Sunday 24 November 2013

13 OKTOBER 2013



Assalamualaikum.Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih mengurniakan kita dengan dua nikmat yang tiada galang gantinya iaitu nikmat iman dan islam.Jadi, seperti biasa, sebelum bicara dipanjangkan, sebelum tangan menari dengan lebih rancak, eloklah kiranya kita melafazkan dua kalimah syahadah terlebih dahulu.


Hari tu hari ahad, ingat lagi, baru lepas exam physics II, ana dengan seorang kawan merangkap roommate, schoolmate, baru lepas angkat barang turun bawah. Lepas tu, semenjak ada mesin gedegang, selalu beli air kat situ. Lepas angkat barang, beli air, kitaorang pun duduk dekat court badminton tu. Kertas pun beterbangan memang macam sunyi sepi sangat.Maklumlah, physics II antara subjek last yang exam. Exam sabtu, habis pun awal, jadi ramai yang dah balik.Rindu sangat.

Okey,sebenarnya apa yang diceritakan adalah sangat simple. Waktu tu, masa kitaorang duduk dekat court tu, dengan suasana yang amatlah sunyinya, kitaorang cerita pasal sekolah.

Yup, sekolah, dan yang paling nak highlightkan kat sini, waktu cerita pasal sekolah tu, memang perasaan ni terbit kat benak masing-masing.

“Kalaulah dulu kita tak macam tu, sedar semua benda ni dan kalaulah boleh balik sekolah balik dan ubah semua tu, sumpah tak nak buat”

Dan bila cakap macam ni, mesti ramai yang tertanya, apa yang nak diperbetulkan balik sebenarnya??

Resultkah?? Perangaikah??

Mula-mula, memang tak terlintas pun pasal result, tapi pasal AURAT. Yup. AURAT! Yang dulunya diri ni buat endah tak endah je. Kadang-kadang rasa nak pergi sekolah balik, nak cite kan pada junior-junior, supaya satu hari nanti mereka tak delah nak merenung macam ni.Menyesal.

Ingat lagi, dulu, kalau pergi kelas ambil buku, memang sah-sah tak pakai stoking. Pegi dema pun macam tu. Walau pun jenuh orang cakap kaki tu aurat. Kaki tu aurat. Tapi kenapa tah, macam tak nak lekat je kat kepala ni. Sampai kena tegur lagi kut. Tapi masa tu memang tak rasa malu pun.Mungkin sebab ramai yang buat. Jadi, rasa benda tu normal sangat. Yang pakai stoking tu pulak yang kita rasa pelik. Manusia2.

Bercakap soal stuktur asrama pula. Well, memanglah ana ni bukan sesiapa nak cakap soal binaan asrama tu, tapi bila fikir balik, bayangkan asrama menghadap aspura aspuri. Kalau dekat tingkat atas sekali tu, memang nasiblah. Kena pakai tudung, baju lengan panjang dalam kawasan asrama.Bukannya tak suka, tapi takkanlah setiap masa nak kena pakai tudung? Nak bukak tingkap pun tak boleh sebabnya takut budak lelaki Nampak. Sebab sungguh, memang boleh Nampak apa yang kita buat. Tapi masa tu, 5 tahun. Melaluinya dengan tenang? Tenang ke? Entah banyak kali dah kot aurat ni terdedah. Tapi masih tak de perubahan. Macam tak kesah langsung je.

Banyak lagi kalau ikutkan, memang sungguh, tak tipu, menyesal tak sudah sampai sekarang.Jadi, kepada junior-junior yang baca entry ni, tolong sangat2 take note apa yang sebenarnya nak dihiglightkan. Memang susah nak biasakan diri dengan skin sock/ stoking tu, tapi kalau kita cuba, In shaa Allah. Doakan moga yang menulis ini istiqamah.


~Amin~ 

Tuesday 12 November 2013

RAMADHAN TERAKHIR

Bismillah..

Assalamualaikum..
Alhamdulillahirabbila`lamin..wassolatuwassalamualaa`sshrofilanbiya'iwalmursalinwaa`la alihi was0hbihi ajmain..selawat dan salam ke atas junjungan yang mulia Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat..

