Thursday 10 January 2013

AKU,DIA,CINTA DAN DOSA

 
Assalamualaikum..

Alhamdulillahirabbila`lamin..wassolatuwassalamualaa`sshrofilanbiya'iwalmursalinwaa`la alihi was0hbihi ajmain..selawat dan salam ke atas junjungan yang mulia Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat..
Okay,pertama-tamanya bersyukur kepada Allah sebab dah memberi peluang untuk diri menaip lagi dan memberi idea untuk dikongsikan bersama..Sebelum terus baca perbaharui dulu syahadah anda ye..

"TIADA INSAN  SUCI YANG TIDAK PERNAH MEMPUNYAI MASA LAMPAU

   TIADA INSAN  BERDOSA YANG TIDAK MEMPUNYAI MASA HADAPAN"

ada sape-sape yang kenal ayat ni tak??sebenarnya terdetik post ni pun sebab selalu sangat tengok drama dekat tv3 tu lah,,setia hujung nyawa.So,apa kaitan dengan ayat ni??? Setakat yang Ha faham,maksudnya,setiap orang mesti akan pernah tersilap langkah dalam hidup ni,tapi,itu tak bererti yang kesilapan dia tu akan menjatuhkan dia untuk selama-lamanya.Ala-ala macam tu la..

Sebenarnya ada terbaca en3 dalam  blog Husna,jadi ada jugakla terdetik hati ni nak tulis post ni.

...LUAHAN HATI SEORANG INSAN..

Begitu berat terasa beban yang dipikul oleh jari ini untuk menaip luahan hati yang panjang ini.Tapi,tugas yang ku galas sebagai seorang saudara seagama yang tidak ingin saudaranya tersesat dan terus dalam penipuan syaitan yang direjam itu,aku gagahi jua.Memerah keringat dan idea demi untuk ISLAM yang dicari dan demi untuk manusia di alam ini.Aku juga manusia,lantas aku juga mempunyai sejarah.Lalu,janganlah dipandang siapa aku dahulu,tapi,ambillah isi dari teguranku buat pedoman bersama.Sebenarnya,luahan hati ini adalah perkara yang terjadi sendiri kepada aku.Aku ceritakan,agar ia menjadi iktibar.

“CINTA”

DEFINISI CINTA YANG SEBENAR
MasyaAllah,indah sungguh cinta yang ditunjukkan oleh Islam yang dizahirkan oleh Rasulullah,para NAbi dan Para Sahabat.Betapa cintanya Rasulullah terhadap umatnya sehingga Baginda S.A.W  masih lagi ingin mempertahankan umat Baginda ketika ajal sedang menanti.SubhanAllah,begitu besar cintamu kepada kami YA Rasulullah.Apatah lagi dengan cinta Allah kepada hambanya yang tidak pernah berbelah bagi melainkan yang membezakan hanyalah taqwa.
Lalu,mengapakah cinta ini disalah tafsir dan disalahertikan oleh sebilangan manusia??Ya,cinta itu fitrah.Semenjak lahir lagi,kita pastinya dibesarkan dengan kasih sayang dari ibu dan ayah.Sedarkah kita,lahirnya seorang hamba di atas dunia ini juga atas dasar cinta?Betapa cintanya Allah kepada Adam lalu menjadikan Hawa buatnya?

REMAJA DAN CINTA.COUPLE??
Aku juga manusia,aku juga pernah tersilap langkah.Pernah aku jatuh namun kuasa Allah,membangunkan aku semula.Aku juga bergelar remaja,yang pastinya tidak lari dari fitrah yang ingin dicintai dan mencintai.Aku akui,sejujurnya,aku insan yang lemah.Seperti remaja lain,aku pernah menyalahertikan maksud sebenar cinta itu.Fikirku,cinta itu haruslah dizahirkan,dengan kata-kata,dengan mesej dan bercakap.Itulah cinta bagiku.Namun,aku yakin masih ada lagi segelintir di luar sana menganggap yang cinta ini harus dibuktikan.Berjalan berdua-duan dan yang lebih teruk lagi,MasyaAllah,tidak ingin sekali aku katakan.

