Tuesday 17 March 2015

DOA ^^

Bismillah,
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,
Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat baginda.


Assalamualaikum wahai para pembaca sekalian.
First and foremost,
Sihat tak anda-anda?

Aku, Alhamdulillah sihat.

Jadi, kalau korang dah tengok entry " Unexpected thing do happen" , korang tahulah yang aku dah memang bercadang nak terbitkan entry doa ni tapi, masa tak mengizinkan, jadi sementara ada masa ni, In shaa Allah.

Ini jugak adalah gabungan 5 Minit Tazkirah.

So, let's get started.

DOA- by Liyana, Radiografi

1) Adab-adab berdoa
  • Berwuduk
  • merendahkan suara
  • Memuji Allah dan Nabi sebelum dan juga selepas berdoa
2) Sebab - sebab doa tak makbul
  • Pemakanan kita, mungkin kita ada makan hak orang etc.
  • dari segi pakaian kita, tutup aurat ke tak
  • doa tu bukan untuk sekarang, tapi untuk masa akan datang
  • mungkin apa kita doa tu perkara yang tak elok
  • Allah nak bagi atau nak makbulkan doa kita tu nanti dekat akhirat.
3) Kelebihan doa
  • doa bertindak sebagai pelindung dan senjata bagi orang mukmin bila kita betul2 yakin dengan doa tu
  • Allah sentiasa kasihkan hamba-hambanya yang senantiasa berdoa kepada-Nya
  • Jiwa kita akan lebih tenteram dan doa tu bertindak sebagai penawar hati yang sedang berduka lara
  • Doa jugak adalah penghubung antara anak dengan ibu bapa, jadi, even though kalau mak abah kita dah tak de, doa anak yang soleh tu akan sentiasa sampai pada parents tau.
  • Doa jugak adalah penyembuh segala penyakit, rohani ke jasmani ke fizikal ke emosi ke
  • dan... doa adalah pengikat tali persahabatan
"Sekiranya, manusia itu tahu, bila apa yang diminta pada Allah tidak dikabulkan, kiranya dia tahu, Allah sedang mempersiapkan sesuatu yang berganda-ganda lebih baik daripada apa yang diminta, pasti dia tidak akan bersedih malah lebih bersyukur dengan takdir Allah itu"
(kredit)


"Bila mana seorang hamba itu bersabar dan tak putus harap pada Allah untuk mengabulkan doanya, selagi itu Allah menghadiahkan ganjaran pahala atas kesabarannya itu"


p/s
 ini adalah gabungan-gabungan daripada beberapa tazkirah yang aku attend, dan andai ada antara content entry ni, yang pengtazkirah tu ambil dari blog orang lain, aku minta maaf dan aku harap dihalalkan.

dan pastinya kredit untuk kalian yang telah membuka mata aku untuk terus-terusan berdoa kepada-Nya.

Oh,sebelum aku terlupa, tolong doakan aku ye! ^^

Assalamualaikum,
     ~ha~

Wednesday 11 March 2015

5 Minit Tazkirah

Bismillah,
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,
Selawat dan salam buat Rasulullah dan para sahabat.

So, after this, Insha Allah, aku akan update blog aku recently memandangkan aku baru tahu cemana nak update pakai phone.

Dan, satu lagi addition lain, Insha Allah this will be the beginning of 5 Minit Tazkirah.
  
What's that?


Entry ni adalah entry di mana aku akan post any tazkirah yang aku dengar waktu kuliyyah.

That's what I like bout uia and I know others u do it too.

Jadi,
Untuk permulaan,

4 PERKARA YANG MENGHALANG KITA UNTUK BERUBAH-by Shafiq, Audio

1) tak ada niat langsung untuk berubah
     Xde improvement antara hari ni dengan hari semalam and even kadang-kadang hari ni lagi worse dari semalam. 

2) biah, kawasan persekitaran yang tak kondusif untuk berubah

3)kawan yang tak membantu kita untuk berubah
      Contohnye, kita nak berubah bangun awal subuh, tapi, kawan kita pun jenis yang tak solat subuh

4)kita sibuk dengan kecantikan duniawi, nikmat dunia tu lagi cantik dari akhirat
      Contohnye kita rasa result bgus lg penting dari solat, sooo, kita duk study tapi solat tak. Hmm.. =''((

"Letakkan dunia di tangan bukan di hati"

"Even orang yang pakai tudung dan pakai kopiah, kita still perlukan hidayah" -(Shafiq,2015)

Quote fav..

