Saturday 29 December 2012

P.I.N.T.U.



Assalamualaikum..
Alhamdulillahirabbila`lamin..wassolatuwassalamualaa`sshrofilanbiya'iwalmursalinwaa`la alihi was0hbihi ajmain..
selawat dan salam ke atas junjungan yang mulia Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat..


Sebelum meneruskan pembacaan dan penulisan ni,eloklah kiranya ha dan anda anda berserta anda yang mana bergelar hamba Allah,mengucapkan ALHAMDULILLAH,setinggi-tinggi penghargaan kepada Allah kerana masih lagi memberi peluang untuk diri kita kita ni menghirup oksigen dengan percuma.So,amiklah sedikit masa untuk mengucapkan syukur kepada YAng Maha Esa dan jangan lupa mengucap dua kalimah syahadah.

Dalam entry kali ni,ha nak cakap pasal pintu..bagi yang tertanya-tanya tu..pintu apa agaknya..emm..pintu apa ea??pintu kereta ke apa??

Logiknya kalau kita tengok di sekeliling kita peristiwa macam ni kerap berlaku.Gambaran yang sangat biasa dalam hidup kita.Kalau naik lif ke kita mesti cepat-cepat je nak naik lif kan.Lagi-lagi yang dah na tertutup tu.Kalau naik lrt tu lagi la.Nak kena cepat masuk..Perasan tak pintu lif,pintu lrt dan segala pintu yang ada la.Manusia selalu sangat kejar dan bergegas tapi kan,ada satu pintu ni yang tak ramai pun  manusia yang sanggup kejar.Padahal pintu lif kalau tertutup kan ada lif lain,pintu lrt pulak kan ada lagi lrt lain.Kenapa tak manusia kejar pintu ni??

kenapa??

Mungkin sebab kita ni tak tahu bila pintu tu akan tertutup.Yela,kalau setakat pintu lif tu kan ada orang bleh tahankan.Boleh tekan button yang ada dan pintu tu tak jadi tutup.Tapi,pintu yang tak semua orang kejar ni,special sangat istimewa sangatlah..Memang tak ada yang boleh lawan pintu ni.Kenapa??sebabnya,sekali pintu ni tutup selama-lamanya pintu ni tak kan bukak dah.Lagipun,pintu ni sekali je.Bila dah tertutup,tak kan ada pintu lain dah.pintu apa la yang special sangat ni??

PINTU TAUBAT

Sekali dah tertutup.selama-lamanya dah tertutup.Memang tak kan terbukak dah.sebab Allah yang kawal pintu ni.

Moralnya,selagi kita diberi masa untuk mengejar pintu tu,kita kejarlah sebab kalau kita tak kejar.Nanti kita yang rugi.






sedikit video untuk rujukan anda semua.
 >ALLAH TAK TENGOK BESAR MANA DAN BANYAK MANA DOSA KITA,TAPI ALLAH TENGOK BETAPA IKHLASNYA KITA BERTAUBAT DAN BETAPA BERSUNGGUHYA KITA<
notakaki(@_@)*
*jom sama-sama kita sebagai manusia yang tak pernah lari dari kesilapan kejar pintu tu..okay..
*taubat banyak cara
Assalamualaikum
       ~ha~

Wednesday 7 November 2012

M.U.J.A.H.A.D.A.H(terima kasih sahabat)

Assalamualaikum..
Alhamdulillahirabbila`lamin..wassolatuwassalamualaa`sshrofilanbiya'iwalmursalinwaa`la alihi was0hbihi ajmain..
selawat dan salam ke atas junjungan yang mulia Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat..  


ALHAMDULILLAH..syukur ke hadrat sang pencipta kerana memberi peluang unutk diri ini bernafas lagi.okay..soalan yang sangat common dalam setiap post..dah perbaharui syahadah kalian untuk hari ini??
yang belum tu..stop baca kejap..mengucap dulu..okay..done.

agak kelamaan jugak la Ha tak mengupdate blog yang terchenta ni..sekarang baru ada kesempatan untuk mengupdate blog ni..

Sebenarnya,tiba-tiba pagi ni teringat tentang perbualan telefon dengan seorang sahabat ni.So,kira entry hari ny nak cerita tentang perbualan Ha dengan sahabat Ha.Setelah sekian lama Ha tak contact dengan dia..satu malam tu..dia telah menelefon Ha sampai kedit dia habis..Jadi..renung-renungkan ye entry ni.

sahabat:Nak tanya sikit boleh???

Ha:tanyalah.nak tanya apa??buat suspen je..

sahabat:apa agaknya tujuan kita hidup kat dunia ni??(ni ayat menduga)

Ha:ada dalam satu surah..Allah berfirman."tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu"so..kita kena beribadah kepada Allah la.Kenapa???

sahabat:Lagi??ada 2 kan??lagi satu??

Ha:entah.(jawab sambil lewa tapi tngah fikir..emm..khalifah)

sahabat:yang lagi 1 tu khalifah.Allah berfirman dalam satu surah.Nanti cari.okay.Sebenarnya, kita paham agama kita ni dengan apa??

Ha:dengan akl fikiran la.(jawab dengan confident)

sahabat:sebelum tu,kita ni sekadar tahu tentang agama kita atau kita faham???(ayat menduga lagi ni)

Ha:tahu dan fahamla sepatutnya.

sahabat:Sepatutya???emmm..Apa beza kita tahu dengan faham??

