Wednesday 7 November 2012

M.U.J.A.H.A.D.A.H(terima kasih sahabat)

Assalamualaikum..
Alhamdulillahirabbila`lamin..wassolatuwassalamualaa`sshrofilanbiya'iwalmursalinwaa`la alihi was0hbihi ajmain..
selawat dan salam ke atas junjungan yang mulia Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat..  


ALHAMDULILLAH..syukur ke hadrat sang pencipta kerana memberi peluang unutk diri ini bernafas lagi.okay..soalan yang sangat common dalam setiap post..dah perbaharui syahadah kalian untuk hari ini??
yang belum tu..stop baca kejap..mengucap dulu..okay..done.

agak kelamaan jugak la Ha tak mengupdate blog yang terchenta ni..sekarang baru ada kesempatan untuk mengupdate blog ni..

Sebenarnya,tiba-tiba pagi ni teringat tentang perbualan telefon dengan seorang sahabat ni.So,kira entry hari ny nak cerita tentang perbualan Ha dengan sahabat Ha.Setelah sekian lama Ha tak contact dengan dia..satu malam tu..dia telah menelefon Ha sampai kedit dia habis..Jadi..renung-renungkan ye entry ni.

sahabat:Nak tanya sikit boleh???

Ha:tanyalah.nak tanya apa??buat suspen je..

sahabat:apa agaknya tujuan kita hidup kat dunia ni??(ni ayat menduga)

Ha:ada dalam satu surah..Allah berfirman."tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu"so..kita kena beribadah kepada Allah la.Kenapa???

sahabat:Lagi??ada 2 kan??lagi satu??

Ha:entah.(jawab sambil lewa tapi tngah fikir..emm..khalifah)

sahabat:yang lagi 1 tu khalifah.Allah berfirman dalam satu surah.Nanti cari.okay.Sebenarnya, kita paham agama kita ni dengan apa??

Ha:dengan akl fikiran la.(jawab dengan confident)

sahabat:sebelum tu,kita ni sekadar tahu tentang agama kita atau kita faham???(ayat menduga lagi ni)

Ha:tahu dan fahamla sepatutnya.

sahabat:Sepatutya???emmm..Apa beza kita tahu dengan faham??

Ha:pening dah ni..banyaknya soalan..emm..entahla..

sahabat:okay..sebenarnya,kita kena faham agama kita dengan akal dan paling hati.Kalau kita faham dengan hati dengan akal.Akal akan bantu kita untuk fikir baik dan buruk dan hati akan buat kita faham kenapa hukum tu kena macam tu.

Ha:emmm..(senyap dah)

sahabat;Ha tau tak sebenarnya apa matlamat kita atas muka bumi ni??(Ha senyap je)mesti kita nak capai ISLAM kan??jadi..macam mana nak capai ISLAM tu???

Ha:emm..ntahla(tahan sebak)

Sahabat:sebenarnya,kita bley capai ISLAM tu dengan belajar.Macam mana??kan kita belajar tu menambah ilmu kita dan dalam kita tak sedar.dapat jugak mndekatkan diri kita dengan Allah.

Ha:ouh..okay..

sahabat:macam tak minat je nak dengar.(ayat merajuk)

Ha:taklah..emm

Sahabat:Ha,taukan nanti satu hari Islam akan menang jugak kan??

Ha:yup..

Sahabat:okay..api nantikan waktu Islam menang..cuba bayangkan kat mana kita??adakah kita tentera-tentera yang memperjuangkan Islam???atau kita dalam golongan orang yang hanya tertunduk malu sebab tak buat apa-apa??

Ha:emm..(dah tak terkata sebab dah nangis)

Sahabat:Jadi,Ha fikirlah.Ha nak ada kat mana time tu??kalau pun kita tak mampu nak bagi sumbangan untuk agama kita,at least kalau kita mujahadah diri kita melawan nafsu dan maksiat dalam diri..Kita dah menyumbang kepada agama kita..

TUT...TUT..TUT..(kedit sahabat Ha habis)

tapi dia ada hantar mesej sambungan katanya

"Ha,cuba bayangkan.sebenarnya kenapa orang cakap benda ni kat Ha??orang bukan nak cakap Ha teru ke apa..Tapi nanti..cuba bayangkan..kalau kita mati nanti..Lepas tu bayangkan kalau saudara-saudara kita yang ditindas tu tanya pada kita"apa yang kamu lakukan ketika kami terseksa dalam memperjuangkan agama Allah???"
Time tu,mesti kita tak tau nak jawab apa.Sebab kit memang tak buat apa-apa.api cuba fikir,kalau la kita mujahadah..mungkin kita boleh jawab soalan mereka. "wahai saudaraku,ketahuilah kamu pada waktu itu aku sedang mempersiapkan diri dengan mujahadah melawan hawa nafsu dan membentuk iri menjadi seorang muslimah yang mampu memberi sumbangan kepada agamaku".Ha renung-renungkanlah.Dalam hidup ni,sesungguhnya...memang banyak perkara yang melalaikan..Tapi Allah dah memberi kita 2 pilihan.
1)bahagia di dunia tapi sengsara di akhirat
2)bersusah di dunia bahagia di akhirat.
Kita la yang menetukan siapa kita.Kita yang bertanggungjawab mempersiapkan diri kita menghadapi Allah nanti..
Dunai bukanlah selama-lamanya.Hanya sementara dan semakin tua dah..fikir-fikirlah

sobs.sobs..jadi tula apa yang kawan Ha cakap dekat Ha.Memang sanat terkesan dengan apa yang dia cakap.


notakaki(@_@)*
* jom sahabat sekelian..sama2 kita mujahadah dan istiqamah

::segala yang baik tu datangnya dari Allah dan yang buruk tu adalah khilaf hamba Allah yang sedang menaip ini::

~Assalamualaikum~
           ~Ha~


MUJAHADAH ITU PAHIT
KERANA SYURGA ITU MANIS