Wednesday 27 March 2013

Dia ratu hatiku




Assalamualaikum..
Alhamdulillahirabbila`lamin..wassolatuwassalamualaa`sshrofilanbiya'iwalmursalinwaa`la alihi was0hbihi ajmain..selawat dan salam ke atas junjungan yang mulia Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat..

Pertama-tamanya marilah kita bersama-sama mengucapkan syukur atas pemberian nikmat dari Allah S.W.T dengan ucapan ALHAMDULILLAH..
okay,dah perbaharui syahadah kalian-kalian semua??kalau belum.cepat.sekarang jugak perbaharui syahadah tu.tak mo lewat-lewat.



-------------------------------------------------------------------------------------------
Aku termenung di meja.Duduk berteleku sambil mengingatkan keputusan mid sem yang bakal diterima.Sedikit terjerit hati ini kerana sangat hampa dengan diri sendiri.Lalu aku kembali mengingatkan seorang sangat aku sayangi.Seseorang yang aku yakin kasihnya tidak pernah berbelah bagi buatku.Seseorang yang sentiasa ada disamping ku.

IBU!!!

Jerit dalam hati.Sungguh,berjauhan dengan ibu adalah sesuatu yang menyeksakan zahir dan batin.Tapi,bila teringat akan ibu,hati mula menjadi sayu.

KERANA APA??

Kerana insan yang bernama anak ini sering kali membuat ibu terasa hati.Kadang-kadang,kata-kata ini mampu mengguris hatimu ibu,walau pun kau tidak menunjukkannya.

Bila teringat akan ibu,terasa ingin aku berlari dari Petaling Jaya ke Temerloh untuk berjumpa ibu.(hiperbola pulak)Terlalu banyak doa dan sokongan ibu buatku.Tak mampu terbalas bagiku.

Teringat aku zaman kanak-kanak ribena di sekolah menengah.

Setiap kali peperiksaan,aku pasti menelefon ibu.berpesan kepada ibu,agar ibu mendoakan aku.Tapi,yang paling aku terharu,setiap kali ada peperiksaan besar seperti pmr dan spm.Ibu selalu meminta aku fotostat jadual exam.Setiap kali aku menduduki peperiksaan,sepanjang masa itulah ibu akan terus mengaji dan mengaji kerana dia berharap Allah akan memudahkan aku untuk menjawab soalan.Kalau 3 jam aku menduduki peperiksaan pada hari itu,3 jam la ibu akan mengaji.

Ibu jugalah orang pertama yang akan menangis apabila mendapat tahu keputusan peperiksaanku.Ibu tidak pernah berhenti mendoakan aku.Aku yakin itu.

Sampai aku sudah melangkah ke universiti,setiap peperiksaan,mahu pun quiz yang aku bakal hadapi,aku akan sentiasa menelefon ibu.Bagiku,mendengar suara ibu mampu menghilangkan beban yang berat,mendengar suara ibu juga mampu meruntun jiwa kerana rindunya aku kepada ibu.Mendengar suara ibu juga menbuat aku menyesal atas silapku terhadap ibu dahulu.Dan mendengar suara ibu mampu membuat aku menangis.Suara seorang ibu itu bagaikan satu tiupan semangat kepada anaknya.
--------------------------------------------------------------------------------------------
Tapi,sejauh mana kita sendiri cuba untuk jaga hati ibu?
Sejauh mana kita sanggup untuk jaga ibu kita bila dia dah tua
Berapa ramai yang sanggup?
Berapa ramai yang lupa ibu setelah berjaya?
Berapa ramai yang sesuka hati mengharap ibu bapa cepat mati kerana kehadiran mereka merumitkan keadaan?
Berapa ramai yang mendoakan ibu mereka?
Berapa ramai yang sanggup buang ibu kerana harta dan pangkat?
Berapa ramai yang suka tengking ibu?Cakap ibu kolot?
Berapa ramai yang tak habis-habis cakap ibu ni menyusahkan sebab asyik nak kongkong kita?

~Renungkanlah.Sejak kecil,ibu tak pernah pun abaikan kita.Tapi kita?~
~Seorang ibu mampu jaga 10 orang anak,tapi 10 orang anak tak semestinya sanggup nak jaga seorang ibu~


Jadi,lepas baca entry ni,harapnya ramai sedar,termasuk diri yang menulis ni juga.Sedang dalam usaha untuk menghargai ibu.