Ha:pening dah ni..banyaknya soalan..emm..entahla..

sahabat:okay..sebenarnya,kita kena faham agama kita dengan akal dan paling hati.Kalau kita faham dengan hati dengan akal.Akal akan bantu kita untuk fikir baik dan buruk dan hati akan buat kita faham kenapa hukum tu kena macam tu.

Ha:emmm..(senyap dah)

sahabat;Ha tau tak sebenarnya apa matlamat kita atas muka bumi ni??(Ha senyap je)mesti kita nak capai ISLAM kan??jadi..macam mana nak capai ISLAM tu???

Ha:emm..ntahla(tahan sebak)

Sahabat:sebenarnya,kita bley capai ISLAM tu dengan belajar.Macam mana??kan kita belajar tu menambah ilmu kita dan dalam kita tak sedar.dapat jugak mndekatkan diri kita dengan Allah.

Ha:ouh..okay..

sahabat:macam tak minat je nak dengar.(ayat merajuk)

Ha:taklah..emm

Sahabat:Ha,taukan nanti satu hari Islam akan menang jugak kan??

Ha:yup..

Sahabat:okay..api nantikan waktu Islam menang..cuba bayangkan kat mana kita??adakah kita tentera-tentera yang memperjuangkan Islam???atau kita dalam golongan orang yang hanya tertunduk malu sebab tak buat apa-apa??

Ha:emm..(dah tak terkata sebab dah nangis)

Sahabat:Jadi,Ha fikirlah.Ha nak ada kat mana time tu??kalau pun kita tak mampu nak bagi sumbangan untuk agama kita,at least kalau kita mujahadah diri kita melawan nafsu dan maksiat dalam diri..Kita dah menyumbang kepada agama kita..

TUT...TUT..TUT..(kedit sahabat Ha habis)

tapi dia ada hantar mesej sambungan katanya

"Ha,cuba bayangkan.sebenarnya kenapa orang cakap benda ni kat Ha??orang bukan nak cakap Ha teru ke apa..Tapi nanti..cuba bayangkan..kalau kita mati nanti..Lepas tu bayangkan kalau saudara-saudara kita yang ditindas tu tanya pada kita"apa yang kamu lakukan ketika kami terseksa dalam memperjuangkan agama Allah???"
Time tu,mesti kita tak tau nak jawab apa.Sebab kit memang tak buat apa-apa.api cuba fikir,kalau la kita mujahadah..mungkin kita boleh jawab soalan mereka. "wahai saudaraku,ketahuilah kamu pada waktu itu aku sedang mempersiapkan diri dengan mujahadah melawan hawa nafsu dan membentuk iri menjadi seorang muslimah yang mampu memberi sumbangan kepada agamaku".Ha renung-renungkanlah.Dalam hidup ni,sesungguhnya...memang banyak perkara yang melalaikan..Tapi Allah dah memberi kita 2 pilihan.
1)bahagia di dunia tapi sengsara di akhirat
2)bersusah di dunia bahagia di akhirat.
Kita la yang menetukan siapa kita.Kita yang bertanggungjawab mempersiapkan diri kita menghadapi Allah nanti..
Dunai bukanlah selama-lamanya.Hanya sementara dan semakin tua dah..fikir-fikirlah

sobs.sobs..jadi tula apa yang kawan Ha cakap dekat Ha.Memang sanat terkesan dengan apa yang dia cakap.


notakaki(@_@)*
* jom sahabat sekelian..sama2 kita mujahadah dan istiqamah

::segala yang baik tu datangnya dari Allah dan yang buruk tu adalah khilaf hamba Allah yang sedang menaip ini::

~Assalamualaikum~
           ~Ha~


MUJAHADAH ITU PAHIT
KERANA SYURGA ITU MANIS



Wednesday 18 April 2012

ALLAH kan ada, sayang!!


Assalamualaikum..
Alhamdulillahirabbila`lamin..wassolatuwassalamualaa`sshrofilanbiya'iwalmursalinwaa`la alihi was0hbihi ajmain..
selawat dan salam ke atas junjungan yang mulia Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat.. 


Pertama-tamanya Ha bersyukur sangat2 dengan ucapan Alhamdulillah sebab Allah masih bagi peluang dekat Ha untuk bernafas pada pagi2 nie..oke..dah perbaharui syahadah kalian??? x lagi ke??kalau masih belum..perbaharuilah ye..
Sbb kadang2 tu kita mungkin tak sedar yang mungkin kita ada tersalah cakap yang menyebabkan kita wat syirik yang kecil..Jadi kalau dah mengucap tu..kan dah ok la sikit...


Ada tak siapa-siapa yang demam??tak sihat ke??
Kepada sesiapa yang demam atau tak sihat..anda sangat-sangatlah beruntung..jangan merungut tau..Allah marah nanti..
tau tak sebab apa Ha cakap anda sangat beruntung??
sebab Allah bagi peluang pada anda-anda semua untuk menghapuskan dosa kecil..
banyak cara Allah bagi kita hapuskan dosa kecil..bersin pun boleh hapuskan dosa kecil..
Fakta=firaun tak pernah pun bersin..


okay...sekarang ni,Ha sangat yakin yang ramai kat luar sana mesti pening bila kena buat keputusan...
bila banyak sangat jalan yang ada..




Tau tak apa penyelesaiannya??


~SOLAT ISTIKHARAH~
sebab..kan Allah yang cipta kita..jadi kan elok kalau kita tanya pada Allah apa yang terbaik untuk diri kita..
mestilah Dia lebih mengetahui..kan..

