Thursday 28 May 2015

SEDEKAH

Bismillah,dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,
Selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda.

Sudah perbaharui syahadah kalian? 

Jadi, seperti yang tertulis dalam tajuk entry di atas, hari ni aku nak berkongsi sedikit pengalaman tentang sedekah.

Last few weeks, before final exam start, i decided to go home and see my parents. Mintak restu and of course sebab rindu. Hari sabtu tu, aku ada satu exam yang duration dia 30 minit je. Lepas tu, tiket pun tak beli lagi, doa-doa ada jela tiket bas kan. Sampai bilik terus je aku beritahu roomate mintak tolong hantar p terminal. So, dia cakap kena p isi minyak dulu. So, kiteorang pun p la. Time pukul 10.30 bertolak. Waktu nak isi minyak tu aku hulur lah duit sikit, yela, nak cakap tak manis lah kalau mintak tolong hantar saja. But, macam biasa, kawan aku resist. Tapi sebab aku insist sangat, aku tambahlah duit yang dia guna nak isi minyak. Kira aku bayar minyak motor jela kan. 

Sampai je kat stesen bas, kalau boleh lagi cepat naik lagi bagus kan? Tapi aku baru nak p mencari tiket, jam dah pukul 11. Pastu, laju-laju la aku p berjalan ke kaunter lepas tu ada bro ni tanya nak p mana? aku pun cakap lah aku nak balik rumah kan. Kebetulan, dia cakap bas dah nak gerak, jadi, dia suruh je aku turun beli tiket dekat driver bas tu. dan aku risau jugak kalau kena tipu ke apa kan, fobialah katakan. Tapi aku turun jugak, nampak je bas dekat paltform tu cecepat je tanya.

Alhamdulillah, nasib baik tak kena tipu. Naik bas tu, aku pun p la bayar kat driver tu. To my surprise, lagi murah rupanya dari beli dekat kaunter. Kan dah jimat kat situ.


Okay, aku tak rasa korang nampak apa yang aku nak sampaikan. haha.
Basically, disebabkan aku tolong topup duit minyak kawan aku, walau pun sikit je,Allah dah permudahkan urusan aku hari tu. Dan yang paling bestnya, tiket aku dapat murah kot. Dia punya save dekat tiket tu dua kali ganda duit minyak yang aku tpupkan tu.

Haa, clear dah?

sebenarnya, nak cakap kelebihan sedekah ni banyak di Ya Allah, serius memang banyak. Tunggu kita nak perasan ke tak je ganjaran sedekah yang Allah dah bagi.

Tak semua sedekah tu,Allah akan balas dalam bentuk wang and harta. Tapi dalam bentuk rezeki, yes rezeki tu bentuknya banyak. Contoh, Allah tetapkan sem ni kau dapat lecturer yang murah dengan markah sebab kau selalu letak duit dekat masjid setiap kali solat jumaat. 

Atau pun, senangnya apa yang kau baca masuk dan tersemat dalam kepala, walaupun baru sekali kau baca sebab tiap2 kali orang datang mintak derma kau selalu bagi.

dan macam-macam lagi sebenarnya. KAdang-kadang manusia akan perasan rezeki dia murah or kelebihan sedekah ni bila benda tu zahir je. Apa yang Allah kurniakan secara halus, atau yang susah kita nak nampak kalau kita tak merenung betul2 susah kita nak perasan.

Ada jugak antara kita yang was-was nak bagi sedekah sebab risau sedekah tu tak sampai pada orang yang sepatutnya.Dalam hal tu, pendapat aku, niat kita nak sedekah, kita sedekah je, jangan risau apa yang kita sedekahkan tu sampai atau tak, sebab yang tu hal orang tengah. Jadi, jangan pernah was-was nak sedekah,okey?

Biar pun setakat 10 sen or lagi besar, sedekah tu, jangan niat nak menunjuk tapi niat nak mudahkan orang lain supaya Allah pun mudahkan kita.

That is all.

Assalamualaikum,
      ~ha~

No comments:

Post a Comment