Sunday 24 November 2013

13 OKTOBER 2013



Assalamualaikum.Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih mengurniakan kita dengan dua nikmat yang tiada galang gantinya iaitu nikmat iman dan islam.Jadi, seperti biasa, sebelum bicara dipanjangkan, sebelum tangan menari dengan lebih rancak, eloklah kiranya kita melafazkan dua kalimah syahadah terlebih dahulu.


Hari tu hari ahad, ingat lagi, baru lepas exam physics II, ana dengan seorang kawan merangkap roommate, schoolmate, baru lepas angkat barang turun bawah. Lepas tu, semenjak ada mesin gedegang, selalu beli air kat situ. Lepas angkat barang, beli air, kitaorang pun duduk dekat court badminton tu. Kertas pun beterbangan memang macam sunyi sepi sangat.Maklumlah, physics II antara subjek last yang exam. Exam sabtu, habis pun awal, jadi ramai yang dah balik.Rindu sangat.

Okey,sebenarnya apa yang diceritakan adalah sangat simple. Waktu tu, masa kitaorang duduk dekat court tu, dengan suasana yang amatlah sunyinya, kitaorang cerita pasal sekolah.

Yup, sekolah, dan yang paling nak highlightkan kat sini, waktu cerita pasal sekolah tu, memang perasaan ni terbit kat benak masing-masing.

“Kalaulah dulu kita tak macam tu, sedar semua benda ni dan kalaulah boleh balik sekolah balik dan ubah semua tu, sumpah tak nak buat”

Dan bila cakap macam ni, mesti ramai yang tertanya, apa yang nak diperbetulkan balik sebenarnya??

Resultkah?? Perangaikah??

Mula-mula, memang tak terlintas pun pasal result, tapi pasal AURAT. Yup. AURAT! Yang dulunya diri ni buat endah tak endah je. Kadang-kadang rasa nak pergi sekolah balik, nak cite kan pada junior-junior, supaya satu hari nanti mereka tak delah nak merenung macam ni.Menyesal.

Ingat lagi, dulu, kalau pergi kelas ambil buku, memang sah-sah tak pakai stoking. Pegi dema pun macam tu. Walau pun jenuh orang cakap kaki tu aurat. Kaki tu aurat. Tapi kenapa tah, macam tak nak lekat je kat kepala ni. Sampai kena tegur lagi kut. Tapi masa tu memang tak rasa malu pun.Mungkin sebab ramai yang buat. Jadi, rasa benda tu normal sangat. Yang pakai stoking tu pulak yang kita rasa pelik. Manusia2.

Bercakap soal stuktur asrama pula. Well, memanglah ana ni bukan sesiapa nak cakap soal binaan asrama tu, tapi bila fikir balik, bayangkan asrama menghadap aspura aspuri. Kalau dekat tingkat atas sekali tu, memang nasiblah. Kena pakai tudung, baju lengan panjang dalam kawasan asrama.Bukannya tak suka, tapi takkanlah setiap masa nak kena pakai tudung? Nak bukak tingkap pun tak boleh sebabnya takut budak lelaki Nampak. Sebab sungguh, memang boleh Nampak apa yang kita buat. Tapi masa tu, 5 tahun. Melaluinya dengan tenang? Tenang ke? Entah banyak kali dah kot aurat ni terdedah. Tapi masih tak de perubahan. Macam tak kesah langsung je.

Banyak lagi kalau ikutkan, memang sungguh, tak tipu, menyesal tak sudah sampai sekarang.Jadi, kepada junior-junior yang baca entry ni, tolong sangat2 take note apa yang sebenarnya nak dihiglightkan. Memang susah nak biasakan diri dengan skin sock/ stoking tu, tapi kalau kita cuba, In shaa Allah. Doakan moga yang menulis ini istiqamah.


~Amin~ 

Tuesday 12 November 2013

RAMADHAN TERAKHIR

Bismillah..

