Sunday, 8 March 2015

Accept as it is

Bismillah,

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Selawat dan salam atas junjungan mulia Rasulullah saw dan para sahabat baginda.

Hai guys, have you all been well these few days?

So, this is a really really quick bebelan from firasha okay. 

oh, please bear with it.

So, frankly speaking, pernah tak korang plan something but it turn out to be different than you plan?

or, korang rancang nak keluar sesama dengan kawan korang, end up, kawan korang ada hal and so on.

Jujurnya, hal macam ni selalu jadi pada aku.Dan disebabkan sejak azali lagi aku ni cengeng jadi kalau plan tak jadi aku suka nanges. Yes.

nanges.

Aku tahu aku dah besar, tapi cengeng. Dah tu nak wat cemane kan?

Okay, back to the topic.

So, kadang-kadang tu aku ambik jalan mudah, salahkan kawan aku contohnya

"Kalau ada hal, bagitau lah awal-awal, tak payah sibuk-sibuk aku beriya plan"

tu contoh jela.

Tapi aku ni jugak bukanlah jenis suka cerita dekat orang. hatta, kalau aku marah pun, aku paling teruk diam je. Aku jenis suka bayang je aku marah orang tu, lepas tu dah, malas aku nak cara. 


But, sekarang, aku sedar dan aku tak lagi salahkan kawan aku, lecture or anything kalau apa yang aku plan tak jadi, but aku salahkan diri aku. Yes, aku still lagi akan menangis bila plan tak jadi, tapi aku menangis sebab kenapa payah sangat aku nak terima takdir Allah.

Aku selalu tertanya-tanya pada diri sendiri. Kadang-kadang aku marah diri sendiri sebab tu sampai aku nangis sebab aku selalu rasa kecewa dengan plan yang tak jadi.

Aku lupa,

"Manusia merancang, Allah juga merancang, dan Allah adalah sebaik-baik perancang"(3:54)

Dan sekarang, aku still nangis bila aku kecewa tapi yeah, aku dah move on daripada salahkan orang lain, aku akan doa pada Allah supaya aku boleh terima segalanya dengan redha.

Yela, kalau benda kecik setakat plan tak jadi aku dah nak kecewa bagai, macam mana aku nak handle benda lagi besar kan.

dan selalunya bila kawan aku tanya kenapa aku nangis aku akan jawab tak de apa-apa sebab aku rasa malu nak cerita aku ni payah terima takdir Allah.


okay, kita stop sampai sinilah, kalau tak sampai tahun depan pun belum tentu tangan aku ni nak berhenti menulis.

Jadi,
1)if kita rasa kecewa plan kita tak jadi, kita refleks balik pada diri kita, tu sebenarnya perancangan Allah

2) kita patut tanya diri kita, kita lebih patut kecewa sebab kita susah sangat nak terima takdir Allah, or kecewa sebab plan tak jadi

3)jangan sedih kalau Allah takdirkan plan kita tak jadi, percayalah, kalau kita tau apa hikmahnya, kita pasti akan lebih bersyukur.

Jadi, let us be a person who accept takdir terindah daripada Allah buat kita.

let us all have a brighter tommorrow.

(kredit;google)

Small step for a bigger change.

Assalamualaikum,
      ~ha~ 

Tuesday, 3 March 2015

Aku VS Kau

Bismillah,
Assalamualaikum guys,

First and foremost, let us recite syahadah & selawat to our beloved prophet <3

Okay, sihat ke tidak awak semua?

It's been a while aku tak hupdate blog aku, being busy with the new semester.

Sorry. ='((

So, just a simpe puisi, by me.




Kau,
Memandang aku dengan pandangan itu,
Pandangan yang sering mereka lemparkan padaku,
Pandangan yang sudah muak untuk ku lihat lagi,
Sehingga aku merasa mahu sahaja berputus asa.



Kau,
Kau kata pada mereka,
Aku manusia yang tak mendapat hidayah,
Lalu aku balikkan kepada kau,
Pernah kau jalankan tugas sebagai khalifah? 