Pertama-tamanya marilah kita bersama-sama mengucapkan syukur atas pemberian nikmat dari Allah S.W.T dengan ucapan ALHAMDULILLAH..
okay,dah perbaharui syahadah kalian-kalian semua??kalau belum.cepat.sekarang jugak perbaharui syahadah tu.tak mo lewat-lewat.


khas buat Kak Ummi..bacalah yang tak seberapa ni



RAMADHAN TERAKHIR

“Encik Amar,”laung jururawat yang bekerja di kaunter itu.

Amar berjalan lemah menuju ke kamar doktor yang terletak hampir dengan kaunter.Pintu bilik dikuak lalu dia melangkah masuk.Lantas dia melabuhkan punggung di atas kerusi.

“Encik Amar,ujian yang kami telah jalankan mendapati anda mempunyai ketumbuhan di dalam otak dan jangka masa yang ada hanyalah 3 bulan.Tapi,berserahlah pada Allah,InshaAllah,Dia tahu yang terbaik.”

Amar melangkah longlai.Berita yang disampaikan doktor itu benar-benar memberi tamparan hebat kepadanya.Dia termenung lama di dalam kereta.Baru kini dia merasakan hidup itu singkat.Sangat singkat.Entah,umur yang sudah mencecah 30 puluh tahun itu ibarat tidak langsung memberi erti dan makna.Semuanya ibarat kosong.Lalu,satu persatu dosa silam menerjah fikiran.Ibarat memainkan video tanpa dipinta.Dia tenggelam dalam arus yang menyesakkan itu lalu hilang.

Dia terjaga dari satu lena yang dirasakan panjang.Dikerling kiri dan kanan.Tempat itu seolah-olah asing tapi damai di hati.Entah dari mana datangnya rasa ingin tahu yang membuak,membuat dia berdiri lalu berjalan menelusuri jalan yang penuh ragam manusia itu.

“Mak,lain kali mak duduk dekat rumah je.Biar adik yang jual kuih.Mak kan tak sihat.Nanti mak tak ada,susahlah adik.”

Amar memandang ke arah anak kecil yang memimpin tangan ibunya itu.Terasa berbahang di mata.Saat itu terasa rindu yang amat sarat pada ibunya.Lalu dia terus melangkah melewati sebuah rumah kayu yang agak rapuh binaannya.

“Mak,adik dah balik.”anak kecil yang sama berlari ke arah wanita yang dilihatnya tadi.

“Mak,tadi kan dekat sekolah,ustazah cakap dekat adik,hafiz tu panggilan untuk orang yang hafal Al-Quran.Adik pun nak hafal Quran lah mak.Sebab nama adik kan Hafiz.”

“Adik nak hafal Quran?Alhamdulillah.Sukanya mak.”balas wanita itu seraya mencium lembut pipi anaknya.

Amar yang menjadi penonton setia hanya memandang.YA Allah,hatinya meronta kuat saat ini.Namun,kaki digagahkan jua untuk melangkah ke destinasi yang dia sendiri tidak pasti. Sebaik kaki melangkah ke kaki lima kedai itu,langkahnya terhenti.Mata seolah-olah terpanggil untuk melihat adengan yang lain pula.

“Kau buat apa dengan mak cik ni?Ni mak kau ke Hafiz?”soal seorang budak yang sebaya dengan Hafiz.Hafiz lantas menarik tangan sahabatnya itu.

“Gila ke apa tu mak aku?Tu,aku kesian dekat mak cik tu.Dia sorang-sorang.Aku tunggu driver aku ambil ni.Lambat pulak.Ada ke cakap mak cik tu mak aku.”balas Hafiz.

“Yelah.Aku ingat mak kau tadi.Mana tau kau tipu kitaorang kan”soal sahabatnya itu.

“Ke situ pulak korang.”

Amar memandang ke arah wanita tua yang mejual tisu itu.Matanya dapat menangkap ada titik-titik jernih yang mengalir di pipi wanita itu.Air mata yang sekian lama diseka tidak mampu tertahan lagi. Bila mengenang kesemua peristiwa yang berlaku,dia tidak mampu lagi membendung sebak yang bersarang di dada.Dia menghampiri Hafiz.Ingin menegur sikap budak lelaki itu.Namun,semuanya mulai kabur.Dia kembali tenggelam dalam arus yang menyesakkan itu lalu hilang.

