Friday 16 March 2012

~JoM bAiKi DiRi~

Assalamualaikum..
Alhamdulillahirabbila`lamin..wassolatuwassalamualaa`sshrofilanbiya'iwalmursalinwaa`la alihi was0hbihi ajmain..
selawat dan salam ke atas junjungan yang mulia Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat.. 

Syukur sangat-sangat pada Allah sebab dah bagi peluang untuk Ha bernafas lagi pd hari ni..
Soalan feveret...dah perbaharui syahadah anda untuk hari ni??
Saje nak berkongsi cerita..tadi masa pergi bank terjumpa dengan 1 keluarga ni..rasa respect sangat dekat diorang..

Isterinya pakai tudung siap purdah..suara dia lembut sangat..
suami dia pulak relax je pakai kain pelikat siap serban dan jubah..suka tengok sebab dekat dahi dia ada tanda..faham-faham jelakan...
anak-anak dia pulak dua-dua laki..comel...macam bahagia je keluarga diorang....
harap suatu hari nanti dapat family macam tu jugak tp..tak semestinya dapat suami macam tu atau dapat isteri yang pakai purdah..
cukuplah saling menjaga maruah dan harga diri dari dijual pada insan yang tidak layak..dan yang penting cintanya suami isteri itu disebabkan Allah..

huhu..Ha cakap ni macam Ha dah nak kahwin sangat je kan.doakan Ha dapat jodoh yang baik-baik..dan harap anda semua pun akan dapat jodoh yang
 baik ...insyaAllah..~amin~

hurm..berfikir sejenak..hari ni Ha nak cerita pasal ...

"~10 Jenis Solat yang Tidak Diterima Allah~"(berdasarkan sabda Rasulullah)


1.orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu..
2.orang lelaki yang mengerjakan solat tapi tak bayar zakat
3.orang lelaki yang jadi imam tapi makmum membencinya.
4.orang lelaki yang meminum arak tanpa mahu meninggalkannya yakni bertaubat
5.orang lelaki budak yang melarikan diri..(ni Ha tak faham)..
6.orang perempuan yang suaminya marah kepadanya..
7.orang perempuan yang mengerjakan solat tapi tak pakai tudung
8.Pemimpin atau imam yang sombong dan zalim serta menganiayai orang lain.
9.orang-orang yang suka makan riba
10.orang-orang yang solat tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji mahu pun mungkar...

Ha pernah jadi orang yang tergolong dalam 10 golongan kat atas tu..sekarang baru Ha sedar..jadi kalau rasa-rasa kalian-kalian pun
mungkin tergolong...cepat-cepat ubah..ok!!

notakaki(@_@)*..entry ni takde notakaki..

Segala yang baik tu datang dari Allah S.W.T dan yang tidak itu datangnya dari kelemahan Ha sendiri..
Jadi kalau-kalau ada yang terasa atau ada salah yang Ha dah terbuat..kususun 10 jari tanda maaf..
Maafkan Ha ea..semoga kitasama-sama mengambil iktibar dan pengajaran dalam mencari redha Allah dan menjadi hamba yang disayangiNya..

Assalamualaikum
        ~ha~

Thursday 15 March 2012

~N.A.F.S.U~

Assalamualaikum..w.b.t
Alhamdulillahirabbila`lamin..wassolatuwassalamualaa`sshrofilanbiya'iwalmursalinwaa`la alihi was0hbihi ajmain..
selawat dan salam ke atas junjungan yang mulia Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat.. 
Alhamdulillah..syukur sangat pada Allah sebab masih lagi bagi peluang untuk Ha bernafas dan cuba perbaiki diri ni..soalan feveret..
dah perbaharui syahadah??kalau belum sila-silalah berbuat demikian ye..
oke..dari pagi tadi dok belek-belek buku..tak tau dah nak cerita apa..
ada la satu cerita ni yang berjaya menarik minat Ha nak bercerita kat sini..harap enjoy reading..

>Kisah Hasan Al-Basri dengan Rabiatul Adawiyah<

Dikisahkan dalam sebuah kitab,suatu hari Hasan al-Basri,Malik bin Dinardan Tsabit al-Banany pergi berjumpa dengan Rabiatul Adawiyah.Hasan Al-Basri meminta Rabiatul Adawiyah untuk memilih antara mereka bertiga untuk dijadikan suami,sebab nikah tu sunnah Rasulullah.Jadi,Rabiatul Adawiyah pun memberitahu bahawa dia akan bertanya beberapa soalan kepada mereka dan sesiapa antara mereka yang dapat selesaikan soalan tu akan menjadi suaminya.