Jangan bila ibu dan abah kita dah tak ada nanti,baru kita menyesal,baru kita nak bertaubat.
Redha Allah terletak pada redha ibu bapa!


pesan ibu ana "Bertaubat jangan hanya tahu buat"

Yang baik tu datangnya dari Allah,dan yang kurang itu ialah kelemahan diri ini sendiri.

p/s
Cepat ambil fone,telefon ibu,minta maaf banyak-banyak!!

Assalamualaikum
         ~ha~

Saturday 23 March 2013

H.I.P.O.K.R.I.T.

Assalamualaikum..
Alhamdulillahirabbila`lamin..wassolatuwassalamualaa`sshrofilanbiya'iwalmursalinwaa`la alihi was0hbihi ajmain..selawat dan salam ke atas junjungan yang mulia Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat..

Pertama-tamanya marilah kita bersama-sama mengucapkan syukur atas pemberian nikmat dari Allah S.W.T dengan ucapan ALHAMDULILLAH..
okay,dah perbaharui syahadah kalian-kalian semua??kalau belum.cepat.sekarang jugak perbaharui syahadah tu.tak mo lewat-lewat.


------------------------------------------------------------------------------------------------
Usai solat asar,seluruh pelajar tingkatan lima membaca yassin bersama-sama supaya dipermudahkan oleh Allah untuk mendapat keputusan yang cemerlang untuk Spm nanti.

"Saf,saf,rapat-rapatkan saf."terdengar suara Ashraf yang menjadi imam untuk solat hajat itu dibesarkan oleh pembesar suara melalui mikrofon.

Sungguh,mereka sangat berusaha beribadat kepada Allah kerana mereka yakin hanya Allah yang dapat membantu mereka.

-----------------------------------------------------------------------------------
Selesai menjawab soalan akhir spm.

Situasi 1
Eh,tak baca yassin ke?,tegur Ashraf apabila Amir laju sahaja meninggal surau usai solat asar berjemaah.

"Em,tak kot"

Situasi 2
"Milah,jom pergi solat asar sama-sama."

"Eh,tak apalah,awak pergi jela dulu"

"Kan waktu dah masuk.Dulu awak yang selalu ajak saya pergi solat awal.Boleh jemaah kan?"

"Takpe,takpe,nanti saya datanglah" (dalam hati"aku penat,nak tidur dulu)

--------------------------------------------------------------
Soalan,
pernah tak anda-anda dan anda mengalami situasi macam ni?

Kalau ye,sila angkat tangan.
okay,dah.Boleh turun tangan.huhu
over pula kan.

"Dan apabila manusia ditimpa kesusahan,dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring,duduk atau berdiri,tetapi setelah kami hilangkan kesusahan itu daripadanya,dia kembali melalui jalan yang sesat,seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk menghilangkan bahaya yang menimpanya.Begitulah orang yang melampaui batas itu,memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan." (Surah Yunus:12)


Bila anda-anda baca situasi tadi dengan ayat ni,boleh kaitkan tak?

kalau boleh,tahniah.Anda memang pandai!Kalau tak.meh nak habaq mai.

Kalau ikutkan,diri ni pun pernah jugak lah buat macam ni.Contoh,bila nak exam la selalunya kan,kita akan minta macam-macam dengan Allah.Solat awal waktu,siap jemaah lagi,Solat hajat lah,tahajjud lah.

TAPI!!!!

bila kita dah dapat apa yang kita nak,atau tak dapat pun lagi,baru je habis exam,dah tak buat dah apa yang selalu kita buat.Jadi,kena sangatlah dengan ayat 12 surah Yunus ni.

Bak kata Kak Ain
Kalau macam tu lah sikap kita,kita seolah-olahnya menyembah Allah dari tepi.
Maksudnya,bila kita ada hajat je,bila kita susah je baru nak minta tolong Allah,bila Allah dah tolong,kita buat-buat lupa pulak.

TERASA TAK???
MOHON SEMUA TERASA!!

Kita manusia,jadi,lumrahnya macam tu lah kan,diri yang menulis ni pun macam tu jugak.Tapi,bila kita dah tau dan dah diberi peringatan dengan ayat-ayat cinta dari Allah ni,jangan buat-buat tak tahu pula.

