Saturday 12 January 2013

TUHAN SEDANG MENGUJI KITA


Assalamualaikum..
Alhamdulillahirabbila`lamin..wassolatuwassalamualaa`sshrofilanbiya'iwalmursalinwaa`la alihi was0hbihi ajmain..selawat dan salam ke atas junjungan yang mulia Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat..


Pertama-tamanya marilah kita bersama-sama mengucapkan syukur atas pemberian nikmat dari Allah S.W.T dengan ucapan ALHAMDULILLAH..
okay,dah perbaharui syahadah kalian-kalian semua??kalau belum.cepat.sekarang jugak perbaharui syahadah tu.tak mo lewat-lewat.

Mungkin dah selau sangat dengar kot pasal ni.Ni pun copy paste je..Entry kali ini special dan teristimewa buat sahabat yang sedang mencari kebenaran agama dan sedang mencuba sedaya upaya memerang hawa nafsu dan yang pastinya sedang diuji oleh kekasihnya iaitu Allah..Give me five..Samalah kita.Erk,sorry..terover plak.Okay..Jom baca ni..

Q:KENAPA AKU SELALU DIUJI??

A:"APAKAH MANUSIA ITU MENGIRA BAHAWA MEREKA DIBIARKAN SAHAJA MENGATAKAN,"KAMI TELAH BERIMAN",SEDANGKAN MEREKA TIDAK DIUJI?DAN SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG SEBELUM MEREKA DIUJI,MAKA ALLAH MENGETAHUI ORANG-ORANG YANG BENAR DAN DUSTA. (AL-ANKABUT 2&3)

Q:KENAPA AKU SELALU TAK DAPAT APA YANG AKU NAK DLAM HIDUP NI??

A:"BOLEH JADI KAMU MEMBENCI SESUATU,PADAHAL IA AMAT BAIK BAGIMU,DAN BOLEH JADI KAMU MENYUKAI SESUATU PADAHAL IA AMAT BURUK BAGIMU.ALLAH MENGETAHUI SEDANGKAN KAMU TIDAK MENGETAHUI"  (AL-BAQARAH 216)

Q:KENAPA BERAT SANGAT UJIAN NI?

A: "ALLAH TIDAK MEMBEBANI SESEORANG MELAINKAN SESUAI DENGAN KESANGGUPANNYA." 
(AL-BAQARAH 286)
Q:KENAPA RASA FRUST DAN RASA LEMAH SANGAT NI??

A: "JANGANLAH KAMU BERSIKAP LEMAH,DAN JANGAN PULA KAMU BERSEDIH HATI,PADAHAL KAMULAH ORANG YANG PALING TINGGI DARJATNYA,JIKA KAMU ORANG YANG BERIMAN." (AL-IMRAN 139)
Q:BAGAIMANA PULA AKU HENDAK MENGHADAPI UJIAN INI??

A: "WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN!BERSABARLAH KAMU(MENGHADAPI SEGALA KESUKARAN DALAM MENGERJAKAN PERKARA-PERKARA YANG BERKEBAJIKAN),DAN KUATKANLAH KESABARAN KAMU LEBIH DARIPADA KESABARAN MUSUH DI MEDAN PEPERANGAN,DAN BERSEDIALAH(DENGAN KEKUATAN PERTAHANAN DI DAERAH-DAERAH SEMPADAN) SERTA BERTAQWALAH KAMU KEPADA ALLAH SUPAYA KAMU PERCAYA(BEROLEH KEMENANGAN)

Q:BAGAIMANAKAH LAGI MENGHADAPI UJIAN SEBESAR DAN SEBERAT INI?

A:"DAN MINTALAH PERTOLONGAN (KEPADA ALLAH) DENGAN JALAN SABAR DAN SOLAT:DAN SESUNGGUHNYA SOLAT ITU AMATLAH BERAT KECUALI BAGI ORANG-ORANG YANG KHUSYUK."
(AL-BAQARAH 45)
Q:APAKAH YANG BAKAL AKU PEROLEHI DARI SEMUA INI?