Assalamualaikum..
Alhamdulillahirabbila`lamin..wassolatuwassalamualaa`sshrofilanbiya'iwalmursalinwaa`la alihi was0hbihi ajmain..selawat dan salam ke atas junjungan yang mulia Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat..

Pertama-tamanya marilah kita bersama-sama mengucapkan syukur atas pemberian nikmat dari Allah S.W.T dengan ucapan ALHAMDULILLAH..
okay,dah perbaharui syahadah kalian-kalian semua??kalau belum.cepat.sekarang jugak perbaharui syahadah tu.tak mo lewat-lewat.


khas buat Kak Ummi..bacalah yang tak seberapa ni



RAMADHAN TERAKHIR

“Encik Amar,”laung jururawat yang bekerja di kaunter itu.

Amar berjalan lemah menuju ke kamar doktor yang terletak hampir dengan kaunter.Pintu bilik dikuak lalu dia melangkah masuk.Lantas dia melabuhkan punggung di atas kerusi.

“Encik Amar,ujian yang kami telah jalankan mendapati anda mempunyai ketumbuhan di dalam otak dan jangka masa yang ada hanyalah 3 bulan.Tapi,berserahlah pada Allah,InshaAllah,Dia tahu yang terbaik.”

Amar melangkah longlai.Berita yang disampaikan doktor itu benar-benar memberi tamparan hebat kepadanya.Dia termenung lama di dalam kereta.Baru kini dia merasakan hidup itu singkat.Sangat singkat.Entah,umur yang sudah mencecah 30 puluh tahun itu ibarat tidak langsung memberi erti dan makna.Semuanya ibarat kosong.Lalu,satu persatu dosa silam menerjah fikiran.Ibarat memainkan video tanpa dipinta.Dia tenggelam dalam arus yang menyesakkan itu lalu hilang.

Dia terjaga dari satu lena yang dirasakan panjang.Dikerling kiri dan kanan.Tempat itu seolah-olah asing tapi damai di hati.Entah dari mana datangnya rasa ingin tahu yang membuak,membuat dia berdiri lalu berjalan menelusuri jalan yang penuh ragam manusia itu.

“Mak,lain kali mak duduk dekat rumah je.Biar adik yang jual kuih.Mak kan tak sihat.Nanti mak tak ada,susahlah adik.”

Amar memandang ke arah anak kecil yang memimpin tangan ibunya itu.Terasa berbahang di mata.Saat itu terasa rindu yang amat sarat pada ibunya.Lalu dia terus melangkah melewati sebuah rumah kayu yang agak rapuh binaannya.

“Mak,adik dah balik.”anak kecil yang sama berlari ke arah wanita yang dilihatnya tadi.

“Mak,tadi kan dekat sekolah,ustazah cakap dekat adik,hafiz tu panggilan untuk orang yang hafal Al-Quran.Adik pun nak hafal Quran lah mak.Sebab nama adik kan Hafiz.”

“Adik nak hafal Quran?Alhamdulillah.Sukanya mak.”balas wanita itu seraya mencium lembut pipi anaknya.

Amar yang menjadi penonton setia hanya memandang.YA Allah,hatinya meronta kuat saat ini.Namun,kaki digagahkan jua untuk melangkah ke destinasi yang dia sendiri tidak pasti. Sebaik kaki melangkah ke kaki lima kedai itu,langkahnya terhenti.Mata seolah-olah terpanggil untuk melihat adengan yang lain pula.

“Kau buat apa dengan mak cik ni?Ni mak kau ke Hafiz?”soal seorang budak yang sebaya dengan Hafiz.Hafiz lantas menarik tangan sahabatnya itu.

“Gila ke apa tu mak aku?Tu,aku kesian dekat mak cik tu.Dia sorang-sorang.Aku tunggu driver aku ambil ni.Lambat pulak.Ada ke cakap mak cik tu mak aku.”balas Hafiz.