Sekadar peringatan bersama. =)

Assalamualaikum
         ~ha~

Tuesday 19 March 2013

Umur dan dunia

Assalamualaikum..
Alhamdulillahirabbila`lamin..wassolatuwassalamualaa`sshrofilanbiya'iwalmursalinwaa`la alihi was0hbihi ajmain..selawat dan salam ke atas junjungan yang mulia Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat..

Pertama-tamanya marilah kita bersama-sama mengucapkan syukur atas pemberian nikmat dari Allah S.W.T dengan ucapan ALHAMDULILLAH..
okay,dah perbaharui syahadah kalian-kalian semua??kalau belum.cepat.sekarang jugak perbaharui syahadah tu.tak mo lewat-lewat.

-------------------------------------------------------------------------------------------

Hari Selasa,kelas macam biasa.Banyak kali dah tengok jam.9.10

Tak pernah-pernah pun Sir lewat macam ni.Takkan kelas cancel. monologue jela.Padahal dalam hati memang harap kelas cancel.Tak baik betul kan?

Sir masuk tutup pintu kelas macam biasa dan duduk.Nak tanya Sir kenapa lambat,tapi tak berani.Sir garang.Takutlah jugak.

“I’m sorry because I come a little bit late.10 minutes ago,while I am in my room alone,I get a message from my sibling.My father had passed away,”sir memulakan bicara.Speaking.

Tergamam.Sir baru kehilangan ayah patutlah sayu je.kalau ana,memang kompem dah meraung.

“I need 10 minutes to calm myself.To make sure that I will not fall.But please,don’t expect much from me today”sir cakap lepas tu terus duduk.Sir mintak tolong sedekahkan Al-Fatihah untuk ayah dia.Satu kelas senyap.Sayu.Sedih agaknya.

Tengok sir call adik-beradik dia.Risau kot.Nak balik susah.Jauh.Nak tunggu flight lagi.Sir cakap tu lah kalau kerja jauh dari family ni.Apa-apa pun susah.

Lepas 10 minit sir sambung lecture class.Sampai habis.Sir sedih tapi tak tunjuk.Tetap sambung kelas walau pun dia baru kehilangan ayah.Tabah je.Kagum sangat.

“What can I do?Everybody will die right?No use of crying.Luckly I have ask forgiveness from him”sir cakap.Tenang je.Memang betulkan.Tapi,mungkin susah ana mampu nak jadi setabah sir.Dahla sir rapat dengan ayah dia.Nak dapat kekuatan untuk masih berdiri di hadapan pelajar-pelajar dia.

Habis kelas termenung kejap.Sir bukan orang Melayu.Sir orang philipine.Tapi,dia paham Islam lagi bagus dari orang melayu yang memang fitrah Islam ni.Malu sangat dengan sir.Jeles pun ada jugak.Sir mampu redha dengan pemergian ayah dia.Kalau ana,memang konfem menangis.
Terharu jugak.Macam-macam rasa ada.Bercampur baur.Kesian pada sir.Kagum dengan sir.Sedih.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

“SETIAP YANG BERNYAWA PASTI AKAN MATI(ALI IMRAN: 185)”
Tu janji Allah.Kita kena redha walau pun pahit.Walau pun susah.Sebab itu qada’ dan qadar.Kita tak boleh ubah.Kita pun hak Allah.Allah sendiri yang tiupkan roh pada kita.Roh kita datang dari Allah.Memang sah-sahlah hak Allah bila nak tarik nikmat yang dia bagi.

Sir pesan,macam mana bersihnya jiwa kita saat Allah tiupkan roh pada kita,sepatutnya macam tu lah bersihnya jiwa kita saat Allah tarik balik nyawa kita.

Kita beli sabun,shampoo,pencuci muka dan macam macam lagi untuk bersihkan jasmani kita.Tapi rohani?Roh kita?kita tak bersihkan pun.Takkan nak telan Clorox?boleh mati?Baca Quran.Fahamkan Quran tu.InshaAllah.Allah akan bantu.

TERGAMAM.KENA SEBIJIK SEJIBIK PADA DIRI.

UMUR HANYALAH UKURAN DUNIA.SEBAB ALLAH AMBIL NYAWA MANUSIA BUKAN IKUT UMUR.TAK SEMESTINYA TUA MATI DULU.MUDA MATI LAMBAT.BILA DAH SAMPAI AJAL,KITA AKAN PERGI HADAP ALLAH.PULANG PADA YANG ASAL.

Assalamualaikum,
          ~ha~