Friday 16 March 2012

~JoM bAiKi DiRi~

Assalamualaikum..
Alhamdulillahirabbila`lamin..wassolatuwassalamualaa`sshrofilanbiya'iwalmursalinwaa`la alihi was0hbihi ajmain..
selawat dan salam ke atas junjungan yang mulia Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat.. 

Syukur sangat-sangat pada Allah sebab dah bagi peluang untuk Ha bernafas lagi pd hari ni..
Soalan feveret...dah perbaharui syahadah anda untuk hari ni??
Saje nak berkongsi cerita..tadi masa pergi bank terjumpa dengan 1 keluarga ni..rasa respect sangat dekat diorang..

Isterinya pakai tudung siap purdah..suara dia lembut sangat..
suami dia pulak relax je pakai kain pelikat siap serban dan jubah..suka tengok sebab dekat dahi dia ada tanda..faham-faham jelakan...
anak-anak dia pulak dua-dua laki..comel...macam bahagia je keluarga diorang....
harap suatu hari nanti dapat family macam tu jugak tp..tak semestinya dapat suami macam tu atau dapat isteri yang pakai purdah..
cukuplah saling menjaga maruah dan harga diri dari dijual pada insan yang tidak layak..dan yang penting cintanya suami isteri itu disebabkan Allah..

huhu..Ha cakap ni macam Ha dah nak kahwin sangat je kan.doakan Ha dapat jodoh yang baik-baik..dan harap anda semua pun akan dapat jodoh yang
 baik ...insyaAllah..~amin~

hurm..berfikir sejenak..hari ni Ha nak cerita pasal ...

"~10 Jenis Solat yang Tidak Diterima Allah~"(berdasarkan sabda Rasulullah)


1.orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu..
2.orang lelaki yang mengerjakan solat tapi tak bayar zakat
3.orang lelaki yang jadi imam tapi makmum membencinya.
4.orang lelaki yang meminum arak tanpa mahu meninggalkannya yakni bertaubat
5.orang lelaki budak yang melarikan diri..(ni Ha tak faham)..
6.orang perempuan yang suaminya marah kepadanya..
7.orang perempuan yang mengerjakan solat tapi tak pakai tudung
8.Pemimpin atau imam yang sombong dan zalim serta menganiayai orang lain.
9.orang-orang yang suka makan riba
10.orang-orang yang solat tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji mahu pun mungkar...

Ha pernah jadi orang yang tergolong dalam 10 golongan kat atas tu..sekarang baru Ha sedar..jadi kalau rasa-rasa kalian-kalian pun
mungkin tergolong...cepat-cepat ubah..ok!!

notakaki(@_@)*..entry ni takde notakaki..

Segala yang baik tu datang dari Allah S.W.T dan yang tidak itu datangnya dari kelemahan Ha sendiri..
Jadi kalau-kalau ada yang terasa atau ada salah yang Ha dah terbuat..kususun 10 jari tanda maaf..
Maafkan Ha ea..semoga kitasama-sama mengambil iktibar dan pengajaran dalam mencari redha Allah dan menjadi hamba yang disayangiNya..

Assalamualaikum
        ~ha~

1 comment:

  1. Ok...Ini mmg best...yep,hari ini saya dapat ilmu baru selepas membacanya...terima kasih saya ucapkan...saya harap yang lain juga dapat manfaat setelah membaca...

    ReplyDelete