“Yelah.Aku ingat mak kau tadi.Mana tau kau tipu kitaorang kan”soal sahabatnya itu.

“Ke situ pulak korang.”

Amar memandang ke arah wanita tua yang mejual tisu itu.Matanya dapat menangkap ada titik-titik jernih yang mengalir di pipi wanita itu.Air mata yang sekian lama diseka tidak mampu tertahan lagi. Bila mengenang kesemua peristiwa yang berlaku,dia tidak mampu lagi membendung sebak yang bersarang di dada.Dia menghampiri Hafiz.Ingin menegur sikap budak lelaki itu.Namun,semuanya mulai kabur.Dia kembali tenggelam dalam arus yang menyesakkan itu lalu hilang.

“Amar,Alhamdulillah awak dah sedar.Awak kemalangan seminggu yang lalu.Dah seminggu awak koma.Allah masih bagi awak peluang.”

“Saya nak mak saya doktor.Saya nak mak saya”rintih Amar yang mula mengalirkan air mata.

“Muhammad Amar Hafiz ,mak ada dekat sini nak”kata wanita tua yang sejak seminggu yang lalu setia menemani anaknya itu.Sungguh,jika dia memikirkan apa yang telah anaknya itu lakukan.Terlalu perit untuk digambarkan.Namun,hati seorang ibu tidak mampu membiarkan anaknya menderita saban hari memanggil-manggil namanya.

“Assalamualaikum,imam oh imam,”sapa Amar di muka pintu.Pintu dibuka lalu Imam Amin segera
menyahut salam daripada Amar.

“Masuklah Hafiz.Memang imam tunggu kamu pun.” Amar lantas masuk dan duduk.Semenjak lahir lagi dia telah kehilangan ayah dan Imam Aminlah tempat dia berteduh kasih sewaktu kecilnya.
Sebaik sahaja dia duduk di atas kerusi,air mata laju mengalir saat terdengar alunan ayat suci Al-Quran yang dialunkan oleh Saif,anak kepada Imam Amin.

Kekuatan dikumpul sebelum dia mula berbicara.“Imam,saya rasa berdosa sangat sekarang.Dah banyak saya tinggalkan.Mak saya,saya abaikan, solat, puasa saya,halal haram semuanya saya abaikan.Saya lalai imam.Terlalu alpa.Sampai saya rasa dah tak ada ruang lagi untuk orang macam saya ni.Saya tak layak nak hidup,imam.Rasa macam Allah takkan terima dah apa yang saya buat”

“Astaghfirullah,Hafiz,tak baik kamu cakap macam tu.Bukan ke Allah itu Maha pengampun lagi Maha Penyayang?Allah dah sedarkan kamu sebelum kamu terlewat.Allah masih bagi kamu peluang untuk perbetulkan kesalahan kamu.Pintu taubat tu luas,nak.Allah berfirman dalam surah Az-Zumar, ayat 53, Katakanlah: "Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." Allah kuatkan lagi,Allah tekankan lagi,betapa luasnya pintu taubat Allah ni,Allah ceritakan pula dalam surah as-syura ayat 25“Dan Dialah yang menerima taubat dari hamba-hamba-Nya dan memaafkan kesalahan-kesalahan dan mengetahui apa yang kamu kerjakan.” Terlampau banyak Hafiz,ayat yang Allah ceritakan pada hambaNya betapa luas pintu taubat tu.Tinggal kita je yang nak sedar atau nak biarkan peluang yang Allah bagi tu berlalu macam tu je.Allah tak lihat besar dan banyak mana dosa yang kita buat Hafiz.Tapi Allah tengok sejauh mana kesungguhan kita untuk kembali kepadaNya”.

Laju air mata mengalir di pipi lelaki itu.Saat itu perasaan malu sudah dibuang sejauh mungkin.Sungguh,dia tersentuh.Dia tersentap.Betapa selama ini Allah telah memberi ruang untuknya.Allah menganugerahkan kecukupan baginya,tapi dia tidak bersyukur.Lantas tangannya mencapai tangan Imam Amin lalu disampaikan hajat di hati.Aku ingin berubah.

