Saturday 23 February 2013

ADA APA DENGAN VALENTINE DAY???


Macam biasalah,bersyukur sangat pada Allah sebab masih diberi peluang untuk terus bernafas dan cepat-cepat perbaharui syahadah tu..dah lama sangat tak perbaharui..huhu..Seperti tajuk yang tertera dia atas.Valentine day..

~Kupasan dari Ustaz Mursyid UIA~
Asal tiba 14 Februari je mesti banyak status kat fb la kat twitter la pasal valentine..Tapi kan,sebenarnya kita tau taka pa sebenarnya valentine nie??dari mana asal usul dia??apa hukum dia??Simbolik mawar merah dan sebagainya??so,harinya saya nak bawak anda semua bertaaruf dengan valentine day nie..Sebelum apa-apa dibuat baik kita tengok dari mana asal valentine nie..

ASAL USUL VALENTINE DAY
Ada banyak sangat pendapat tapi yang Ha tau ada 3 jela..
1.       Sempena dengan satu pesta rom kuno-Lupercalia yang diadakan pada 14 februari.So,masa pesta Lupercalia ni nama gadis-gadis rom akan ditulis atas kertas dan dimasukkan ke dalam botol.Si lelaki pulak akan cabut nama gadis tu.So,mana-mana gadis yang namanya dicabut oleh si lelaki tu kena a berpasangan dengan lelaki tu sepanjang Lupercalia tu diadakan..
2.       Kematian seorang paderi yang bernama St.Valentino waktu zaman pemeritahan Claudius II
                                I.            Raja Claudius II ni dia tak suka kristian.Jadi paderi yang sebarkan kristian ni pun kena hukum,penjara dan seksa.Walaupun paderi tu kena penjara tapi dia tetap sebarkan agama kristian tu.Tapi kantoi.Paderi tu pun dibunuh pada 14/2.Jadi orang rayakan hari valentine ni sebagai simbolik kecintaan dia kepada kristian.
                              II.            Raja Claudius ni percaya yang lelaki yang belum kahwin lagi semangat perang dari yangdah kawin..Jadi raja ni pun tak bagi lelaki kahwin sebab diorang kena pergi berperang.Tapi paderi ni kan kerja dia kahwinkan orang.Paderi Valentino ni kahwinkan jugak pasangan-pasangan tu secara senyap.Tapi,kantoi jugak.Jadi dia kena bunuh.Orang rayakan hari valentine ni sebab memperingati perjuangan dia tentang pertahankan kasih sayang la.
3.       14/2 ni jugak hari Andalusia jatuh ke tangan Rom.salah sorang pembesar yang tolong jatuhkn Rom tu nama di St.Valentino.
4.       Ada jugak pendapat yang cakap waktu St.Valentino tu ada dalam penjara dia jatuh cinta dengan anak Claudius ni.Pastu kantoi jugak,sebelum dia kena hukum bunuh,dia ada bagi surat kat anak Claudius tu.dia tulis “from your valentine”

SAMBUTAN VALENTINE ZAMAN SEKARANG
Kalau kita tengok zaman sekarang ramai remaja sambut valentine dengan macam-macam cara.Ada yang bagi bunga la,dating la,bagi kad-kad cinta lah dan banyak lagi.Tapi yang lebih teruk sanggup gadaikan maruah sendiri demi buktikan rasa cinta pada pasangan..Nauzubillah..Minta dijauhkan..
Kononnya,simbolik bagi mawar merah tu ikut kepercayaan karut iaitu ros merah tu kesukaan dewi cinta,Venus..highlight kat sini..KARUT..
MAKSUD VALENTINE
Valentine ni bahasa Rom kalau tak silap.
Maksud dia maha Kuat,maha perkasa,maha kuasa.Nama ni diberi kepada tuhan orang rom iaitu Nimrod dan Lupercus.
Jadi.bila kita cakap dekat orang “will you be my valentine” kiranya kita dah mensyirikkan Allah.Yela kita nak suruh orang lain pulak jadi yang maha kuasa.
Satu-satunya valentine kita Allah jekan..Sebab Allah je yang Maha Kuasa,Maha Perkasa.
FATWA
Hukum yang dikeluarkan oleh pihak yang berkenaan pada tahun 2005.
Hukum sambut valentine HARAM!!!!!!!!
KENAPA??
1.       Sebab dalam Islam mana ada hari valentine ni.  Berdasarkan Surah Al-Baqarah:120,kita kena fikir berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah kesan sesuatu tu ke atas umat Islam.
2.       Boleh gugat akidah dan macam-macam lagi sebab kebanyakan aktiviti tu buat ikut nafsu.(eg,pesta n so on)
3.       Masa tu la remaja nak buktikan kesetiaan pada pasangan.
4.       Seolah-olah kita gembira dan sokong kejatuhan Andalusia ke tangan rom.
5.       Kalau betul nak tunjukkan kasih sayang terhadap orang yang kita sayang tu tak kan nak tunjukkan sehari je.Patutnya tunjukkanlah hari 24/7 kan..Baru la sweet,,huhu.
Kesimpulannya,dalam islam ni kasih sayang tak terhad untuk sehari je,tapi untuk sepanjang masa.Kita boleh nak pamerkan kasih sayang kita tapi bukan pada golongan tertentu je dan asalkan apa yang kita buat tu tak merosakkan akidah,syariah dan akhlak.Apa salahnya ikut cara Rasulullah tunjukkan kasih sayang.Kita dah ada panduan,tapi kita je yang tak nak ikut.Yang tak boleh tu jela yang nak ikutnya,,ish2.
Tu je dari Ha.Ha tulis entry nie berdasarkan kupasan dari ustaz Mursyid dan sumbernya dari buku dan internet.


~VALENTINE BUKAN TIKET UNTUK PASANGAN YANG TIDAK ADA HUBUNGAN DARI SEGI SYARAK MEMBUKTIKAN KESETIAAN DAN CINTA MEREKA~