“Amar,Alhamdulillah awak dah sedar.Awak kemalangan seminggu yang lalu.Dah seminggu awak koma.Allah masih bagi awak peluang.”

“Saya nak mak saya doktor.Saya nak mak saya”rintih Amar yang mula mengalirkan air mata.

“Muhammad Amar Hafiz ,mak ada dekat sini nak”kata wanita tua yang sejak seminggu yang lalu setia menemani anaknya itu.Sungguh,jika dia memikirkan apa yang telah anaknya itu lakukan.Terlalu perit untuk digambarkan.Namun,hati seorang ibu tidak mampu membiarkan anaknya menderita saban hari memanggil-manggil namanya.

“Assalamualaikum,imam oh imam,”sapa Amar di muka pintu.Pintu dibuka lalu Imam Amin segera
menyahut salam daripada Amar.

“Masuklah Hafiz.Memang imam tunggu kamu pun.” Amar lantas masuk dan duduk.Semenjak lahir lagi dia telah kehilangan ayah dan Imam Aminlah tempat dia berteduh kasih sewaktu kecilnya.
Sebaik sahaja dia duduk di atas kerusi,air mata laju mengalir saat terdengar alunan ayat suci Al-Quran yang dialunkan oleh Saif,anak kepada Imam Amin.

Kekuatan dikumpul sebelum dia mula berbicara.“Imam,saya rasa berdosa sangat sekarang.Dah banyak saya tinggalkan.Mak saya,saya abaikan, solat, puasa saya,halal haram semuanya saya abaikan.Saya lalai imam.Terlalu alpa.Sampai saya rasa dah tak ada ruang lagi untuk orang macam saya ni.Saya tak layak nak hidup,imam.Rasa macam Allah takkan terima dah apa yang saya buat”

“Astaghfirullah,Hafiz,tak baik kamu cakap macam tu.Bukan ke Allah itu Maha pengampun lagi Maha Penyayang?Allah dah sedarkan kamu sebelum kamu terlewat.Allah masih bagi kamu peluang untuk perbetulkan kesalahan kamu.Pintu taubat tu luas,nak.Allah berfirman dalam surah Az-Zumar, ayat 53, Katakanlah: "Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." Allah kuatkan lagi,Allah tekankan lagi,betapa luasnya pintu taubat Allah ni,Allah ceritakan pula dalam surah as-syura ayat 25“Dan Dialah yang menerima taubat dari hamba-hamba-Nya dan memaafkan kesalahan-kesalahan dan mengetahui apa yang kamu kerjakan.” Terlampau banyak Hafiz,ayat yang Allah ceritakan pada hambaNya betapa luas pintu taubat tu.Tinggal kita je yang nak sedar atau nak biarkan peluang yang Allah bagi tu berlalu macam tu je.Allah tak lihat besar dan banyak mana dosa yang kita buat Hafiz.Tapi Allah tengok sejauh mana kesungguhan kita untuk kembali kepadaNya”.

Laju air mata mengalir di pipi lelaki itu.Saat itu perasaan malu sudah dibuang sejauh mungkin.Sungguh,dia tersentuh.Dia tersentap.Betapa selama ini Allah telah memberi ruang untuknya.Allah menganugerahkan kecukupan baginya,tapi dia tidak bersyukur.Lantas tangannya mencapai tangan Imam Amin lalu disampaikan hajat di hati.Aku ingin berubah.

Usai menunaikan solat terawih,Amar berteleku di atas katil,bermuhasabah diri dan merenung dosa-dosa silam.Teringat dia tazkirah dari Saif sewaktu menunggu waktu Isya’ tadi.Kata Saif, kadang-kadang manusia itu sering lupa akan asal usul sendiri.Sering lupa jasa ibu dan bapa.Bahkan yang lebih menggerunkan lagi,hingga sanggup membuang ibu bapa dalam mengejar sesuatu yang tidak pasti.Walhal ibu dan bapalah yang bersengkang mata untuk menjaga kita.