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat..dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk (2:45)

untuk entry kali nie..bila kita dah buntu sangat-sangat..
bila kita fikir memang dah tak ada jalan untuk kita...Sedarlah..
ALLAH kan ada..

notakaki(@_@)*
*kalau sakit jangan merungut tau..bersyukurlah..
*ingat..jalan Allah sentiasa ada untuk hambaNya..

Segala yang baik tu tentunya datang dari Allah S.W.T yang dah mencipta dan memberi peluang kepada hambaNya untuk hidup..segala yang kurang dah khilaf itu harap dimaafkan kerana segalnya adlah kesalahan Ha sendiri..

>Sangat rugilah orang-orang yang diberi kemewahan,diberi kehidupan dan diberi kesenangan apabila dia tidak mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T<
>dan..sangat beruntunglah orang yang diberi kepayahan tetapi masih setia mengucapkan syukur kepada penciptanya tanpa pernah berasa jemu<
Assalamualaikum,
          ~ha~

Monday 9 April 2012

beRsaBaRLaH waHai HaWa..

Assalamualaikum..
Alhamdulillahirabbila`lamin..wassolatuwassalamualaa`sshrofilanbiya'iwalmursalinwaa`la alihi was0hbihi ajmain..
selawat dan salam ke atas junjungan yang mulia Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat.. 


Alhamdulillah..syukur yang teramat sangat kerana masih diberi peluang oleh Allah untuk meminjam segala hak Allah yang ad di atas muka bumi ni..Apa yang kita pinjam???em...cuba fikir..
Sebenarnya banyak sangat yang kita pinjam sebenarnya..Nyawa kita ni kita pinjam..Anggota badan ni pun kita pinjam..
Senang-senang je Allah boleh tarik semua yang Dia bagi pinjam...


أشهد أن Ù„ا إله Ø¥Ù„ا الله ÙˆØ£Ø´Ù‡Ø¯ Ø£Ù† محمدا Ø±Ø³ÙˆÙ„ الله.


dah perbaharu syahadah untuk hari ni??kalau belum..baik cepat-cepat perbaharui..jangan tangguh-tangguh tau..


Dah lama sangat tak menulis kat blog ni kan..Bukan apa,cuma agak sibuk sikit..kat sini ada coretan atau kata-kata yang telah membuatkan Ha tersedar...


BiaRLaH AdaM SeNdiRi yAnG MenCaRi tuLaNg RuSuKnyA yANg hiLaNg,
HaWa pULa tuNgGuLaH & beRsAbaRLah,
TIDAK PERLU KAMU MENCARI ADAM!!!!
keRnA KaMu teTAp TuLanG ruSuKnyA yaNg hiLaNg,
diA aKaN daTAnG meNgaMBiLmU 1 hARi naNTi..


aPa yaNg mAmPu kaMu laKuKaN wAHai HawA,
beRdoALaH..
aGaR aDaM yaNg dATaNg adALah AdaM yaNg beRagAMa..
beRaMaL deNgaN agAmAnYa..
meMpunYai AkhLak yaNg BaiK..
DenGaN kAta LaiN..
~YANG DAPAT MEMBIMBING KAMU KE SYURGA..~



ibu Ha pernah pesan...
~kalau nak bercinta,bercintalah..tapi..bercintalah sampai syurga ye sayang..~
~kalau bukan atas dunia ni kamu jumpa cinta kamu...kat akhirat nanti..~
~..pasti ada yang dah menanti kamu..~
~janji ALLAH tu kan indah~
~itulah takdir terindah~

~Ha sangat-sangat sayang ALLAH~
hanya ini dapat Ha coretkan untuk semua yang sudi baca..sebab Ha belum jumpa cerita yang sesuai..
Lagipun sekarang..Ha suka tulis macam ni sebab sekurang-kurangnya..Ha dapat jugak elak diri Ha dari lalai dan terjebak dengan maksiat...Saling mengingati..dan ingatkan diri sendiri jugak..

Assalamualaikum
      ~ha~

Friday 16 March 2012

~JoM bAiKi DiRi~

Assalamualaikum..
Alhamdulillahirabbila`lamin..wassolatuwassalamualaa`sshrofilanbiya'iwalmursalinwaa`la alihi was0hbihi ajmain..
selawat dan salam ke atas junjungan yang mulia Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat.. 

Syukur sangat-sangat pada Allah sebab dah bagi peluang untuk Ha bernafas lagi pd hari ni..
Soalan feveret...dah perbaharui syahadah anda untuk hari ni??
Saje nak berkongsi cerita..tadi masa pergi bank terjumpa dengan 1 keluarga ni..rasa respect sangat dekat diorang..

Isterinya pakai tudung siap purdah..suara dia lembut sangat..
suami dia pulak relax je pakai kain pelikat siap serban dan jubah..suka tengok sebab dekat dahi dia ada tanda..faham-faham jelakan...
anak-anak dia pulak dua-dua laki..comel...macam bahagia je keluarga diorang....
harap suatu hari nanti dapat family macam tu jugak tp..tak semestinya dapat suami macam tu atau dapat isteri yang pakai purdah..
cukuplah saling menjaga maruah dan harga diri dari dijual pada insan yang tidak layak..dan yang penting cintanya suami isteri itu disebabkan Allah..

huhu..Ha cakap ni macam Ha dah nak kahwin sangat je kan.doakan Ha dapat jodoh yang baik-baik..dan harap anda semua pun akan dapat jodoh yang
 baik ...insyaAllah..~amin~

hurm..berfikir sejenak..hari ni Ha nak cerita pasal ...