Usai menunaikan solat terawih,Amar berteleku di atas katil,bermuhasabah diri dan merenung dosa-dosa silam.Teringat dia tazkirah dari Saif sewaktu menunggu waktu Isya’ tadi.Kata Saif, kadang-kadang manusia itu sering lupa akan asal usul sendiri.Sering lupa jasa ibu dan bapa.Bahkan yang lebih menggerunkan lagi,hingga sanggup membuang ibu bapa dalam mengejar sesuatu yang tidak pasti.Walhal ibu dan bapalah yang bersengkang mata untuk menjaga kita.

Amar bangun dari katil.Tangan laju mencapai Quran yang sering kali menjadi peneman setelah Quran itu lama dibiarkan berhabuk.Dia menyelak Quran itu sehingga bertemu surah al-ana’am.Niatnya ingin menyambung bacaan yang ditinggalkan petang tadi.Usai bertadarus,dia merenung satu persatu makna ayat yang dibaca.Mata seolah-olah terhenti pada ayat ke 151. Katakanlah: "Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibubapa.”

Al-Quran di tangan ditutup dan diletak ke atas rak kembali.Kakinya laju melangkah keluar dari bilik.Ibu yang sibuk di dapur dihampiri.Dia melutut.Menangis.Meratapi perbuatan zalimnya terhadap seorang yang bergelar ibu.Emak lantas meraih bahunya lalu tersenyum.Syukur. “Alhamdulillah, anakku Hafiz telah Kau pulangkan  Ya Allah,” rintih emak di dalam hati.

Petang itu Hafiz sibuk membantu emaknya di dapur.Katanya,dia ingin berbakti kepada ibunya itu bagi menebus dosa-dosanya.Usai berbuka puasa dan solat maghrib,dia duduk di sisi ibunya.

“Mak,dulukan adik ada cakap dengan mak yang adik nak hafal Quran.Tapi adik baru hafal sikit mak.Adik takut tak sempat nak habiskan,”kata Amar.

“Kenapa adik cakap macam tu nak?InshaAllah sempat lagi adik nak habiskan.Tak pelah,sambung waktu raya pun bolehkan”tutur wanita itu lembut.Riak risau di wajah sebolehnya cuba disembunyikan.

“A’ahkan mak.Malam ni pengunguman raya kan mak?Dah lama adik tak dengar pengunguman raya dengan puasa.Tapi sedihkan mak,Ramadhan dah nak tinggalkan kita.Entah adik sempat lagi ke tak Ramadhan akan datang.Dahlah tahun ni baru nak puasa.Adik menyesal mak,menyesal dengan masa lalu adik,” sayu Amar bersuara.

“InshaAllah nak,sempat.Doa pada Allah.”

“Mak,adik nak minta maaf sangat-sangat.Dah lama adik tak jenguk mak.Raya pun adik tak balik.Adik berdosa mak.Adik tak dapat nak maafkan diri sendiri bila adik ingat yang adik halau mak dari rumah adik sebab perempuan yang entah mana-mana.Dahla malam kan waktu tu mak.Hujan lagi.Tapi waktu adik bodoh.Adik menangkan nafsu dari rasional akal.Adik tak pergi cari mak,”Amar tidak mampu lagi membendung air matanya.

“Mak dah lama maafkan adik.Mak tahu,waktu tu adik macam mana.Mak faham adik.Zaman muda,lagipun mesti adik malu ada mak macam ni kan,”kata wanita itu.

“Mak,adik bangga dapat mak macam mak.Sebab mak is the best in the world.Hehe.Mak is awesome. Adik sayang mak dunia akhirat,”lantas Amar meraih tangan ibunya dan mencium tangan wanita itu.Lama dia berbuat begitu.Sungguh,dia rindu.Rindu yang tersangat menggebu.

