Saturday 23 March 2013

H.I.P.O.K.R.I.T.

Assalamualaikum..
Alhamdulillahirabbila`lamin..wassolatuwassalamualaa`sshrofilanbiya'iwalmursalinwaa`la alihi was0hbihi ajmain..selawat dan salam ke atas junjungan yang mulia Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat..

Pertama-tamanya marilah kita bersama-sama mengucapkan syukur atas pemberian nikmat dari Allah S.W.T dengan ucapan ALHAMDULILLAH..
okay,dah perbaharui syahadah kalian-kalian semua??kalau belum.cepat.sekarang jugak perbaharui syahadah tu.tak mo lewat-lewat.


------------------------------------------------------------------------------------------------
Usai solat asar,seluruh pelajar tingkatan lima membaca yassin bersama-sama supaya dipermudahkan oleh Allah untuk mendapat keputusan yang cemerlang untuk Spm nanti.

"Saf,saf,rapat-rapatkan saf."terdengar suara Ashraf yang menjadi imam untuk solat hajat itu dibesarkan oleh pembesar suara melalui mikrofon.

Sungguh,mereka sangat berusaha beribadat kepada Allah kerana mereka yakin hanya Allah yang dapat membantu mereka.

-----------------------------------------------------------------------------------
Selesai menjawab soalan akhir spm.

Situasi 1
Eh,tak baca yassin ke?,tegur Ashraf apabila Amir laju sahaja meninggal surau usai solat asar berjemaah.

"Em,tak kot"

Situasi 2
"Milah,jom pergi solat asar sama-sama."

"Eh,tak apalah,awak pergi jela dulu"

"Kan waktu dah masuk.Dulu awak yang selalu ajak saya pergi solat awal.Boleh jemaah kan?"

"Takpe,takpe,nanti saya datanglah" (dalam hati"aku penat,nak tidur dulu)

--------------------------------------------------------------
Soalan,
pernah tak anda-anda dan anda mengalami situasi macam ni?

Kalau ye,sila angkat tangan.
okay,dah.Boleh turun tangan.huhu
over pula kan.

"Dan apabila manusia ditimpa kesusahan,dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring,duduk atau berdiri,tetapi setelah kami hilangkan kesusahan itu daripadanya,dia kembali melalui jalan yang sesat,seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk menghilangkan bahaya yang menimpanya.Begitulah orang yang melampaui batas itu,memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan." (Surah Yunus:12)


Bila anda-anda baca situasi tadi dengan ayat ni,boleh kaitkan tak?

kalau boleh,tahniah.Anda memang pandai!Kalau tak.meh nak habaq mai.

Kalau ikutkan,diri ni pun pernah jugak lah buat macam ni.Contoh,bila nak exam la selalunya kan,kita akan minta macam-macam dengan Allah.Solat awal waktu,siap jemaah lagi,Solat hajat lah,tahajjud lah.

TAPI!!!!

bila kita dah dapat apa yang kita nak,atau tak dapat pun lagi,baru je habis exam,dah tak buat dah apa yang selalu kita buat.Jadi,kena sangatlah dengan ayat 12 surah Yunus ni.

Bak kata Kak Ain
Kalau macam tu lah sikap kita,kita seolah-olahnya menyembah Allah dari tepi.
Maksudnya,bila kita ada hajat je,bila kita susah je baru nak minta tolong Allah,bila Allah dah tolong,kita buat-buat lupa pulak.

TERASA TAK???
MOHON SEMUA TERASA!!

Kita manusia,jadi,lumrahnya macam tu lah kan,diri yang menulis ni pun macam tu jugak.Tapi,bila kita dah tau dan dah diberi peringatan dengan ayat-ayat cinta dari Allah ni,jangan buat-buat tak tahu pula.

Sekadar peringatan bersama. =)

Assalamualaikum
         ~ha~

No comments:

Post a Comment