~Q1~
Apa pendapat kamu dihari kiamat nanti ada segolongan manusia di dalam syurga dan    ada segolongan manusia di dalam neraka.dalam golongan manakah saya nanti??
>aku tidak tahu..


~Q2~
Malaikat telah membentuk aku dalam kandungan ibuku,adakah aku akan menjadi orang yang sengara atau bahagia??
>aku tidak tahu

~Q3~
Apabila dikatakan kepada seseorang kamu jangan takut dan kamu jangan susah dan dikatakan kepada seorang lagi kamu tidak ada kegembiraan sama sekali.Maka dalam golongan manakah saya??
>aku tidak tahu

~Q4~
Kubur mungkin salah satu dari taman syurga dan boleh juga menjadi liang neraka.Bagaimanakah kubur saya??
>aku tidak tahu

~Q5~
Pada hari di mana wajah-wajah manusia memutih bersih dan wajah-wajah manusia lainnya menghitam muram,keadaan manakan wajah saya???
>aku tidak tahu

Oleh sebab mereka yang hadir tu tak dapat jawab.Maka mereka pun pulang.

Dikisahkan pula setelah Rabiatul Adawiyah bersuami dan suaminya meninggal dunia Hasan Al-Basri telah datang sekali lagi untuk bertemu dengannya.Hasan Al-Basri mengatakan bahawa setelah Rabiatul Adawiyah kematian suami dia harus berkahwin dengan lelaki lain pula.Rabiatul Adawiyah menyatakan dia akan menjadi isteri kepada orang yang paling alim antara mereka.Lalu Hasan Al-Basri lah yang paling alim dalam kalangan mereka.Rabiatul Adawiyah pun berkata jika Hasan Al-Basri dapat menjawab 4 soalan yang ditanya dia akan menjadi isteri kepada Hasan Al-Basri.HassanAl-Basri meminta Rabiatul Adawiyah bertanya dan semoga Allah membantunya menjawab soalan tersebut..

~Q1~
Bagaimanakah pendapatmu kalau saya mati dan keluar dari dunia ini,adakah saya berbekal dengan iman atau tidak???
>Itu adalah sesuatu yang ghaib dan hanya Allah S.W.T yang Maha Mengetahui.

~Q2~
Bagaimana pendapatmu sesudah saya ditidurkan di dalam kubur dan disoal oleh malaikat Munkar dan Nangkir,bolehkah saya menjawab soalan mereka??
>Itu adalah masalah yang ghaib dan hanya Allah S.W.T yang Maha Mengetahui.

~Q3~
Apabila semua manusia telah dihalau pada hari kiamat,dan bertebaran kitab-kitab amal mereka,pada sebelah manakah saya akan diberi,kanan atau kiri??
>Itu pun adalah masalah ghaib

~Q4~
Apabila manusia telah dipanggil sebahagian ke syurga dan sebahagian ke neraka,maka bahagian manakah saya berada??
>itu juga adalah soal ghaib.

Kalau seseorang itu telah kabur dalam 4 perkara ini bagaimanakah dia akan menyibukkan diri dalam perkahwinan.??Wahai Hasan,jawablah berapa bahagiankah Allah menciptakan akal?
>10 bahagian,9 untuk lelaki dan 1 untuk wanita.

Wahai Hasan berapa bahagian pula Allah menciptakan syahawat??
>Syahawat juga 10 bahagian,1 untuk lelaki dan 9 untuk wanita.

Wahai Hasan,saya boleh menjaga 9 bahagian syahawat ini dengan 1 bahagian akal,bagaimankah pula kamu yang hanya menjaga 1 syahawat dengan 9 bahagian akal?

Lalu Hasan al-Basri pun menangis kerana begitu terkesan dengan kata-kata Rabiatul Adawiyah dan berlalu pergi..

~t.@.m.@.t~
*Rabiatul Adawiyah
*Hassan Al-Basri
0ke..kagum sangat-sangat dengan Rabiatul Adawiyah nie..susah lah nak cari perempuan macam ni sekarang kan???Mungkinkah ad lagi perempuan macam ni waktu akhir zaman nie??wallahualam..
Sejenak Ha terpikir kalaulah Allah cipta nafsu lelaki tu 9 bahagian..agak-agak teruklah dunia ni kn..
sekarang nafsu lelaki yang ada 1 bahagian pun dah banyak kes..Mintak dijauhkan..

notakaki(@_@)*
*cuba gunakan akal untuk kawal nafsu kita oke..
*sentiasa perbaiki diri tau!!
*bersyukur dengan ciptaan Allah..

segala yang baik tu jadikan teladan dan tentunya datang dari Allah S.W.T dan yang tidak itu datang dari kesalahan Ha sendiri..harap dimaafkan ye..Semoga kita sentiasa dilindungi Allah dan memperbaiki diri ke arah redhaNya..