A: "SESUNGGUHNYA ALLAH TELAH MEMBELI DARI ORANG MUKMIN,DIRI,HARTA MEREKA DENGAN MEMBERI SYURGA UNTUK MEREKA." (AT-TAUBAH 11)

Q:JUSTERU,PADA SIAPA AKU HARUS BERGANTUNG HARAP?

A: "CUKUPLAH ALLAH BAGIKU,TIADA TUHAN SELAIN DARINYA,HANYA KEPADANYA AKU BERTAWAKAL."
    (AT-TAUBAH 129)
Q:BAGAIMANA JIKA AKU TIDAK LAGI MAMPU BERTAHAN DENGAN UJIAN INI?

A: "..DAN JANGANLAH KAMU BERPUTUS ASA DARI RAHMAT ALLAH,SESUNGGUHNYA TIADA BERPUTUS ASA MELAINKAN ORANG-ORANG KAFIR."  (YUSUF 12)

okay.ada yang Ha xtau la mana surahnya dan kalau ada sesiapa tau,tolong ea bagitau.
Jadi bagi sahabat yang sedang diuji oleh Allah diluar sana,bersabarlah,kerana tiba masanya kita akan mampu melalui ujianAllah itu.

Assalamualaikum
        ~ha~

Friday 11 January 2013

HUSNUL DZON..apakah???


Assalamualaikum..
Alhamdulillahirabbila`lamin..wassolatuwassalamualaa`sshrofilanbiya'iwalmursalinwaa`la alihi was0hbihi ajmain..
selawat dan salam ke atas junjungan yang mulia Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat..



Seperti biasa,jangan dilupakan ucapan Alhamdulillah dan memperbaharui syahadah anda.Saya juga.

okay...seperti yang tertera di atas..tajuk hari ni ialah..

HUSNUL DZON.

DEFINISI HUSNULZON
Husulzon bererti bersangka baik.BERSANGKA BAIK.tidak menyalahtafsir atau membuat tanggapan negetif tanpa usul periksa.

FITRAH MANUSIA

Seperti manusia yang lain,semsetinya apabila kita melihat satu situasi yang agak mencurigakan,akal dan hati cepat pula tersalah anggap.Cepat pula membuat konklusi tanpa membuat sebarang hipotesis apatah lagi menjalankan experimen.Apatah lagi syaitan,laju sahaja datang bersam-sama puakny ke hati dan akal seraya menghasut kita untuk bersangka buruk.

SITUASI
seorang orang kaya yang membawa seorang perempuan muda yang cantik berjalan-jalan.
Lalu,si A yang melihat ini sewenang-wenangnya membuat spekulasi bahawa orang kaya itu membawa perempuan simpanannya berjalan-jalan.
Sedangkan yang dibawa itu adalah anaknya.
Bukankah itu menimbulkan fitnah.Astaghfirullah.Sudah jauh menyimpang..FITNAH

HAKIKAT SEBENAR
Kita sebagai manusia,haruslah bersangka baik terhadap manusia yang lain.Jangan kita dengan sesuka hati mencela dan menghina seseorang apatah lagi dengan hanya melihat paras rupa dan keadaannya.Jika kita ingin menailai seseorang,haruslah kita pastikan kebenarannya.Siapa tahu,disebalik wajah pecah rumah yang kita lihat itu,sebenarnya dia adalh seorang insan yang lebih mulia dari kita.


JUSTERU,SERAHKANLAH HAL-HAL PENILAIAN INI KEPADA ALLAH DAN PARA MALAIKAT.KERANA SESUNGGUH ALLAH LEBIH MENGETAHUI.


MISKIN TIDAK BERETI HINA,
MISKIN BUKAN BERERTI TIDAK BAHAGIA,
MISKIN BUKAN BERERTI SENGSARA,
KAYA TIDAK BERERTI SUCI,
KAYA TIDAK BERERTI BAHAGIA,
WALAU MISKIN DI DUNIA,
MUNGKIN KAYA DI AKHIRAT,
BIAR HINA DI MATA MANUSIA,
ASAL SUCI DI SISI ALLAH.




Assalamualaikum
   ~ha~