Sebenarnya, yang Shafiq cakap tu ada 3 je, tapi aku pecahkan point 2 dan 3 tu. Oh, btw, ini daripada majalah JOM!.

Of course, ini untuk peringatan kita bersama, aku sentap jugaklah point yg no.1 dan 4 tu.

Tapi, Alhamdulillah, aku syukur sangat2 sebab Allah takdirkan aku masuk uia, soo, biah dan kawan tu, Alhamdulillah,  Im feeling sooooooo grateful.


Assalamualaikum,
      ~ha~

Tuesday 10 March 2015

Unexpected things do happen

Bismillah,
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,
Selawat dan salam atas Rasulullah dan para sahabat baginda.

how have you been?

so today I'll be like acah-acah poyo speaking.

Jadi, berdasarkan tajuk en3 yang tak seberapa, aku nak cerita dekat korang apa yang jadi dekat aku pagi tadi.

So,

this early morning I got a text from someone that I used to know and I used to be close with. The content of the message somehow does not make me feel anything, but....


dia said that dia finally found this special person that dia happy with . Well, we use to be close like a best friend I guess, so yeah, I guess all of you get my point.

So, as an ordinary girl, I should be crying but I am not.

I actually am glad.

sebab, 

aku sangat-sangat bersyukur bila Allah makbulkan doa aku nak tengok dia berubah, kalau based on text tu, dia cakap dia dah berubah, dan cara dia cakap dengan aku pun macam dia dah berubah.

this is not the main point actually.

So, korang nampak tak apa yang aku nak gariskan dekat sini sebenarnya?

The power of doa.

Doa tu, dah lama sangat-sangat dah aku buat sampai aku lupa bila, doa yang aku minta pada Allah, time aku betul-betul lemah like i'm in the dark episode of my life.

Allah tak makbulkan masa aku mintak tu, tapi Allah makbulkan sekarang, to be exact kenapa tu, aku tahu kenapa, but tak perlulah aku nak cerita dekat sini.

Dan aku yakin ini adalah masa yang terbaik sebab apa, sebab apa kalau korang tanya? Simple jawapan aku,sebab HE really know what best for us hamba.

Dan kita, kita tak patut complain sana-sini bila doa yang kita mintak hari-hari pada Allah, Allah tak makbulkan lagi.Mungkin kita tak sedar, cara Allah makbulkan doa kita tu, dengan cara yang unexpected or maybe, kalau Allah makbulkan doa kita tu sekarang, kita tak akan jadi orang yang sama dengan yang sekarang.

In the end, it just the matter of Allah the creator know what best for the creation.

And somebody will eventually say that, why am I so confident that my doa is the doa that make dia change?

Nah. I'm not actually that confident, but I have prayed at least, sama ada doa aku atau doa orang lain yang Allah makbulkan, itu terpulang. 

Doa yang kita buat kalau untuk orang tu, tapi orang tu tak tahu, that's the best doa. Sebab apa? Para malaikat pun turut sama mendoakan apa yang kita doakan untuk orang tu.

contoh, kalau aku doakan kawan aku dapat result okay, eventually, doa yang sama akan diminta oleh malaikat.

So, apa lagi korang tunggu?

Doa untuk kesayangan korang which are your friends and family, doa untuk saudara seagama kita.

"Aku, mungkin tak berada di sana,
Melempar batu, menghunus pedang dan parang,
Tapi aku mahu kalian tahu,
doa itu juga mampu membantu,
doa yang menjadi senjata mukmin,
doa yang kesannya lebih hebat dari mesin ciptaan manusia,
Jadi, ayuhlah,
Teruslah menembak doa kalian,"

Assalamualaikum,
      ~ha~

Sunday 8 March 2015

Accept as it is

Bismillah,

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Selawat dan salam atas junjungan mulia Rasulullah saw dan para sahabat baginda.

Hai guys, have you all been well these few days?

So, this is a really really quick bebelan from firasha okay. 

oh, please bear with it.