Assalamualaikum
     ~ha~



Wednesday 14 March 2012

J0m Ber"CINTA"

Assalamualaikum..w.b.t
Alhamdulillahirabbila`lamin..wassolatuwassalamualaa`sshrofilanbiya'iwalmursalinwaa`la alihi was0hbihi ajmain..
selawat dan salam ke atas junjungan yang mulia Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat.. 
Sebelum tangan ni menaip dengan lebih laju..jom sama-sama kita lafazkan Alhamdulillah.. tanda syukur kepada Allah sebab dah memberi peluang untuk kita sebagai musafir di bumi Allah ini untuk bernafas lagi sambil mencari keredhaanNya dalam setiap amal dan perbuatan yang kita lakukan.
soalan yang biasa akan Ha tanya..
dah perbaharui syahadah anda untuk hari ni??kalau belum..perbaharuilah dulu ea..

dalam entry ni Ha nak cerita pasal cinta...
hurm..C.I.N.T.A??? ada apa dengan cinta sebenarnya???
bila cakap pasal cinta,Ha sebagai remaja dan para remaja sekalian mesti fikir cinta pakwe-makwe kan??
tapi pernah tak kita terfikir pasal cinta laen?? Ok..kita luaskan kan skop cinta kita hari ni..
tak nak masuk bab cinta lain..entry ni nak cerita pasal cinta kepada Allah S.W.T.

ini lah cinta yang abadi,sejati,harmoni dan murni..+ cinta ni kekal lagi...

"Cinta Seorang Wanita kepada Allah"

Diceritakan dalam sebuah riwayat..Seorang lelaki munafik telah bersumpah kepada isterinya supaya isterinya tidak menyedekahkan sesuatu apa pun pada orang lain..
Satu hari datang seorang peminta sedekah ke rumah orang munafik tu..

"Wahai penghuni rumah,tolong berikan aku sesuatu"peminta sedekah tu cakap..

Lepas tu isteri kepada orang yang munafik tu pun beri 3 keping roti pada peminta sedekah tu.Dalam perjalanan pulang orang munafik tu ternampak peminta sedekah bawa 3 keping roti dan di tanya dari mana peminta sedekah tu dapat roti.Lalu peminta sedekah tu menunjuk ke arah rumah dia.
Orang munafik tu pun pulang ke rumah dengan perasaan yang marah dan dia pergi memarahi isterinya..

"Bukankah aku telah melarang kamu untuk memberi sesuatu kepada sesiapa pun??"
"Aku memberikan 3 keping roti kepada pengemis itu kerana Allah S.W.T."jawab isterinya.

Lalu,orang munafik tu pun jadi bertambah marah.Dia menyalakan dapur roti sampai panas dan dia berkata kepada isterinya..

"Berdirilah dan campakkanlah dirimu ke dalam api ini kerana Allah"

kejamkan suami dia??Ish2..ada ke patut nak suruh isteri dia masuk dalam api yang panas tu??terbakar lah nanti kan??


Isteri orang munafik pun memakai barang perhiasan tapi orang minafik tu melarang dia dari memakainya..Jawab isterinya..
"Seorang kekasih akan memakai perhiasan untuk kekasihnya,sedang aku adalah orang yang sedia berkunjung pada kekasihku.."

Betullahkan??kita mesti lah nak nampak cantik kalau nak jumpa kekasih kita??


Lepas tu,isteri orang munafik tu pun masuklah ke dalam dapur roti dan suaminya pun tutuplah dapur itu dan pergi dari situ.
Selepas 3 hari orang munafik tu pergilah ke dapur dan buka dapur roti tu..

Tau tak apa yang jadi??Dia nampak tulang??atau sebaliknya??


Bila orang munafik tu buka je tutup dapur roti tu,dia sangat-sangat terperanjat sebab isteri dia masih dalam keadaan yang baik dan tak ada cacat cela pun.Semuanya dengan izin Allah S.W.T.
Lepas tu oran munafik tu mendengar suara..