CINTA ITU SANGAT SUCI,LALU MENGAPA DICEMARI DENGAN DOSA DAN HINA?
Cinta sesama manusia itu lahirnya di syurga.Lalu,mengapa membawanya ke haluan yang menuju neraka??Mengapa masih mencintai yang haram setelah yang halal terbentang luas di depan mata??mengapa aku katakan begini??Kerana aku juga insan yang melakukan kesilapan yang sama.Mencintai yang haram iaitu seorang yang bukan mahram bagiku,lantas aku terpedaya dengan bisikan syaitan yang mampu mengaburi aku dari mencintai yang sejak azali lagi halal bagiku. Allah,Rasul,keluargku. Mereka halal bagiku.Tapi aku dikaburi oleh syaitan yang kerjanya menghasut manusia.Aku alpa,aku leka dengan mengejar kebahagiaan yang sementara,lalu aku lupakan kebahagiaan yang hakiki dan melupakan cinta yang lain demi mengejar cinta manusia yang tidak diketahui apakah akanmenjadi milikku.

CINTA AKU DAN DIA  CINTA ISLAMIK
Selalu aku terdengar perkataan cinta islamik.Mesej hanyalah utuk kejut qiam ,teguran,nasihat dan memberi hadis dan sebagainya.Sejauh manakah cinta itu akan bertahan sebegitu.Manusia,tidak akan lari dari godaan syaitan.Agak kasar ingin aku katakan di sini.Cinta Islamik itu samalah seperti menghalalkan khinzir yang sememangnya sudah Haram di sisi Islam.Sedarkah kita sebenarnya,kita telah menggunakan Islam untuk mencapai fitrah yang telah dibawa ke haluan yang salah iaitu nafsu?Sedarkah kita bahawasanya kita telah dengan sewenang-wenangnya menggunakan Islam sebagai alasan untuk melakukan dosa?Lalu,kita ingin menutup dosa itu dengan Islam? MasyaAllah,sahabat,ingin aku kongsikan,aku pernah jua menggunakan Islam untuk menutupi dosaku.Menggunakan Islam untuk kepentingan aku sendiri.

SEKALUNG TAHNIAH
@Buat sahabat yang pernah punyai kekasih,pernah mencintai yang bukan mahram tetapi sedang berubah,
@Buat sahabat yang semakin hari semakin jauh meninggalkan lembah kejahilan,
@Buat sahabat yang berusaha sebaik mungkin memerang hawa nafsu,
@Buat sahabat yang tabah dan sabar dengan ujian Allah,
@Buat sahabat yang masih seperti aku,merangkak-rangkak mencari kebenaran dan agama,
Kerana Allah masih sayangkan kita.

HARAPAN SAHABAT KEPADA SAHABAT
Apa yang aku harapkan,janganlah kita mengotorkan dan menggunakan Islam untuk mencapai matlamat hidup yang hanya berlandaskan nafsu.Janganlah kita membiarkan diri kita dan sahabat-sahabat terjatuh dalam lembah kehinaan dan jauh dari Allah.Mereka adalah manusia,aku  juga adalah manusia.Lantas,kerana itulah aku katakan,aku juga lemah dan memerlukan bimbingan. Lalu,sama-samalah kita mengajar diri  menuju ke jalan yang diredhai Allah.Kuatkanlah iman,carilah Allah dalam hatimu,lupakanlah tentang cinta yang haram itu,kerana janji Allah itu pasti.Lepaskanlah ia pergi,jika ia milikmu pasti ia akan hadir.Serahkanlah semuanya pada Allah.yakinlah bahwa:

TULANG RUSUK TIDAK AKAN TERTUKAR”
Usahlah kita risau,kerana Allah telah menetapkan semua yang hidup ini berpasan-pasangan.Justeru,marilah kita bertaubat atas dosa silam.Marilah,menuju ke jalan yang Allah redhai.
..Amin..

Jadi,lepas je Ha baca luahan hati seorang hamba ni,tau jelah kan.Kalau dah kena sebijik sejibik atas batang hidung tak ke terasa bersalah.Sedih pun ada,sebab pernah tersesat.Tapi,nasib baik Allah tunjuk,teraccidently jumpa luahan hati ni.So,sedikit sebanyak,terkesanlah di hati ni.
   
 panjang en3 ni.

Assalamualaikum
        ~ha~




2 comments:

  1. Daebak! Alhamdulillah,skrg kite sama sama berperang dgn hawa nafsu kita :) May Allah ease our way.Aminn

    ReplyDelete