Pagi yang tenang itu,wanita itu masuk ke bilik Amar.Terpamer senyuman semanis mungkin kerana dia bakal merayakan satu syawal dengan anak yang sangat dirinduinya.Tangan menolak daun pintu tapi kaki tidak jadi melangkah.Serasa tidak lagi berpijak di bumi yang nyata.Air mata sudah jatuh berjujuran.Tidak dapat diseka.Amar Hafiz masih lagi di sejadah.Sedang sujud menghadap penciptaNya.Hati merintih,namun wanita itu redha.Ini ketentuan daripada Maha Esa. “Terima kasih Allah,kerana Kau masih memberi dia peluang untuk bertaubat dan Kau berikan aku masa untuk merasai kembali kehadiran anakku ini di sisi.Aku redha.Pergilah Muhammad Amar Hafiz dengan tenang,”bisik hati wanita itu.


Wednesday 18 September 2013

Oh My Buddiez!

Assalamualaikum..
Alhamdulillahirabbila`lamin..wassolatuwassalamualaa`sshrofilanbiya'iwalmursalinwaa`la alihi was0hbihi ajmain..selawat dan salam ke atas junjungan yang mulia Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat..

Pertama-tamanya marilah kita bersama-sama mengucapkan syukur atas pemberian nikmat dari Allah S.W.T dengan ucapan ALHAMDULILLAH..
okay,dah perbaharui syahadah kalian-kalian semua??kalau belum.cepat.sekarang jugak perbaharui syahadah tu.tak mo lewat-lewat.

Bila hari tu ada orang tiba-tiba tanya, selalu update blog ke nak suruh saya baca? Sentap jugaklah kan,sebab jarang-jarang update.Ni barulah muncul balik.

_____________________________________________________________________________
A:Eh,tu bukan ke roommate kau yang duk dating tu.Jom kita pi tegur.

B:eh,eh.Tak payahlah.Kita membenci dengan hati jela.

A:Membenci dengan hati tu kan selemah-lemah iman.Kau kan baik dengan dia.Selalu lepak sama.Kita pegi tegur ea.Mencegah kemungkaran tanggungjawab bersama.

B:Bukan apa,aku takut nanti kalau aku tegur dia,dia terasa.Lepas tu dah tak nak tegur aku. Tak nak lah macam tu.Tu kire memutuskan silaturrahim.

Eh!
_____________________________________________________________________________

Okey,ana rasa cukup sampai situ perbualan itu ditamatkan.
Persoalan??
.Pernah tak,sekali pun perkara ni terjadi pada anda?
Anda nampak kawan  anda buat salah,tapi anda anda dan anda takut nak tegur.
Nanti takut dia terasa.

Kalau anda semua rasa macam tu,ana nak anda semua fikirkan sejenak.

 Mana hilangnya ucapan “Ana Uhibbu Enta Fillah”??

Mana hilangnya janji untuk berpimpin tangan ke syurga bersama sahabat tersayang??

Sentap bukan?

Hakikat kita sebagai manusia dengan teganya menyakiti dan melukai Pencipta kita dengan tidak melaksanakan tanggujawab amar makruf nahi mungkar dengan memberi alasan kita bimbang hati sahabat kita akan terluka.

Kita secara tidak langsung lebih rela menjaga hati makhluk dari menjaga hati penciptaNya.

Sedangkan yang memegang hati-hati kita,yang berhak dan layak atas hati kita adalah Allah. 

Allah lah yang memegang dan mengawal hati kita

Kita lupa!!!

Kita alpa!!!

Kita lupa yang bahawasanya jika kita meminta kepada Allah untuk menjaga hati sahabat kita, membuka hatinya untuk menerima teguran dengan baik.Sudah pasti Allah kabulkan.Sudah pasti Allah juga turut gembira kerana kita sedang menjalankan tanggungjawab kita.

