.

Bila habuk semula jadi bercampur dengan habuk yang korang sendiri buat, tak ke lagi kotor?

Kita memanglah tak sapu sampah hari-hari. Kadang-kadang bila mata dah semak bak kata sesetengah orang, baru kita sapu. 

Tapi, hati, HATI tak boleh macam tu. Sehari kita tak cuci dia, sehari kita tak bersihkan dia, hati makin gelap, makin hitam, segala daki-daki tu makin susah nak tanggal. Makin banyak effort yang kita kena buat sampai ada sesetengah antara kita putus asa. Malas. Cepat je sudah.

Kalau korang tanya aku, cemana sebenarnya nak cuci dan bersihkan hati ni?
Sampai nak ke book operation theater ke?
Kena p consult doktor ke? 
Kena letak clorox ke baru boleh bersih hati kita ni?


Senang je. Senang je nak cakap, tapi nak buat, hanya orang yang betul-betul bersungguh je mampu. 

Aku? masih mencuba.


  1. Muhasabah. Tiap2 malam sebelum kita tidur.

2. Solat dengan feel. 
kalau kita tak rasa mampu nak khusyuk sepanjang solat tu, sekurang-kurang cukuplah waktu sujud yang terakhir tu, kita doa pada Allah, pemilik hati kita ni, untuk bantu kita sucikan hati kita dan dekatkan lagi hati kita dengan Allah.

Sebab apa aku cakap sekurang-kurangnya sujud yang terakhir? Sebab sujud terakhir tu paling dekat dengan Allah. Eventually, kita slow-slowlah cuba untuk khusyuk untuk sepanjang solat,okay?

dan, yang paling susah bagi aku,kalau kita rasa susah nak buat dua yang atas tu,

 3. kita kurangkan diri kita daripada menghitamkan hati kita,

 yakni, kurangkan dan tahan diri kita dari buat perkara yang mampu menghitamkan hati kita.


Akhir kalam, kalau kehitaman hati tu kita boleh tengok pakai apa-apa mesin, entah macam mana lah hati kita kan?

"Kita peminjam, bukan pemilik, jadi, pulangkan barang pinjaman dalam keadaan suci, sebagai mana waktu kita meminjam"

"blackhead dekat muka boleh nampak, blackhead dekat hati?"


(kredit)
Assalamualaikum,
      ~ha~



Monday 6 April 2015

Be The Person You Portrayed

Bismillah,

Dengan Nama Allah Yang Maha Penyayang Lagi Maha Mengasihi,
Selawat dan salam buat junjungan besar Rasulullah dan para sahabat baginda.

Assalamualaikum.

Semoga kalian-kalian dalam redha Allah hendaknya.

Setelah aku berkira-kira, akhirnya aku tuliskan jugak entry ni. 

Dan, sejujurnya, sebab dah dibelasah teruk dengan kata-kata yang bersifat kesedaran di laman twitter, aku gagahkan tangan untuk menaip.

Dan pastinya ini untuk aku dan juga aku kongsikan untuk kalian.

Jadi, analoginya begini.


Kalian dihadiahkan dengan sebuah kotak yang sangat kemas balutannya, segala perinciannya sangat menarik dan sudah tentu kalian tidak sabar untuk membukanya bukan?

Image result for hadiah

Jadi, akan ada dua jenis manusia.

Satu, yang membuka dengan berhati-hati, dicari punca selotape dan berhalus-halusan agar kertas yang membalut hadiah itu tidak koyak.

Dua, ditarik sahaja kertas pembalut itu, biarlah koyak, asal isinya dapat diketahui dengan segera.

Dan, apakah perasaan kalian, andai kotak yang begitu cantik itu, kosong isinya?
Kotak yang dibalut dengan perincian yang menarik itu tidak berisi apa-apa.
Hanyalah sebuah kotak kosong yang tak ada gunanya.

Pastinya kalian ada yang rasa dipermainkan, bukan? Atau kalian rasa ada orang yang ingin sabotaj kalian mungkin?


Tapi, jauh di sudut hati, pastinya kalian akan merasa hampa. Expectation yang tinggi dengan bayangan hadiah menarik yang bakal diperolehi itu hancur berkecai ibarat jatuh ditimpa tangga. ceh!




Hadiah yang berbalut kemas itu merupakan kita, umat Islam,
Tangan yang tidak sabar membuka balutan itu ibarat mereka yang bukan Islam,
Isi kotak itu adalah Islam itu sendiri.