"~10 Jenis Solat yang Tidak Diterima Allah~"(berdasarkan sabda Rasulullah)


1.orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu..
2.orang lelaki yang mengerjakan solat tapi tak bayar zakat
3.orang lelaki yang jadi imam tapi makmum membencinya.
4.orang lelaki yang meminum arak tanpa mahu meninggalkannya yakni bertaubat
5.orang lelaki budak yang melarikan diri..(ni Ha tak faham)..
6.orang perempuan yang suaminya marah kepadanya..
7.orang perempuan yang mengerjakan solat tapi tak pakai tudung
8.Pemimpin atau imam yang sombong dan zalim serta menganiayai orang lain.
9.orang-orang yang suka makan riba
10.orang-orang yang solat tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji mahu pun mungkar...

Ha pernah jadi orang yang tergolong dalam 10 golongan kat atas tu..sekarang baru Ha sedar..jadi kalau rasa-rasa kalian-kalian pun
mungkin tergolong...cepat-cepat ubah..ok!!

notakaki(@_@)*..entry ni takde notakaki..

Segala yang baik tu datang dari Allah S.W.T dan yang tidak itu datangnya dari kelemahan Ha sendiri..
Jadi kalau-kalau ada yang terasa atau ada salah yang Ha dah terbuat..kususun 10 jari tanda maaf..
Maafkan Ha ea..semoga kitasama-sama mengambil iktibar dan pengajaran dalam mencari redha Allah dan menjadi hamba yang disayangiNya..

Assalamualaikum
        ~ha~

Thursday 15 March 2012

~N.A.F.S.U~

Assalamualaikum..w.b.t
Alhamdulillahirabbila`lamin..wassolatuwassalamualaa`sshrofilanbiya'iwalmursalinwaa`la alihi was0hbihi ajmain..
selawat dan salam ke atas junjungan yang mulia Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat.. 
Alhamdulillah..syukur sangat pada Allah sebab masih lagi bagi peluang untuk Ha bernafas dan cuba perbaiki diri ni..soalan feveret..
dah perbaharui syahadah??kalau belum sila-silalah berbuat demikian ye..
oke..dari pagi tadi dok belek-belek buku..tak tau dah nak cerita apa..
ada la satu cerita ni yang berjaya menarik minat Ha nak bercerita kat sini..harap enjoy reading..

>Kisah Hasan Al-Basri dengan Rabiatul Adawiyah<

Dikisahkan dalam sebuah kitab,suatu hari Hasan al-Basri,Malik bin Dinardan Tsabit al-Banany pergi berjumpa dengan Rabiatul Adawiyah.Hasan Al-Basri meminta Rabiatul Adawiyah untuk memilih antara mereka bertiga untuk dijadikan suami,sebab nikah tu sunnah Rasulullah.Jadi,Rabiatul Adawiyah pun memberitahu bahawa dia akan bertanya beberapa soalan kepada mereka dan sesiapa antara mereka yang dapat selesaikan soalan tu akan menjadi suaminya.

~Q1~
Apa pendapat kamu dihari kiamat nanti ada segolongan manusia di dalam syurga dan    ada segolongan manusia di dalam neraka.dalam golongan manakah saya nanti??
>aku tidak tahu..


~Q2~
Malaikat telah membentuk aku dalam kandungan ibuku,adakah aku akan menjadi orang yang sengara atau bahagia??
>aku tidak tahu

~Q3~
Apabila dikatakan kepada seseorang kamu jangan takut dan kamu jangan susah dan dikatakan kepada seorang lagi kamu tidak ada kegembiraan sama sekali.Maka dalam golongan manakah saya??
>aku tidak tahu

~Q4~
Kubur mungkin salah satu dari taman syurga dan boleh juga menjadi liang neraka.Bagaimanakah kubur saya??
>aku tidak tahu

~Q5~
Pada hari di mana wajah-wajah manusia memutih bersih dan wajah-wajah manusia lainnya menghitam muram,keadaan manakan wajah saya???
>aku tidak tahu

Oleh sebab mereka yang hadir tu tak dapat jawab.Maka mereka pun pulang.

Dikisahkan pula setelah Rabiatul Adawiyah bersuami dan suaminya meninggal dunia Hasan Al-Basri telah datang sekali lagi untuk bertemu dengannya.Hasan Al-Basri mengatakan bahawa setelah Rabiatul Adawiyah kematian suami dia harus berkahwin dengan lelaki lain pula.Rabiatul Adawiyah menyatakan dia akan menjadi isteri kepada orang yang paling alim antara mereka.Lalu Hasan Al-Basri lah yang paling alim dalam kalangan mereka.Rabiatul Adawiyah pun berkata jika Hasan Al-Basri dapat menjawab 4 soalan yang ditanya dia akan menjadi isteri kepada Hasan Al-Basri.HassanAl-Basri meminta Rabiatul Adawiyah bertanya dan semoga Allah membantunya menjawab soalan tersebut..

~Q1~
Bagaimanakah pendapatmu kalau saya mati dan keluar dari dunia ini,adakah saya berbekal dengan iman atau tidak???
>Itu adalah sesuatu yang ghaib dan hanya Allah S.W.T yang Maha Mengetahui.

~Q2~
Bagaimana pendapatmu sesudah saya ditidurkan di dalam kubur dan disoal oleh malaikat Munkar dan Nangkir,bolehkah saya menjawab soalan mereka??
>Itu adalah masalah yang ghaib dan hanya Allah S.W.T yang Maha Mengetahui.

