Friday 11 January 2013

HUSNUL DZON..apakah???


Assalamualaikum..
Alhamdulillahirabbila`lamin..wassolatuwassalamualaa`sshrofilanbiya'iwalmursalinwaa`la alihi was0hbihi ajmain..
selawat dan salam ke atas junjungan yang mulia Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat..



Seperti biasa,jangan dilupakan ucapan Alhamdulillah dan memperbaharui syahadah anda.Saya juga.

okay...seperti yang tertera di atas..tajuk hari ni ialah..

HUSNUL DZON.

DEFINISI HUSNULZON
Husulzon bererti bersangka baik.BERSANGKA BAIK.tidak menyalahtafsir atau membuat tanggapan negetif tanpa usul periksa.

FITRAH MANUSIA

Seperti manusia yang lain,semsetinya apabila kita melihat satu situasi yang agak mencurigakan,akal dan hati cepat pula tersalah anggap.Cepat pula membuat konklusi tanpa membuat sebarang hipotesis apatah lagi menjalankan experimen.Apatah lagi syaitan,laju sahaja datang bersam-sama puakny ke hati dan akal seraya menghasut kita untuk bersangka buruk.

SITUASI
seorang orang kaya yang membawa seorang perempuan muda yang cantik berjalan-jalan.
Lalu,si A yang melihat ini sewenang-wenangnya membuat spekulasi bahawa orang kaya itu membawa perempuan simpanannya berjalan-jalan.
Sedangkan yang dibawa itu adalah anaknya.
Bukankah itu menimbulkan fitnah.Astaghfirullah.Sudah jauh menyimpang..FITNAH

HAKIKAT SEBENAR
Kita sebagai manusia,haruslah bersangka baik terhadap manusia yang lain.Jangan kita dengan sesuka hati mencela dan menghina seseorang apatah lagi dengan hanya melihat paras rupa dan keadaannya.Jika kita ingin menailai seseorang,haruslah kita pastikan kebenarannya.Siapa tahu,disebalik wajah pecah rumah yang kita lihat itu,sebenarnya dia adalh seorang insan yang lebih mulia dari kita.


JUSTERU,SERAHKANLAH HAL-HAL PENILAIAN INI KEPADA ALLAH DAN PARA MALAIKAT.KERANA SESUNGGUH ALLAH LEBIH MENGETAHUI.


MISKIN TIDAK BERETI HINA,
MISKIN BUKAN BERERTI TIDAK BAHAGIA,
MISKIN BUKAN BERERTI SENGSARA,
KAYA TIDAK BERERTI SUCI,
KAYA TIDAK BERERTI BAHAGIA,
WALAU MISKIN DI DUNIA,
MUNGKIN KAYA DI AKHIRAT,
BIAR HINA DI MATA MANUSIA,
ASAL SUCI DI SISI ALLAH.




Assalamualaikum
   ~ha~



No comments:

Post a Comment