Renungkanlah jika anda semua benar-benar ingin berpimpin tangan dengan sahabat tersayang ke syurga bukan turut sama mengheret ke neraka.Eh!

p/s
Oh My Buddiez.Tegurlah ana kerana ana juga manusia yang khilaf dan mudah tersungkur!

Sunday 19 May 2013

23 @ 27??hew2




Assalamualaikum..
Alhamdulillahirabbila`lamin..wassolatuwassalamualaa`sshrofilanbiya'iwalmursalinwaa`la alihi was0hbihi ajmain..selawat dan salam ke atas junjungan yang mulia Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat..

Pertama-tamanya marilah kita bersama-sama mengucapkan syukur atas pemberian nikmat dari Allah S.W.T dengan ucapan ALHAMDULILLAH..
okay,dah perbaharui syahadah kalian-kalian semua??kalau belum.cepat.sekarang jugak perbaharui syahadah tu.tak mo lewat-lewat.


tajuk entry tak ada kaitan dengan apa yang sebenarnya ingin di sampaikan.Saje,tajuk cliche sikit.

Kelas Mentor Mentee

Akak mentor,Kak Syafiqa memadam tulisan di papan putih menggunakan tisu yang dibawa.

Ana:Akak,tu kan ada duster tu.Guna jela.

Kak Syaf:Emmm,boleh ke?Kalau lecture punya macam mane?Lecture tertinggal ke.Nanti guna tak minta izin pula.Tak pe ke??

Ana terduduk.Tersenyap.Terpaaaannaaaa.Makan dalam statement akak ni.

_________________________________________________________________

Mungkin ana je kot yang terduduk atau makan dalam dengan statement ni.Mungkin ada yang tak faham apa yang ana cuba nak sampaikan kat sini.

Perkaranya simple.Bak kata orang putih @ mat salleh.As simple as ABC.Bak kata cikgu BI, Like kacang putiih.

Perkara ni berlaku kadang-kadang,tanpa kita sedar.Kita tak perasan pun.Sampai perkara tu berlaku pada kita.Standard lah buat salah.Nobody perfect kan.

Kalau dekat tempat ana belajar,yang ada dalam kelas biasanya,kerusi,meja dan whiteboard.Maker atau pemadam papan putih tu selalunya,lecture yang kena bawak sendiri.Standard lah,kat sekolah pun macam tu.Tapi,macam dalam situasi atas tadi,yang memang berlaku pun pada ana,ana nampak duster tu,ana minta jela Kak Syaf guna yang tu.Tapi,betul apa yang Kak Syaf cakap.

Kita tak tahu yang duster tu kepunyaan sape.Kalau nak guna kena dapat keizinan dari tuan dia.Kalau kita tak tahu siapa punyai,macam mana nak guna?Tak dapat kiezinan.Tak berkat.Even bukan makanan pun.Still tak boleh.

Samalah jugak macam dekat toilet dekat asmara.Tengok ada baldi kosong.nak pinjam nak basuh baju,tapi tak tahu siapa punya.Tengok dekat singki ada sabun basuh.Selama ni tak pernah ada pun.Kita pun guna basuh pinggan.Halal jela.Selalu macam tu kan?

Jadi,sekarang,before buat apa-apa atau guna apa-apa yang kita musykil kepunyaan siapa,kita pastikan dulu,baru kita boleh guna.Then,baru hidup kita berkat.

Kadang-kadang sebab satu kesalahan kecil yang kita buat.hidup kita jadi tak berkat.Mulalah,failed exam lah,tak faham lah.Sebab apa?Sebab ada hijab.Ada salah dengan manusia tanpa kia sedar.

Kepada mangsa kejadian,yang selalu tengok-tengok,baldi hilang,sabun tinggal sikit,bersabarlah.doakan pemangsa tu dapat hidayah.Jangan doa yang buruk-buruk tau.Halalkan je,walau pun terpaksa.Tak salah pun.Dapat pahala lagi,Tapi beware lah.Semoga tak kena lagi.