~Q3~
Apabila semua manusia telah dihalau pada hari kiamat,dan bertebaran kitab-kitab amal mereka,pada sebelah manakah saya akan diberi,kanan atau kiri??
>Itu pun adalah masalah ghaib

~Q4~
Apabila manusia telah dipanggil sebahagian ke syurga dan sebahagian ke neraka,maka bahagian manakah saya berada??
>itu juga adalah soal ghaib.

Kalau seseorang itu telah kabur dalam 4 perkara ini bagaimanakah dia akan menyibukkan diri dalam perkahwinan.??Wahai Hasan,jawablah berapa bahagiankah Allah menciptakan akal?
>10 bahagian,9 untuk lelaki dan 1 untuk wanita.

Wahai Hasan berapa bahagian pula Allah menciptakan syahawat??
>Syahawat juga 10 bahagian,1 untuk lelaki dan 9 untuk wanita.

Wahai Hasan,saya boleh menjaga 9 bahagian syahawat ini dengan 1 bahagian akal,bagaimankah pula kamu yang hanya menjaga 1 syahawat dengan 9 bahagian akal?

Lalu Hasan al-Basri pun menangis kerana begitu terkesan dengan kata-kata Rabiatul Adawiyah dan berlalu pergi..

~t.@.m.@.t~
*Rabiatul Adawiyah
*Hassan Al-Basri
0ke..kagum sangat-sangat dengan Rabiatul Adawiyah nie..susah lah nak cari perempuan macam ni sekarang kan???Mungkinkah ad lagi perempuan macam ni waktu akhir zaman nie??wallahualam..
Sejenak Ha terpikir kalaulah Allah cipta nafsu lelaki tu 9 bahagian..agak-agak teruklah dunia ni kn..
sekarang nafsu lelaki yang ada 1 bahagian pun dah banyak kes..Mintak dijauhkan..

notakaki(@_@)*
*cuba gunakan akal untuk kawal nafsu kita oke..
*sentiasa perbaiki diri tau!!
*bersyukur dengan ciptaan Allah..

segala yang baik tu jadikan teladan dan tentunya datang dari Allah S.W.T dan yang tidak itu datang dari kesalahan Ha sendiri..harap dimaafkan ye..Semoga kita sentiasa dilindungi Allah dan memperbaiki diri ke arah redhaNya..

Assalamualaikum
     ~ha~



Wednesday 14 March 2012

J0m Ber"CINTA"

Assalamualaikum..w.b.t
Alhamdulillahirabbila`lamin..wassolatuwassalamualaa`sshrofilanbiya'iwalmursalinwaa`la alihi was0hbihi ajmain..
selawat dan salam ke atas junjungan yang mulia Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat.. 
Sebelum tangan ni menaip dengan lebih laju..jom sama-sama kita lafazkan Alhamdulillah.. tanda syukur kepada Allah sebab dah memberi peluang untuk kita sebagai musafir di bumi Allah ini untuk bernafas lagi sambil mencari keredhaanNya dalam setiap amal dan perbuatan yang kita lakukan.
soalan yang biasa akan Ha tanya..
dah perbaharui syahadah anda untuk hari ni??kalau belum..perbaharuilah dulu ea..

dalam entry ni Ha nak cerita pasal cinta...
hurm..C.I.N.T.A??? ada apa dengan cinta sebenarnya???
bila cakap pasal cinta,Ha sebagai remaja dan para remaja sekalian mesti fikir cinta pakwe-makwe kan??
tapi pernah tak kita terfikir pasal cinta laen?? Ok..kita luaskan kan skop cinta kita hari ni..
tak nak masuk bab cinta lain..entry ni nak cerita pasal cinta kepada Allah S.W.T.

ini lah cinta yang abadi,sejati,harmoni dan murni..+ cinta ni kekal lagi...

"Cinta Seorang Wanita kepada Allah"

Diceritakan dalam sebuah riwayat..Seorang lelaki munafik telah bersumpah kepada isterinya supaya isterinya tidak menyedekahkan sesuatu apa pun pada orang lain..
Satu hari datang seorang peminta sedekah ke rumah orang munafik tu..

"Wahai penghuni rumah,tolong berikan aku sesuatu"peminta sedekah tu cakap..

Lepas tu isteri kepada orang yang munafik tu pun beri 3 keping roti pada peminta sedekah tu.Dalam perjalanan pulang orang munafik tu ternampak peminta sedekah bawa 3 keping roti dan di tanya dari mana peminta sedekah tu dapat roti.Lalu peminta sedekah tu menunjuk ke arah rumah dia.
Orang munafik tu pun pulang ke rumah dengan perasaan yang marah dan dia pergi memarahi isterinya..

"Bukankah aku telah melarang kamu untuk memberi sesuatu kepada sesiapa pun??"
"Aku memberikan 3 keping roti kepada pengemis itu kerana Allah S.W.T."jawab isterinya.

Lalu,orang munafik tu pun jadi bertambah marah.Dia menyalakan dapur roti sampai panas dan dia berkata kepada isterinya..

"Berdirilah dan campakkanlah dirimu ke dalam api ini kerana Allah"

kejamkan suami dia??Ish2..ada ke patut nak suruh isteri dia masuk dalam api yang panas tu??terbakar lah nanti kan??


Isteri orang munafik pun memakai barang perhiasan tapi orang minafik tu melarang dia dari memakainya..Jawab isterinya..
"Seorang kekasih akan memakai perhiasan untuk kekasihnya,sedang aku adalah orang yang sedia berkunjung pada kekasihku.."

Betullahkan??kita mesti lah nak nampak cantik kalau nak jumpa kekasih kita??