So, frankly speaking, pernah tak korang plan something but it turn out to be different than you plan?

or, korang rancang nak keluar sesama dengan kawan korang, end up, kawan korang ada hal and so on.

Jujurnya, hal macam ni selalu jadi pada aku.Dan disebabkan sejak azali lagi aku ni cengeng jadi kalau plan tak jadi aku suka nanges. Yes.

nanges.

Aku tahu aku dah besar, tapi cengeng. Dah tu nak wat cemane kan?

Okay, back to the topic.

So, kadang-kadang tu aku ambik jalan mudah, salahkan kawan aku contohnya

"Kalau ada hal, bagitau lah awal-awal, tak payah sibuk-sibuk aku beriya plan"

tu contoh jela.

Tapi aku ni jugak bukanlah jenis suka cerita dekat orang. hatta, kalau aku marah pun, aku paling teruk diam je. Aku jenis suka bayang je aku marah orang tu, lepas tu dah, malas aku nak cara. 


But, sekarang, aku sedar dan aku tak lagi salahkan kawan aku, lecture or anything kalau apa yang aku plan tak jadi, but aku salahkan diri aku. Yes, aku still lagi akan menangis bila plan tak jadi, tapi aku menangis sebab kenapa payah sangat aku nak terima takdir Allah.

Aku selalu tertanya-tanya pada diri sendiri. Kadang-kadang aku marah diri sendiri sebab tu sampai aku nangis sebab aku selalu rasa kecewa dengan plan yang tak jadi.

Aku lupa,

"Manusia merancang, Allah juga merancang, dan Allah adalah sebaik-baik perancang"(3:54)

Dan sekarang, aku still nangis bila aku kecewa tapi yeah, aku dah move on daripada salahkan orang lain, aku akan doa pada Allah supaya aku boleh terima segalanya dengan redha.

Yela, kalau benda kecik setakat plan tak jadi aku dah nak kecewa bagai, macam mana aku nak handle benda lagi besar kan.

dan selalunya bila kawan aku tanya kenapa aku nangis aku akan jawab tak de apa-apa sebab aku rasa malu nak cerita aku ni payah terima takdir Allah.


okay, kita stop sampai sinilah, kalau tak sampai tahun depan pun belum tentu tangan aku ni nak berhenti menulis.

Jadi,
1)if kita rasa kecewa plan kita tak jadi, kita refleks balik pada diri kita, tu sebenarnya perancangan Allah

2) kita patut tanya diri kita, kita lebih patut kecewa sebab kita susah sangat nak terima takdir Allah, or kecewa sebab plan tak jadi

3)jangan sedih kalau Allah takdirkan plan kita tak jadi, percayalah, kalau kita tau apa hikmahnya, kita pasti akan lebih bersyukur.

Jadi, let us be a person who accept takdir terindah daripada Allah buat kita.

let us all have a brighter tommorrow.

(kredit;google)

Small step for a bigger change.

Assalamualaikum,
      ~ha~ 

Tuesday 3 March 2015

Aku VS Kau

Bismillah,
Assalamualaikum guys,

First and foremost, let us recite syahadah & selawat to our beloved prophet <3

Okay, sihat ke tidak awak semua?

It's been a while aku tak hupdate blog aku, being busy with the new semester.

Sorry. ='((

So, just a simpe puisi, by me.




Kau,
Memandang aku dengan pandangan itu,
Pandangan yang sering mereka lemparkan padaku,
Pandangan yang sudah muak untuk ku lihat lagi,
Sehingga aku merasa mahu sahaja berputus asa.



Kau,
Kau kata pada mereka,
Aku manusia yang tak mendapat hidayah,
Lalu aku balikkan kepada kau,
Pernah kau jalankan tugas sebagai khalifah? 



Aku,
Dan mereka seperti aku,
Bukan tidak mahu menjadi seperti kau,
Tapi sikap seperti itu,
Pandangan seperti itu,
Membuat rentakku kaku,
Membuat hatiku beku. 



Aku,
Aku yang risau,
Jika aku berada di posisi kau,
Aku pula yang akan melempar pandangan seperti itu,
Aku pula yang sibuk melihat mereka,
Dan melakukan seperti mana,
Yang kau laku padaku.


Assalamualaikum,
       Ha