Kepada pemangsa pula,sedar-sedarlah,kalau anda berada di tempat mangsa,mesti anda bengang jiddan.Samalah juga dengan mangsa tu rasa.

Rasanya dah terlalu panjang.

Assalamualaikum
       ~ha~

Wednesday 3 April 2013

Announcement!!Wajib tapi diambil Mudah!


Assalamualaikum..
Alhamdulillahirabbila`lamin..wassolatuwassalamualaa`sshrofilanbiya'iwalmursalinwaa`la alihi was0hbihi ajmain..
selawat dan salam ke atas junjungan yang mulia Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat..  


~ALHAMDULILLAH~..syukur sangat pada ALLAH sebab dah bagi peluang untuk bernafas lagi dan menulis..
Dah perbaharui syahadah kalian2???kalau belum..silalah berbuat demikian....

----------------------------------------------------------------------------------------------------------
pernah duduk asrama tak??
Sila jawab(dalam hati)
ha?tak pernah?Apakah??
Over pulak,tak kisahlah pernah ke tak pernah.
Pernah dengar pengunguman?(betul ke eja ni)


Melammpau lah kalau tak pernah dengar kan.Okay..Anggaplah pernah dengar.
Biasanya kalau kita duduk asrama selalu la dengar announcement ni kan.
Kadang-kadang sampai dah bosan.Tapi,kita perasan sesuatu tak??

Okay,bayangkan.

Bayangkanlah..

Sehari,ada dalam dekat 10 announcement dekat asrama.Pagi petang siang malam.Sampai kita dah naik bosan.

Announcement technician naik lah.Sehari tu sampai 10 pun mungkin.
Announcement ajak pegi talk lah.
Announcement gerai lah.
Bla..bla..bla..


Tapi sedar tak,kalau setiap announcement tu, mesti akan dimulakan dengan salam.
Tapi,kadang-kadang sebab dah bosan sangat dengar announcement tu,orang yang bagi announcement tu bagi salam, kita tak jawab pun.Kita terlupa yang jawab salam tu wajib.

Apakah??

Perkara ni berlaku pada diri sendiri.Kalau duduk dalam bilik tu,sampai 10 announcement dengar.Tapi,sedar tak sedar,berapa kali je jawab salam.Kalau ada 10,jawab salam tu kadang-kadang tak sampai 10 kali pun.
Kalau announcement technician naik lagilah.Tak nak dengar pun.Buat tak kisah pun.Kan ke wajib jawab salam tu kan??Tapi berapa ramai je yang perasan??

Terukkan.Ish2..

Jadi,lepas ni,kalau dengar 100 +++ pun announcement kat asrama tu,kalau orang tu bagi salam,silalah jawab.TAU!!!

Peringatan untuk diri sendiri dan yang lain-lain.Saling memperingati untuk menggapai redha Allah.InshaAllah.



Assalamualaikum
        ~ha~





Wednesday 27 March 2013

Dia ratu hatiku




Assalamualaikum..
Alhamdulillahirabbila`lamin..wassolatuwassalamualaa`sshrofilanbiya'iwalmursalinwaa`la alihi was0hbihi ajmain..selawat dan salam ke atas junjungan yang mulia Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat..

Pertama-tamanya marilah kita bersama-sama mengucapkan syukur atas pemberian nikmat dari Allah S.W.T dengan ucapan ALHAMDULILLAH..
okay,dah perbaharui syahadah kalian-kalian semua??kalau belum.cepat.sekarang jugak perbaharui syahadah tu.tak mo lewat-lewat.



-------------------------------------------------------------------------------------------
Aku termenung di meja.Duduk berteleku sambil mengingatkan keputusan mid sem yang bakal diterima.Sedikit terjerit hati ini kerana sangat hampa dengan diri sendiri.Lalu aku kembali mengingatkan seorang sangat aku sayangi.Seseorang yang aku yakin kasihnya tidak pernah berbelah bagi buatku.Seseorang yang sentiasa ada disamping ku.