Kita, diri kita bertanggungjawab menyampaikan imej Islam ke pentas dunia. Lalu, mereka yang melihat timbul rasa ingin tahu. Namun, apabila disingkap satu-persatu ternyata isinya kosong. Isinya hilang. Islamnya tidak ada.

Islam dalam diri kita tidak ada, hanya sekadar kotak kosong yang tak punya apa-apa. Mana mungkin Tuhan akan merasa bangga. Mana mungkin Islam diberi kemenangan. Andai jiwa-jiwa kita, masih kosong, andai hati-hati kita masih lemah. Ya, lemah itu tak mengapa, cuma kita perlu selalu bangkit. Bukan hanya terus-terusan membiarkan diri hanyut lantas lemas dengan kelemahan sendiri.

Jadi, jujur aku katakan, aku juga ibarat buih-buih di lautan, yang nampaknya cantik, tapi rapuh sekali, senang sekali hanyut dengan arus laut yang membadai ke sana dan ke mari. Namun, sampai bila harus aku kekal menjadi buih itu.

Aku lemah, kita lemah, tapi Allah yang mampu menguatka kita. Carilah Islam, timbalah ilmu-Nya, agar kotak yang berbalut kemas itu tidak lagi kosong isinya. Bahkan, isinya mampu bermanfaat dan menggembirakan seluruh dunai yang melihatnya.

Assalamualaikum,
          ~ha~





Tuesday 17 March 2015

DOA ^^

Bismillah,
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,
Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat baginda.


Assalamualaikum wahai para pembaca sekalian.
First and foremost,
Sihat tak anda-anda?

Aku, Alhamdulillah sihat.

Jadi, kalau korang dah tengok entry " Unexpected thing do happen" , korang tahulah yang aku dah memang bercadang nak terbitkan entry doa ni tapi, masa tak mengizinkan, jadi sementara ada masa ni, In shaa Allah.

Ini jugak adalah gabungan 5 Minit Tazkirah.

So, let's get started.

DOA- by Liyana, Radiografi

1) Adab-adab berdoa
  • Berwuduk
  • merendahkan suara
  • Memuji Allah dan Nabi sebelum dan juga selepas berdoa
2) Sebab - sebab doa tak makbul
  • Pemakanan kita, mungkin kita ada makan hak orang etc.
  • dari segi pakaian kita, tutup aurat ke tak
  • doa tu bukan untuk sekarang, tapi untuk masa akan datang
  • mungkin apa kita doa tu perkara yang tak elok
  • Allah nak bagi atau nak makbulkan doa kita tu nanti dekat akhirat.
3) Kelebihan doa
  • doa bertindak sebagai pelindung dan senjata bagi orang mukmin bila kita betul2 yakin dengan doa tu
  • Allah sentiasa kasihkan hamba-hambanya yang senantiasa berdoa kepada-Nya
  • Jiwa kita akan lebih tenteram dan doa tu bertindak sebagai penawar hati yang sedang berduka lara
  • Doa jugak adalah penghubung antara anak dengan ibu bapa, jadi, even though kalau mak abah kita dah tak de, doa anak yang soleh tu akan sentiasa sampai pada parents tau.
  • Doa jugak adalah penyembuh segala penyakit, rohani ke jasmani ke fizikal ke emosi ke
  • dan... doa adalah pengikat tali persahabatan
"Sekiranya, manusia itu tahu, bila apa yang diminta pada Allah tidak dikabulkan, kiranya dia tahu, Allah sedang mempersiapkan sesuatu yang berganda-ganda lebih baik daripada apa yang diminta, pasti dia tidak akan bersedih malah lebih bersyukur dengan takdir Allah itu"
(kredit)


"Bila mana seorang hamba itu bersabar dan tak putus harap pada Allah untuk mengabulkan doanya, selagi itu Allah menghadiahkan ganjaran pahala atas kesabarannya itu"


p/s
 ini adalah gabungan-gabungan daripada beberapa tazkirah yang aku attend, dan andai ada antara content entry ni, yang pengtazkirah tu ambil dari blog orang lain, aku minta maaf dan aku harap dihalalkan.

dan pastinya kredit untuk kalian yang telah membuka mata aku untuk terus-terusan berdoa kepada-Nya.

Oh,sebelum aku terlupa, tolong doakan aku ye! ^^

Assalamualaikum,
     ~ha~