Lepas tu,isteri orang munafik tu pun masuklah ke dalam dapur roti dan suaminya pun tutuplah dapur itu dan pergi dari situ.
Selepas 3 hari orang munafik tu pergilah ke dapur dan buka dapur roti tu..

Tau tak apa yang jadi??Dia nampak tulang??atau sebaliknya??


Bila orang munafik tu buka je tutup dapur roti tu,dia sangat-sangat terperanjat sebab isteri dia masih dalam keadaan yang baik dan tak ada cacat cela pun.Semuanya dengan izin Allah S.W.T.
Lepas tu oran munafik tu mendengar suara..

"KAMU TIDAK MENGERTI BAHWA SESUNGGUHNYA API TIDAK AKAN MEMBAKAR KEKASIH-KEKASIH KAMI"

~t.@.m.@.t~

Jadi,alangkah baiknya kalau lah cinta kita kepada Allah sama macam cinta isteri orang munafik tu?? mesti kita akan disayangi oleh Allah dan jugak kita akan dapat perlindungan dari Allah..Wah!! bahagianya hidup kalau mencintai dan dicitai Allah...

notakaki..(@_@)*
*tak salah kalau kita bersedekah..sebab kadang-kadang harta yang kita simpan dan tak gunakan tu sebenarnya milik orang lain..
*cuba cari cinta Allah dulu dalam hidup ni..dan kemudian cinta manusia(untuk Ha yang selalu lalai)
*kita tak boleh sayang dunia dan isinya melebihi sayang kita pada Allah
*sentiasa yakin dengan Allah.

Segala yang baik itu tentulah datang dari pencipta dunia dan isinya...Allah S.W.T..
dan segala kesilapan itu datangnya dari insan yang sedang menaip ini..
Untuk renungan bersama semoga kita dapat perbaiki diri kita dan berubah ke arah yang lebih baik dari hari ke hari..buat pedoman Ha dan sesiapa yang sudi singgah dan membaca..

~Assalamualaikum~
          ~ha~




Monday 12 March 2012

~A.R.A.K~

Assalamualaikum..w.b.t
Alhamdulillahirabbila`lamin..wassolatuwassalamualaa`sshrofilanbiya'iwalmursalinwaa`la alihi was0hbihi ajmain..
selawat dan salam ke atas junjungan yang mulia Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat.. 
0ke..ambil masa macam biasa untuk ucapkan syukur dan alhamdulillah pada Allah sebab dah mmberi peluang untuk bernafas lagi pada hari ni..dah perbaharui syahadah untuk hari ni???
dah lame sangat rasenye tak menulis bl0g nieyh..tak update..
0leh sebab result spm akan keluar tak lame lagi..Ha rse..hri ni Ha nak bercerita pasal 


kisah Umar Al-Khattab dengan pembawa arak..
"Suatu hari Saidina Umar telah pergi melalui satu jalan di Madinah ni. Lepas tue Saidina Umar ternampak seorang pemuda yang bawak b0t0l dalam poket baju dia..


Saidina Umar:Wahai pemuda,apakah yang kamu bawa di dalam baju kamu??


Bila Saidina Umar tanya pemuda tue macam tu,pemuda tu takut nak cakap yang dia sebenarnya bawa arak dalam botol tue.Pemuda tu pun berdoa dalam hati 


"YA Tuhanku,tolonglah aku.Janganlah Kau memalukan aku di hadapan Umar.dan aku berjanji tidak akan minum arak lagi untuk selama-lamanya."


Pemuda tue pon jawab lah pertanyaan Saidina Umar.


Pemuda: Ya Amirul Mukminin ,sebenarnya dalam botol yang ku bawa ini ialah madu.
Saidina Umar:Cuba kamu keluarkan.aku hendak melihatnya.


Lepas tue pemuda tue keluarkan botol tu dalam keadaan terketar-ketar......


tau tak apa yang ad dalam botol tue???persoalannya..
ARAK???? atau MADU????


ok,Allah telah pun memakbulkan doa pemuda tu.Dengan kekuasaan Allah botol yang mengandungi arak tu dah jadi botol yang mengandungi madu..Jadi selamatlah pemuda tu..


Kenapa Ha cakap bersesuaian dengan nak ambil result sebab....kalau kita doa pada Allah dengan bersungguh-sungguh dan yakin dengan Allah..InsyaAllah..Allah akan makbulkan doa kita tu..Sebab Allah kan Maha Penyayang dan Maha Pengasih..Mestilah Allah nak tolong hamba Dia..dan kalau lah dah dapat pertolongan Allah..jangan pernah lupe untuk bersyukur..tapi.kalau tak dapat apa yang kita nak..jangan pernah marah2..tau!! sebab Allah dah janjikan takdir yang terindah buat hambanya..oke..tue je..


n0takaki..(@_@)*
*percaya akan kekuasaan Allah
*jangan putus asa
*sentiasa doa sungguh-sungguh
*sentiasa yakin dengan Allah..


Segala yang baik tu tentulah datang dari??? Pencipta sekalian Alam..Allah S.W.T..
dan yang tidak baik itu datang dari kelemahan insan yang menaip ini..semoga kita dapat berubah menjadi seorang yang lebih baik pada masa akan datang...(untuk Ha dan pembaca yang sudi baca)..


