Sunday 17 March 2013

Have Faith In Allah


Assalamualaikum..
Alhamdulillahirabbila`lamin..wassolatuwassalamualaa`sshrofilanbiya'iwalmursalinwaa`la alihi was0hbihi ajmain..selawat dan salam ke atas junjungan yang mulia Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat..

Pertama-tamanya marilah kita bersama-sama mengucapkan syukur atas pemberian nikmat dari Allah S.W.T dengan ucapan ALHAMDULILLAH..
okay,dah perbaharui syahadah kalian-kalian semua??kalau belum.cepat.sekarang jugak perbaharui syahadah tu.tak mo lewat-lewat.

Rasanya,ramai yang yakin dan percaya setiap sesuatu yang berlaku pada kita,ada sesuatu yang Allah nak tunjukkan kat situ.Kan?Jadinya,Ha nak cerita la sikit satu pengalaman dengan seorang kawan time balik haritu.

Tak silap hari tu,hari ahad,nak balik u dekat petaling jaya.Jadinya,dari kampung ke kl patutnya ambik masa dalam dua jam la paling kurang,tapi,hari tu jem pula dekat bentong,dari pukul 12:30 sampai pukul 3:00.Dan sesungguhnya,kawan Ha yang baik hati Nabilah Husna namanya,tunggu Ha selama sejam lamanya.hee...terharu sangat2!Lupa pulak,pintu bas tu rosak pulak tu.Ujian kan.

Lepas dah sampai kat pekeliling tu,beli lah token nak naik lrt kan.Dalam bas lagi dah pesan kat husna,nak naik lrt bukan monorail,tapi Husna dah ada dekat stesen monorail tu.Jadinya,naik jugaklah monorail.Tapi,fikir-fikir balik ada je jalan masuk nak pegi stesen lrt tu.Masa tu tak terfikir pulak.Dahla time ni,tak solat lagi,dah pukul 3 kot.Ish2.

Bermulalah mimpi ngeri.Hee,padahal tak ngeri mana pun.Kitorang naik la monorail tu pegi kl sentral.Tapi,sebab nasib tak menyebelahi,monorail tu rosak sebaik sahaja sampai ke stesen yang ke2 kalau tak silap.Kene keluar.Dah la stesen ke2 tu ramai sangat orang yang tunggu monorail.Bila train monorail tu datang,semua rebut2 nak naik,tidak terkecuali diri ini,main masuk je dalam tu,sebab nak kejar masa.Sampai je ke stesen seterusnya,train tu nengade nak buat hal jugak,kena turun lagi.Masa tu dah pukul 4 dah.Tak sempat lah macam ni.Then,patah balik ke stesen first2 tadi,terus je pegi stesen lrt tu.Nasib baik Allah mudahkan perjalanan.Naik Lrt tu tak ada la nak ngada2 rosak pulak kan.

Duduk punya duduk dekat dalam lrt tu,ada sorang mamat ni masuk.Yang pasti bukan malay lah kan.Masa dia masuk dalam lrt tu,mata ni automatik pandang kaki dia yang berdarah tu.Macam kena kaca macam tu lah kot.Tapi kan,memang respect la dekat dia,sebab apa muka dia cool sangat2.Pastu,teringat la yang ada tisu dalam beg.Nak bagi dekat mamat ala-ala chinese tu,dia tak menghadap pula.Jadinya,hulurkan pada sorang lagi mamat kat depan yang memang tak kenal tu,pastu mamat kat depan tu yang hulurkan kan chinese tu.Pas2,dia pusing angguk kepala.Maybe,tak tahu nak cakap apa kot.Sebab bukan malay.

Sampai stesen u,terus je pegi kat counter tu,sebab Ha punya token tu dari titwangsa sampai kl sentral je.Pas2 kena la tambah sikit.Okay,masa ni dah masuk asar dah rasanya.Kitorang pun akhirnya,sampai kat u dan solat sebelum naik bilik  masing-masing.

Alhamdulillahsafely arrived to my tempat belajar.Moral of story,bersangka baiklah dengan Allah,walau pun pada mulanya perjalanan nak balik u tu susah dengan monorail rosak,pintu bas rosak,jem lagi,tapi,di penghujungnya Allah dah takdirkan sesuatu yang cukup manis dan indah.Mungkin dengan Ha bagi tisu dekat mamat ala-ala chinese tu,akan mengubah persepsi dia tentang orang Islam,tentang agama Islam sendiri.Mana kita tahu kan?

Sebenarnya,banyak sangat perkara yan dalam dunia ni,Allah takdirkan pada kita sebagai pembuka kepada sesuatu yang lain.Kita je yang tak tahu.Jadinya,bersyukurlah dengan takdir terindah dari Allah.Siapa lagi yang tahu apa yang terbaik untuk kita selain Allah.Kan?

Rasanya macam dah berjela dah ni. "Have Faith In Allah"

Assalamualaikum
        ~ha~

No comments:

Post a Comment