Tuesday 3 March 2015

Aku VS Kau

Bismillah,
Assalamualaikum guys,

First and foremost, let us recite syahadah & selawat to our beloved prophet <3

Okay, sihat ke tidak awak semua?

It's been a while aku tak hupdate blog aku, being busy with the new semester.

Sorry. ='((

So, just a simpe puisi, by me.




Kau,
Memandang aku dengan pandangan itu,
Pandangan yang sering mereka lemparkan padaku,
Pandangan yang sudah muak untuk ku lihat lagi,
Sehingga aku merasa mahu sahaja berputus asa.



Kau,
Kau kata pada mereka,
Aku manusia yang tak mendapat hidayah,
Lalu aku balikkan kepada kau,
Pernah kau jalankan tugas sebagai khalifah? 



Aku,
Dan mereka seperti aku,
Bukan tidak mahu menjadi seperti kau,
Tapi sikap seperti itu,
Pandangan seperti itu,
Membuat rentakku kaku,
Membuat hatiku beku. 



Aku,
Aku yang risau,
Jika aku berada di posisi kau,
Aku pula yang akan melempar pandangan seperti itu,
Aku pula yang sibuk melihat mereka,
Dan melakukan seperti mana,
Yang kau laku padaku.


Assalamualaikum,
       Ha 

No comments:

Post a Comment