Amar bangun dari katil.Tangan laju mencapai Quran yang sering kali menjadi peneman setelah Quran itu lama dibiarkan berhabuk.Dia menyelak Quran itu sehingga bertemu surah al-ana’am.Niatnya ingin menyambung bacaan yang ditinggalkan petang tadi.Usai bertadarus,dia merenung satu persatu makna ayat yang dibaca.Mata seolah-olah terhenti pada ayat ke 151. Katakanlah: "Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibubapa.”

Al-Quran di tangan ditutup dan diletak ke atas rak kembali.Kakinya laju melangkah keluar dari bilik.Ibu yang sibuk di dapur dihampiri.Dia melutut.Menangis.Meratapi perbuatan zalimnya terhadap seorang yang bergelar ibu.Emak lantas meraih bahunya lalu tersenyum.Syukur. “Alhamdulillah, anakku Hafiz telah Kau pulangkan  Ya Allah,” rintih emak di dalam hati.

Petang itu Hafiz sibuk membantu emaknya di dapur.Katanya,dia ingin berbakti kepada ibunya itu bagi menebus dosa-dosanya.Usai berbuka puasa dan solat maghrib,dia duduk di sisi ibunya.

“Mak,dulukan adik ada cakap dengan mak yang adik nak hafal Quran.Tapi adik baru hafal sikit mak.Adik takut tak sempat nak habiskan,”kata Amar.

“Kenapa adik cakap macam tu nak?InshaAllah sempat lagi adik nak habiskan.Tak pelah,sambung waktu raya pun bolehkan”tutur wanita itu lembut.Riak risau di wajah sebolehnya cuba disembunyikan.

“A’ahkan mak.Malam ni pengunguman raya kan mak?Dah lama adik tak dengar pengunguman raya dengan puasa.Tapi sedihkan mak,Ramadhan dah nak tinggalkan kita.Entah adik sempat lagi ke tak Ramadhan akan datang.Dahlah tahun ni baru nak puasa.Adik menyesal mak,menyesal dengan masa lalu adik,” sayu Amar bersuara.

“InshaAllah nak,sempat.Doa pada Allah.”

“Mak,adik nak minta maaf sangat-sangat.Dah lama adik tak jenguk mak.Raya pun adik tak balik.Adik berdosa mak.Adik tak dapat nak maafkan diri sendiri bila adik ingat yang adik halau mak dari rumah adik sebab perempuan yang entah mana-mana.Dahla malam kan waktu tu mak.Hujan lagi.Tapi waktu adik bodoh.Adik menangkan nafsu dari rasional akal.Adik tak pergi cari mak,”Amar tidak mampu lagi membendung air matanya.

“Mak dah lama maafkan adik.Mak tahu,waktu tu adik macam mana.Mak faham adik.Zaman muda,lagipun mesti adik malu ada mak macam ni kan,”kata wanita itu.

“Mak,adik bangga dapat mak macam mak.Sebab mak is the best in the world.Hehe.Mak is awesome. Adik sayang mak dunia akhirat,”lantas Amar meraih tangan ibunya dan mencium tangan wanita itu.Lama dia berbuat begitu.Sungguh,dia rindu.Rindu yang tersangat menggebu.

Pagi yang tenang itu,wanita itu masuk ke bilik Amar.Terpamer senyuman semanis mungkin kerana dia bakal merayakan satu syawal dengan anak yang sangat dirinduinya.Tangan menolak daun pintu tapi kaki tidak jadi melangkah.Serasa tidak lagi berpijak di bumi yang nyata.Air mata sudah jatuh berjujuran.Tidak dapat diseka.Amar Hafiz masih lagi di sejadah.Sedang sujud menghadap penciptaNya.Hati merintih,namun wanita itu redha.Ini ketentuan daripada Maha Esa. “Terima kasih Allah,kerana Kau masih memberi dia peluang untuk bertaubat dan Kau berikan aku masa untuk merasai kembali kehadiran anakku ini di sisi.Aku redha.Pergilah Muhammad Amar Hafiz dengan tenang,”bisik hati wanita itu.