~Assalamualaikum~
       ~ha~

Tuesday 28 February 2012

himpunan cerita wanita & laki2 dalam Al-Quran & hadis

Assalamualaikum..w.b.t
Alhamdulillahirabbila`lamin..wassolatuwassalamualaa`sshrofilanbiya'iwalmursalinwaa`la alihi was0hbihi ajmain..
selawat dan salam ke atas junjungan yang mulia Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat..
0ke..ambil masa macam biasa untuk ucapkan syukur dan alhamdulillah pada Allah sebab dah mmberi peluang untuk bernafas lagi pada hari ni..dah perbaharui syahadah untuk hari ni???
klau bl0m..b0leh buat sekarang.. hari ni Ha na ceritakan pasal ...


Kisah baju Anak Umar R.A


Waktu mula2 Ha bacakisah ni Ha sangat sedih dan terkejut...sebab tak sangka sangat2..


"diriwayatkan suatu hari anak Saidina Umar pulangdari sekolah dalam keadaan menangis.Saidina Umar p0n tanyalah pada putera beliau sebab puteranya menangis.Kemudian anak beliau berkata"mereka di sekolah itu telah mengira tampalan2 di bajuku dan mengejekku dengan berkata lihatlah anak Amirul Mukminin itu.bajunya penuh dengan jahitan tampalan."


sedih kan???


lepas tu Saidina Umar pun tengokla baju anak beliau.ada 14 tampalan dan semmua tampalan tu pakai kulit kayu..
Saidina Umar p0n tulis sepucuk surat kepada baitulmal..kandungan surat tu..


berilah hutang wang kepada kami sebanyak 4 dirham hingga ke awal bulan,apabila tiba awal bulan maka anggaplah bayaran bulanan yang pihak baitul mal berikan kepada saya sebagai pulangan wang yang saya pinjam dan yang sebulan lagi sebagai pinjaman dari baitulmal"


faham tak??kiranya Baitul mal akan tolak hutang Saidina Umar dengan duit yang akan diberikan pada Saidina Umar bila tiba awal bulan nanti..


bila baitulmal dapat surat tu..perbendaharaan Baitulmal tu balas surat tu..kandungan dia


"Wahai Umar r.a,adakah kamu yakin bahwa kamu akan hidup untuk tempoh sebulan lagi??kami tidak keberatan untuk meminjamkan wang untukmu,yang kami ingin tahu apakah yang hendak dibuat dengan wang itu yang kamu hemdak pinjam itu sekiranya kamu mati??sedangkan kamu masih berhutang dengan baitul mal"


jadi bila Saidina Umardapat surat balas dari baitulmal..Saidina Umar menangis..Katanya kepda putera beliau
"wahai anakku,kamu pergilah ke sekolah sebagaimana biasa,sesungguhnya aku tidak yakin bahawa umurku ini boleh bertambah walau sejam p0n."


~da end~
sedih kan??Ha baca p0n sedih..sebab kita tak taubile lah ajal kita akn sampai..jadi kita kena be well prepared 0ke..
(",)<-----trade mark baru~


n0takaki
*kalau ada yang berhutang tu cepat2 langsaikan
*kalau ada salah pon cepat2 mintak maaf..0ke (",)


tu je untuk entry kali ni..banyak yang Ha baca tapi Ha tak tau lah na cerita ke tak sebab macam dah ramai je 0rang tau...
apa yang baik itu datangnya dari Maha Penyayang dan Maha Pengasih..dan segala kesalahan Ha,harap dimaafkan kerana kesilapan itu datangnya dari Ha sendiri..


Assalamualaikum..
~ha~



Sunday 26 February 2012

kisah 5 perkara aneh...

Assalamualaikum..w.b.t
Alhamdulillahirabbila`lamin..wassolatuwassalamualaa`sshrofilanbiya'iwalmursalinwaa`la alihi was0hbihi ajmain..
selawat dan salam ke atas junjungan yang mulia Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat..
0ke..mcm biasa ambil masa sikit untuk ucapkan Alhamdulillah..
bersyukur sangat2 dekat Allah sebab masih lagi bagi peluang untuk Ha bernafas n bermusafir dekat bumi Allah ny...
untuk entry kli ni pulak..Ha na bercerita pasal..
5 perkara aneh..sumber dari Kisah Laki2 dan Perempuan dlm Al-Quran dan Hadis..

"diceritakan oleh ABU LAITS AS SAMARQANDI..
seorang Nabi telah menerima wahyu dengan bermimpi..
"esok,Engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi dan menghala ke barat.Engkau dikehendaki membuat..apa yang engkau lihat
1)makanlah
2)sembunyikanlah
3)terimalah
4)jangan engkau putus harapan
5)larilah engkau daripadanya

jadi es0kny nabi tersebut p0n pergilah keluar dari rumahnya dan menuju ke barat..
1)kebetulan yang pertama apa yang dilihatnya ialah sebuah bukit yang besar bewrna hitam.mengingatkan wahyu yang diperintahkan Nabi bingung bagaimana untuk memakan bukit tu..s0 Nabi p0n jalan n jalan smpai la kat bukit tu dengan hasrat nak makan..waktu Nabi makin hmpir dgn bukit tu,bukit tu pon bertukr jadi roti..Jadi,Nabi pun makan dan rasanya mnis macam madu.Alhamdulillah..
2)pas tu Nabi p0n teruskan perjalananNabi terjumpa dengan mangkuk emas.jadi,Nabi pun tanam mangkuk dalam lubang sbb wahyu suruh Nabi sembunyikan..Tapi mangkuk tu keluar dan Nabi tanamlah balik..tapi mangkuk tu keluar jgak..sampailah 3 kali.Nabi pun teruskan perjalanan tapi Nabi tak sedar mangkuk tu keluar balik.
3)Nabi teruskan perjalanan dan Nabi nampak seekor burung helang tengah kejar burung kecik.Burung yang kecik tu mintak tolang Nabi agar selamatkan dia.Jadi Nabi pun kesian pada burung tu dan letak burung tu dalam baju.
4)burung helang pun menghampiri Nabi n cakap yang dia lapar sangat dan dari pagi lagi dia kejar burung kecik tu.burung helang tu cakap "janganlah kau patahkan harapanku dan rezekiku."
teringat arahan mimpinya agar jangan putus asa Nabi potong sedikit daging peha Nabi dan bagi pada helang tu.jadi,helang tu kenyang dan burung kecik tu terselamat.
5)Nabi sambung perjalanan dan bertemu dengan bangkai yang busuk baunya.Nabi pun lari sebab tak tahan bau bangkai yang busuk tu..

