Friday 1 January 2016

KOKTAIL

Bismillah.dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,
Selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda.

Assalamualaikum semuanya. Dah lama aku tak mengupdate blog aku kan? dah masuk tahun baru pun hari ni. Aku sambut tahun baru dengan exam final lah,macam biasa.

Okay, sebelum aku membebel banyak-banyak, dah perbaharui syahadah kalian untuk hari ni?

Kalau belum silalah berbuat demikian okay. tak nak buat pun tak pe sebenarnya. 

Seperti tajuk yang tertera di atas, hari ni Insha Allah aku nak cakap pasal koktail. bagi yang tak tahu koktail tu apa, koktail tu adalah minuman; buah campur dengan susu. Camtulah kot. aku tak tau lah ejaan aku tu betul tak.haha

So, enjoy my version of kata-kata puitis. hehe

________________
________________



Siapa sangka segelas koktail itu mampu membawa aku kembali menjengah kenangan lama. Episod-episod kehidupan yang semakin dimamah waktu. Mungkin bagi manusia lain, koktail itu hanyalah satu minuman tapi, bagi aku, koktail itu adalah simbol kebahagiaan dan kesedihan.

Kenangan yang mana mungkin aku lupakan kerana setiap kenangan itu yang mengajar aku untuk terus berdiri teguh sehingga ke hari ini.

Andai aku mampu singkapkan satu persatu kenangan itu, belum tentu tulisanku ini mampu menzahirkan emosi yang aku rasakan ketika itu. Cukup indah dan bahagia tapi juga derita.

Perpisahan di hujung tingkatan 5 menjanjikan aku dengan pelbagai kebahagiaan yang terbentang luas di depan mata. Tak dapat ku kira perancangan yang aku senaraikan sesudah menamatkan alam persekolahan.Namun jauh di sudut hati, perasaan sedih yang bergantungan di pangkal hati membuat rasa ingin dewasa aku hilang serta merta kerana aku tahu bahawa aku akan berpisah dengan mereka yang telah bertahun lamanya mencorak hidupku.Dan saat itu, koktail menjadi saksi sebuah persahabatan.

Tak cukup itu, segelas koktail itu membawa aku menelusuri satu cebisan kehidupan yang cukup indah kerana kalian telah menjadi tulang belakang aku ketika aku rasa aku keseorang di cfs. Segala suka, duka, tangis dan hiba aku kongsikan dengan kalian. Dan sekali lagi koktail itu menjadi simbol kesedihan kerana hati kita masing-masing sudah pasti yang kita akan terpisah oleh jarak. Hati kita tak lagi bersatu, dan untuk hal itu, aku memohon maaf kerana itu salah aku.

Dan hari ini, koktail itu sekali lagi menjadi saksi sebuah episod kehidupan yang tak ingin ku tinggalkan sampai bila-bila.

Di ruangan yang serba cukup itu, beberapa keping hati-hati yang runsing menjawab soalan peperiksaan, berkumpul untuk merapatkan ukhwah. Sejujurnya, hati yang sedang gundah gulana ini terhibur dengan layanan dan keramahan kalian. Mana mungkin hati ini bersedih dan berduka andai kalian sentiasa ada menguntumkan senyuman bahagia seolah-oleh menyatakan yang kita berjuang bersama-sama, dan aku tak akan sekali ditinggalkan sendiri? Koktail itu menjadi saksi kepada hati yang bahagia ini dan persahabatan yang makin mekar ini.

Tapi,
Jauh di sudut hati aku dapat rasai, koktail itu akan sekali lagi menjadi saksi kesedihan kepingan-kepingan hati yang begitu rindu akan suasana yang telah berlalu pergi.Selagi belum sampai tika dan waktu itu, biarlah koktail itu hanya menyaksikan kebahagiaan yang kita sama-sama ciptakan selagi masa mengizinkan.

(Fir@sh@,01/01/2016,02;16)

________________
________________

entry ni aku tulis semalam lepas inspiirad time out. 

That is all.

Assalamualaikum,
     ~ha~


No comments:

Post a Comment