"KAMU TIDAK MENGERTI BAHWA SESUNGGUHNYA API TIDAK AKAN MEMBAKAR KEKASIH-KEKASIH KAMI"

~t.@.m.@.t~

Jadi,alangkah baiknya kalau lah cinta kita kepada Allah sama macam cinta isteri orang munafik tu?? mesti kita akan disayangi oleh Allah dan jugak kita akan dapat perlindungan dari Allah..Wah!! bahagianya hidup kalau mencintai dan dicitai Allah...

notakaki..(@_@)*
*tak salah kalau kita bersedekah..sebab kadang-kadang harta yang kita simpan dan tak gunakan tu sebenarnya milik orang lain..
*cuba cari cinta Allah dulu dalam hidup ni..dan kemudian cinta manusia(untuk Ha yang selalu lalai)
*kita tak boleh sayang dunia dan isinya melebihi sayang kita pada Allah
*sentiasa yakin dengan Allah.

Segala yang baik itu tentulah datang dari pencipta dunia dan isinya...Allah S.W.T..
dan segala kesilapan itu datangnya dari insan yang sedang menaip ini..
Untuk renungan bersama semoga kita dapat perbaiki diri kita dan berubah ke arah yang lebih baik dari hari ke hari..buat pedoman Ha dan sesiapa yang sudi singgah dan membaca..

~Assalamualaikum~
          ~ha~




Monday 12 March 2012

~A.R.A.K~

Assalamualaikum..w.b.t
Alhamdulillahirabbila`lamin..wassolatuwassalamualaa`sshrofilanbiya'iwalmursalinwaa`la alihi was0hbihi ajmain..
selawat dan salam ke atas junjungan yang mulia Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat.. 
0ke..ambil masa macam biasa untuk ucapkan syukur dan alhamdulillah pada Allah sebab dah mmberi peluang untuk bernafas lagi pada hari ni..dah perbaharui syahadah untuk hari ni???
dah lame sangat rasenye tak menulis bl0g nieyh..tak update..
0leh sebab result spm akan keluar tak lame lagi..Ha rse..hri ni Ha nak bercerita pasal 


kisah Umar Al-Khattab dengan pembawa arak..
"Suatu hari Saidina Umar telah pergi melalui satu jalan di Madinah ni. Lepas tue Saidina Umar ternampak seorang pemuda yang bawak b0t0l dalam poket baju dia..


Saidina Umar:Wahai pemuda,apakah yang kamu bawa di dalam baju kamu??


Bila Saidina Umar tanya pemuda tue macam tu,pemuda tu takut nak cakap yang dia sebenarnya bawa arak dalam botol tue.Pemuda tu pun berdoa dalam hati 


"YA Tuhanku,tolonglah aku.Janganlah Kau memalukan aku di hadapan Umar.dan aku berjanji tidak akan minum arak lagi untuk selama-lamanya."


Pemuda tue pon jawab lah pertanyaan Saidina Umar.


Pemuda: Ya Amirul Mukminin ,sebenarnya dalam botol yang ku bawa ini ialah madu.
Saidina Umar:Cuba kamu keluarkan.aku hendak melihatnya.


Lepas tue pemuda tue keluarkan botol tu dalam keadaan terketar-ketar......


tau tak apa yang ad dalam botol tue???persoalannya..
ARAK???? atau MADU????


ok,Allah telah pun memakbulkan doa pemuda tu.Dengan kekuasaan Allah botol yang mengandungi arak tu dah jadi botol yang mengandungi madu..Jadi selamatlah pemuda tu..


Kenapa Ha cakap bersesuaian dengan nak ambil result sebab....kalau kita doa pada Allah dengan bersungguh-sungguh dan yakin dengan Allah..InsyaAllah..Allah akan makbulkan doa kita tu..Sebab Allah kan Maha Penyayang dan Maha Pengasih..Mestilah Allah nak tolong hamba Dia..dan kalau lah dah dapat pertolongan Allah..jangan pernah lupe untuk bersyukur..tapi.kalau tak dapat apa yang kita nak..jangan pernah marah2..tau!! sebab Allah dah janjikan takdir yang terindah buat hambanya..oke..tue je..


n0takaki..(@_@)*
*percaya akan kekuasaan Allah
*jangan putus asa
*sentiasa doa sungguh-sungguh
*sentiasa yakin dengan Allah..


Segala yang baik tu tentulah datang dari??? Pencipta sekalian Alam..Allah S.W.T..
dan yang tidak baik itu datang dari kelemahan insan yang menaip ini..semoga kita dapat berubah menjadi seorang yang lebih baik pada masa akan datang...(untuk Ha dan pembaca yang sudi baca)..


~Assalamualaikum~
       ~ha~