IBU!!!

Jerit dalam hati.Sungguh,berjauhan dengan ibu adalah sesuatu yang menyeksakan zahir dan batin.Tapi,bila teringat akan ibu,hati mula menjadi sayu.

KERANA APA??

Kerana insan yang bernama anak ini sering kali membuat ibu terasa hati.Kadang-kadang,kata-kata ini mampu mengguris hatimu ibu,walau pun kau tidak menunjukkannya.

Bila teringat akan ibu,terasa ingin aku berlari dari Petaling Jaya ke Temerloh untuk berjumpa ibu.(hiperbola pulak)Terlalu banyak doa dan sokongan ibu buatku.Tak mampu terbalas bagiku.

Teringat aku zaman kanak-kanak ribena di sekolah menengah.

Setiap kali peperiksaan,aku pasti menelefon ibu.berpesan kepada ibu,agar ibu mendoakan aku.Tapi,yang paling aku terharu,setiap kali ada peperiksaan besar seperti pmr dan spm.Ibu selalu meminta aku fotostat jadual exam.Setiap kali aku menduduki peperiksaan,sepanjang masa itulah ibu akan terus mengaji dan mengaji kerana dia berharap Allah akan memudahkan aku untuk menjawab soalan.Kalau 3 jam aku menduduki peperiksaan pada hari itu,3 jam la ibu akan mengaji.

Ibu jugalah orang pertama yang akan menangis apabila mendapat tahu keputusan peperiksaanku.Ibu tidak pernah berhenti mendoakan aku.Aku yakin itu.

Sampai aku sudah melangkah ke universiti,setiap peperiksaan,mahu pun quiz yang aku bakal hadapi,aku akan sentiasa menelefon ibu.Bagiku,mendengar suara ibu mampu menghilangkan beban yang berat,mendengar suara ibu juga mampu meruntun jiwa kerana rindunya aku kepada ibu.Mendengar suara ibu juga menbuat aku menyesal atas silapku terhadap ibu dahulu.Dan mendengar suara ibu mampu membuat aku menangis.Suara seorang ibu itu bagaikan satu tiupan semangat kepada anaknya.
--------------------------------------------------------------------------------------------
Tapi,sejauh mana kita sendiri cuba untuk jaga hati ibu?
Sejauh mana kita sanggup untuk jaga ibu kita bila dia dah tua
Berapa ramai yang sanggup?
Berapa ramai yang lupa ibu setelah berjaya?
Berapa ramai yang sesuka hati mengharap ibu bapa cepat mati kerana kehadiran mereka merumitkan keadaan?
Berapa ramai yang mendoakan ibu mereka?
Berapa ramai yang sanggup buang ibu kerana harta dan pangkat?
Berapa ramai yang suka tengking ibu?Cakap ibu kolot?
Berapa ramai yang tak habis-habis cakap ibu ni menyusahkan sebab asyik nak kongkong kita?

~Renungkanlah.Sejak kecil,ibu tak pernah pun abaikan kita.Tapi kita?~
~Seorang ibu mampu jaga 10 orang anak,tapi 10 orang anak tak semestinya sanggup nak jaga seorang ibu~


Jadi,lepas baca entry ni,harapnya ramai sedar,termasuk diri yang menulis ni juga.Sedang dalam usaha untuk menghargai ibu.

Jangan bila ibu dan abah kita dah tak ada nanti,baru kita menyesal,baru kita nak bertaubat.
Redha Allah terletak pada redha ibu bapa!


pesan ibu ana "Bertaubat jangan hanya tahu buat"

Yang baik tu datangnya dari Allah,dan yang kurang itu ialah kelemahan diri ini sendiri.

p/s
Cepat ambil fone,telefon ibu,minta maaf banyak-banyak!!

Assalamualaikum
         ~ha~