Wednesday 14 March 2012

J0m Ber"CINTA"

Assalamualaikum..w.b.t
Alhamdulillahirabbila`lamin..wassolatuwassalamualaa`sshrofilanbiya'iwalmursalinwaa`la alihi was0hbihi ajmain..
selawat dan salam ke atas junjungan yang mulia Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat.. 
Sebelum tangan ni menaip dengan lebih laju..jom sama-sama kita lafazkan Alhamdulillah.. tanda syukur kepada Allah sebab dah memberi peluang untuk kita sebagai musafir di bumi Allah ini untuk bernafas lagi sambil mencari keredhaanNya dalam setiap amal dan perbuatan yang kita lakukan.
soalan yang biasa akan Ha tanya..
dah perbaharui syahadah anda untuk hari ni??kalau belum..perbaharuilah dulu ea..

dalam entry ni Ha nak cerita pasal cinta...
hurm..C.I.N.T.A??? ada apa dengan cinta sebenarnya???
bila cakap pasal cinta,Ha sebagai remaja dan para remaja sekalian mesti fikir cinta pakwe-makwe kan??
tapi pernah tak kita terfikir pasal cinta laen?? Ok..kita luaskan kan skop cinta kita hari ni..
tak nak masuk bab cinta lain..entry ni nak cerita pasal cinta kepada Allah S.W.T.

ini lah cinta yang abadi,sejati,harmoni dan murni..+ cinta ni kekal lagi...

"Cinta Seorang Wanita kepada Allah"

Diceritakan dalam sebuah riwayat..Seorang lelaki munafik telah bersumpah kepada isterinya supaya isterinya tidak menyedekahkan sesuatu apa pun pada orang lain..
Satu hari datang seorang peminta sedekah ke rumah orang munafik tu..

"Wahai penghuni rumah,tolong berikan aku sesuatu"peminta sedekah tu cakap..

Lepas tu isteri kepada orang yang munafik tu pun beri 3 keping roti pada peminta sedekah tu.Dalam perjalanan pulang orang munafik tu ternampak peminta sedekah bawa 3 keping roti dan di tanya dari mana peminta sedekah tu dapat roti.Lalu peminta sedekah tu menunjuk ke arah rumah dia.
Orang munafik tu pun pulang ke rumah dengan perasaan yang marah dan dia pergi memarahi isterinya..

"Bukankah aku telah melarang kamu untuk memberi sesuatu kepada sesiapa pun??"
"Aku memberikan 3 keping roti kepada pengemis itu kerana Allah S.W.T."jawab isterinya.

Lalu,orang munafik tu pun jadi bertambah marah.Dia menyalakan dapur roti sampai panas dan dia berkata kepada isterinya..

"Berdirilah dan campakkanlah dirimu ke dalam api ini kerana Allah"

kejamkan suami dia??Ish2..ada ke patut nak suruh isteri dia masuk dalam api yang panas tu??terbakar lah nanti kan??


Isteri orang munafik pun memakai barang perhiasan tapi orang minafik tu melarang dia dari memakainya..Jawab isterinya..
"Seorang kekasih akan memakai perhiasan untuk kekasihnya,sedang aku adalah orang yang sedia berkunjung pada kekasihku.."

Betullahkan??kita mesti lah nak nampak cantik kalau nak jumpa kekasih kita??


Lepas tu,isteri orang munafik tu pun masuklah ke dalam dapur roti dan suaminya pun tutuplah dapur itu dan pergi dari situ.
Selepas 3 hari orang munafik tu pergilah ke dapur dan buka dapur roti tu..

Tau tak apa yang jadi??Dia nampak tulang??atau sebaliknya??


Bila orang munafik tu buka je tutup dapur roti tu,dia sangat-sangat terperanjat sebab isteri dia masih dalam keadaan yang baik dan tak ada cacat cela pun.Semuanya dengan izin Allah S.W.T.
Lepas tu oran munafik tu mendengar suara..

"KAMU TIDAK MENGERTI BAHWA SESUNGGUHNYA API TIDAK AKAN MEMBAKAR KEKASIH-KEKASIH KAMI"

~t.@.m.@.t~

Jadi,alangkah baiknya kalau lah cinta kita kepada Allah sama macam cinta isteri orang munafik tu?? mesti kita akan disayangi oleh Allah dan jugak kita akan dapat perlindungan dari Allah..Wah!! bahagianya hidup kalau mencintai dan dicitai Allah...

notakaki..(@_@)*
*tak salah kalau kita bersedekah..sebab kadang-kadang harta yang kita simpan dan tak gunakan tu sebenarnya milik orang lain..
*cuba cari cinta Allah dulu dalam hidup ni..dan kemudian cinta manusia(untuk Ha yang selalu lalai)
*kita tak boleh sayang dunia dan isinya melebihi sayang kita pada Allah
*sentiasa yakin dengan Allah.

Segala yang baik itu tentulah datang dari pencipta dunia dan isinya...Allah S.W.T..
dan segala kesilapan itu datangnya dari insan yang sedang menaip ini..
Untuk renungan bersama semoga kita dapat perbaiki diri kita dan berubah ke arah yang lebih baik dari hari ke hari..buat pedoman Ha dan sesiapa yang sudi singgah dan membaca..

~Assalamualaikum~
          ~ha~




No comments:

Post a Comment