penjelasan untuk semua 5 peristiwa ni..
1)bukit yang bewarna hitam tu adalah marah..mula2 nampak besar macam bukit tapi kalau kita dapat sabar dan dapat kawal marah mesti akan jadi manis dari madu..
2)mangkuk emas tu pulak sebenarnya ialah budi atau amalan yang baik..kalau kita sembunyikan akan tetap nampak jugak..
3)kalau dah terima amanah seseorang kita tak boleh khianat..macam Nabi yang terima amanah burung kecik tu
4)kalau orang minta pada kita,seeloknya kita usahakan untuk bantu dia walaupun kita sendiri susah nak dapat..c0nt0h..macam Nabi bagi peha tu
5)bau bangkai yang busuk tu bau ghibah..ghibah maksudnya menceritakan hal orang lain.jadi kita kena lari dari lumpulan yang membuat ghibah...

agak panjang cerita ni tapi sangat berguna kan...harap anda bersabar and rajin baca..

notakaki
*kawal marah
*selalu wat baik
*usahakan apa yang kita mampu
*jauhi ghibah..perkataan baru yang Ha jmpe hari ny..

semua yang baik tu tentunya datang dari Dia yang Maha Esa dan Maha penyayag..dan segala yang salah itu datang dari kesilapan Ha sendiri..
sama-samalah baiki diri...0key...

Assalamualaikum.
~ha~

I-S-L-A-M..

Assalamualaikum..
Alhamdulillahirabbil a`lamin..wassolatuwassalmua`laa`srifal anbiya`iwalmursalinwaa`laalihi was0hbihi wasallim..
selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat..
0ke..amik masa sikit nt0k ucapkan Alhamdulillah tanda syukur kepada Allah sebab da bagi Ha bernafas lagi
pada hari ny...0ke..kat entry ny Ha na cerita sumthing yg simple..n mybe ade yang dah tau k0t..
tau tak kita b0leh tau kite ni sempurna ta islam pda hri ny???ni salah stu cara yang Ha da lme pkir..
I.S.L.A.M.. stand for waktu s0lat kita..na bukti???

I-untuk isyak
S-untuk subuh
L-untuk zohor..tapi 0rang dlu2 panggil Lohor
A-untuk asar
M-untuk maghrib..

dah terbukti ke???
isyak adalh permulaan untuk hari yang baru..
maghrib pulak ialah penghujung hari...s0??adakah anda ISLAM...SLAM??ILAM??
s0..simple je kan perkara ny..

n0takaki:
*pastikan anda selalu ISLAM..
*jgn lupe selalu ambik masa untk bersyukr..
*before tid0r perbaharuilah syahadah anda..sbb mne tau klau tibe2 matii dlm tid0r..
kte tak tau kan??

itu je untuk entry kali ny...sume yang baik tu datang dari pencipta sekalian alam..Allah S.W.T..
dan yang buruk tu tentulh dtang dari kesilapan Ha sendiri..

Assalamualaikum...

~ha~

Saturday 25 February 2012

please be very gratefull!!!0kay!!

ASSALAMUALAIKUM..
blog ny adlh antra salah stu cara Ha isi keb0sanan yg agak teruk..
n bl0g ny jgak adlh slh stu cara Ha na bercerita kish2yg dpt mmberiteladn kpd sesiapa yg sdi bce..
byk yang Ha bkal cerita pasal ap yang Ha bce..
"kdg2 kita selalu sgt ta puas hati dengan apa yg Allah bgi pada kte..sum kind 0ff ta bersyukur..
bkn kite ta bersyukur..p kte slalu rase iri dgn 0rang lain..well manusia kn..
Ha p0n mcm tu..kdg2 slalu sgt mmpertikaikan..bile renung balik...ish2..ta bek ny wat mcm tu..

situasi pertama..
En Abu(orang yang bawa krta)..En Ali.(orang yang bawa moto)

En Abu: Untungnyelah kalau ade m0t0r..b0leh smpai cepat sikit dekat pejabat..tak delah stuck dlm jam ny..
En Ali: Haih,bilalah na merasa bawa kereta kan???kalu hujan p0n senang,klau panas b0leh lah berteduh..

s0,nmpak tak??situasi kecik macam ni p0n dah b0leh jadi bukti..kadang2 bkan kite sengaja lupa na bersyukur..
tapi kita tak perasan..lepas ny kte knela jadi sum0ne yang tahu mrnghargai setiap apa yang dia dapat..

p/s
*tak salah kte ucapkan Alhamdulillah atas apa yang kita terima..
*tak salah jugak kalau iri hati pada 0rang dengan niat sebagai m0tivasi..
*jangan pernah pertikaikan takdir but..always try t0 baiki id0p kite..

Ha hentikn entry ny dengan firman Allah..


“.. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
(Al Baqarah : 216 )
assalamualaikum..
~ha~