Thursday 15 March 2012

~N.A.F.S.U~

Assalamualaikum..w.b.t
Alhamdulillahirabbila`lamin..wassolatuwassalamualaa`sshrofilanbiya'iwalmursalinwaa`la alihi was0hbihi ajmain..
selawat dan salam ke atas junjungan yang mulia Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat.. 
Alhamdulillah..syukur sangat pada Allah sebab masih lagi bagi peluang untuk Ha bernafas dan cuba perbaiki diri ni..soalan feveret..
dah perbaharui syahadah??kalau belum sila-silalah berbuat demikian ye..
oke..dari pagi tadi dok belek-belek buku..tak tau dah nak cerita apa..
ada la satu cerita ni yang berjaya menarik minat Ha nak bercerita kat sini..harap enjoy reading..

>Kisah Hasan Al-Basri dengan Rabiatul Adawiyah<

Dikisahkan dalam sebuah kitab,suatu hari Hasan al-Basri,Malik bin Dinardan Tsabit al-Banany pergi berjumpa dengan Rabiatul Adawiyah.Hasan Al-Basri meminta Rabiatul Adawiyah untuk memilih antara mereka bertiga untuk dijadikan suami,sebab nikah tu sunnah Rasulullah.Jadi,Rabiatul Adawiyah pun memberitahu bahawa dia akan bertanya beberapa soalan kepada mereka dan sesiapa antara mereka yang dapat selesaikan soalan tu akan menjadi suaminya.

~Q1~
Apa pendapat kamu dihari kiamat nanti ada segolongan manusia di dalam syurga dan    ada segolongan manusia di dalam neraka.dalam golongan manakah saya nanti??
>aku tidak tahu..


~Q2~
Malaikat telah membentuk aku dalam kandungan ibuku,adakah aku akan menjadi orang yang sengara atau bahagia??
>aku tidak tahu

~Q3~
Apabila dikatakan kepada seseorang kamu jangan takut dan kamu jangan susah dan dikatakan kepada seorang lagi kamu tidak ada kegembiraan sama sekali.Maka dalam golongan manakah saya??
>aku tidak tahu

~Q4~
Kubur mungkin salah satu dari taman syurga dan boleh juga menjadi liang neraka.Bagaimanakah kubur saya??
>aku tidak tahu

~Q5~
Pada hari di mana wajah-wajah manusia memutih bersih dan wajah-wajah manusia lainnya menghitam muram,keadaan manakan wajah saya???
>aku tidak tahu

Oleh sebab mereka yang hadir tu tak dapat jawab.Maka mereka pun pulang.

Dikisahkan pula setelah Rabiatul Adawiyah bersuami dan suaminya meninggal dunia Hasan Al-Basri telah datang sekali lagi untuk bertemu dengannya.Hasan Al-Basri mengatakan bahawa setelah Rabiatul Adawiyah kematian suami dia harus berkahwin dengan lelaki lain pula.Rabiatul Adawiyah menyatakan dia akan menjadi isteri kepada orang yang paling alim antara mereka.Lalu Hasan Al-Basri lah yang paling alim dalam kalangan mereka.Rabiatul Adawiyah pun berkata jika Hasan Al-Basri dapat menjawab 4 soalan yang ditanya dia akan menjadi isteri kepada Hasan Al-Basri.HassanAl-Basri meminta Rabiatul Adawiyah bertanya dan semoga Allah membantunya menjawab soalan tersebut..

~Q1~
Bagaimanakah pendapatmu kalau saya mati dan keluar dari dunia ini,adakah saya berbekal dengan iman atau tidak???
>Itu adalah sesuatu yang ghaib dan hanya Allah S.W.T yang Maha Mengetahui.

~Q2~
Bagaimana pendapatmu sesudah saya ditidurkan di dalam kubur dan disoal oleh malaikat Munkar dan Nangkir,bolehkah saya menjawab soalan mereka??
>Itu adalah masalah yang ghaib dan hanya Allah S.W.T yang Maha Mengetahui.

~Q3~
Apabila semua manusia telah dihalau pada hari kiamat,dan bertebaran kitab-kitab amal mereka,pada sebelah manakah saya akan diberi,kanan atau kiri??
>Itu pun adalah masalah ghaib

~Q4~
Apabila manusia telah dipanggil sebahagian ke syurga dan sebahagian ke neraka,maka bahagian manakah saya berada??
>itu juga adalah soal ghaib.

Kalau seseorang itu telah kabur dalam 4 perkara ini bagaimanakah dia akan menyibukkan diri dalam perkahwinan.??Wahai Hasan,jawablah berapa bahagiankah Allah menciptakan akal?
>10 bahagian,9 untuk lelaki dan 1 untuk wanita.

Wahai Hasan berapa bahagian pula Allah menciptakan syahawat??
>Syahawat juga 10 bahagian,1 untuk lelaki dan 9 untuk wanita.

Wahai Hasan,saya boleh menjaga 9 bahagian syahawat ini dengan 1 bahagian akal,bagaimankah pula kamu yang hanya menjaga 1 syahawat dengan 9 bahagian akal?

Lalu Hasan al-Basri pun menangis kerana begitu terkesan dengan kata-kata Rabiatul Adawiyah dan berlalu pergi..

~t.@.m.@.t~
*Rabiatul Adawiyah
*Hassan Al-Basri
0ke..kagum sangat-sangat dengan Rabiatul Adawiyah nie..susah lah nak cari perempuan macam ni sekarang kan???Mungkinkah ad lagi perempuan macam ni waktu akhir zaman nie??wallahualam..
Sejenak Ha terpikir kalaulah Allah cipta nafsu lelaki tu 9 bahagian..agak-agak teruklah dunia ni kn..
sekarang nafsu lelaki yang ada 1 bahagian pun dah banyak kes..Mintak dijauhkan..

notakaki(@_@)*
*cuba gunakan akal untuk kawal nafsu kita oke..
*sentiasa perbaiki diri tau!!
*bersyukur dengan ciptaan Allah..

segala yang baik tu jadikan teladan dan tentunya datang dari Allah S.W.T dan yang tidak itu datang dari kesalahan Ha sendiri..harap dimaafkan ye..Semoga kita sentiasa dilindungi Allah dan memperbaiki diri ke arah redhaNya..

Assalamualaikum
     ~ha~



1 comment:

  1. Sungguh bermakna...sungguh terkesan...sungguh kagum...setuju sgt dgn blogger...mcm mane la jikalau Allah cipta nafsu lelaki tu 9 bahagian..teruk la dunia ini kan..ape2 pon,mmg terbaik lagi the best!!!

    ReplyDelete