Aku,
Dan mereka seperti aku,
Bukan tidak mahu menjadi seperti kau,
Tapi sikap seperti itu,
Pandangan seperti itu,
Membuat rentakku kaku,
Membuat hatiku beku. 



Aku,
Aku yang risau,
Jika aku berada di posisi kau,
Aku pula yang akan melempar pandangan seperti itu,
Aku pula yang sibuk melihat mereka,
Dan melakukan seperti mana,
Yang kau laku padaku.


Assalamualaikum,
       Ha 

Tuesday, 17 February 2015

Distance don't tear us apart, Ego does!

Bismillah,
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat baginda.

Assalamualaikum and hai boys and girls.

Kalau orang tanya aku kenapa tajuk entry aku macam ni, sebab aku basically nak cerita pada korang pasal relationship. Okay, bukan nak cerita relationship girls and boys, tapi relationship ni tak kisahlah relationship apa, tapi kat sini aku macam nak lebih fokus pada friendship.

Aku yakin dan pasti mesti ramai antara korang yang dah masuk u ni, duk rindu kawan sekolah, same goes to me. Tak kisahlah, but dalam rindu tu pun, we dont make any effort. 

So, bila ditanya, kenapa kita rasa jauh, sebab distance. Am I right?

Walau pun jawapan ni agak cliche, aku tau, but it seem to be wrong. Walau pun aku selalu bagi alasan macam ni.

kredit google

Sebab, aku dah lama observed, termasuk diri aku sekali lah, apa yang menjarakkan kan kita dengan kawan kita bukanlah jarak kita, tapi ego kita.

Cuba cakap dengan aku, kalau kau sayang seseorang tu, mesti dalam bizi tu, kau akan spend jugak at least masa untuk kau contact dengan orang yang kau sayang tu.

Pada pandangan aku, alasan jarak jauh tu sesuai digunakan untuk zaman tok nenek,zaman tak ada waksep, twitter, line and etc. Sekarang kan dah maju beb, so, tak ada la lagi alasan macam tu supposely.

Tapi tu lah, kalau kita yang beria pun, orang memang tak nak buat cemana kan?

Aku ada sorang kawan yang memang kiteorang dah duduk lain2 negeri, dan dah lama tak jumpa, but sebab kiteorang selalu waksep, aku lebih baik dengan dia berbanding orang yang dulu baik dengan aku. Aku boleh share stories dengan dia walau pun dia jauh. dan yang paling best, macam pepatah melayu tu, cubit peha kanan, peha kiri terasa jua, macam tu la agaknya kan.

Ada je, kawan tepi hidung je kot, but still tak rapat cenggitu.

Ada jugak kawan aku yang dari johor nun jauh sana, sanggup turun jauh2 sebab nak sleep over rumah aku, lepak2 tengok wayang. 

Dan yang aku sedih jugaklah, ada je kawan yang aku duk like semua gambar dekat ig dy, duk mention dia dekat twitter, duk waksep dia, tapi dia wat dunno je. Setahu aku selama ni, iolss baik je dengan dia, kawan rapat zaman sekolah lagi. Apa omputeh cakap tu? Partner in crime gituh. Dah macam desperate aku nak rapatkan balik ukhwah kiteorang.

So, make sense lagi tak alasan jarak tu?

Tu la aku cakap, ni pandangan aku, aku rasa setiap orang ada pandangan masing-masing, dan seriusly, aku memang sangat merasakan yang alasan jarak jauh is not even relevant anymore.

Ouh, lagi satu point paling penting, dalam bizi nak merapatkan balik ukhwah dengan kawan lama, ex and so on, jangan lupa pulak rapatkan lagi relationship dengan Allah. Baru lah status dekat fb tu x complicated(hambar).Jangan duk bagi alasan bizi, nanti bila Allah bizikan kau sepanjang masa, nanti baru tau.

Kalau boleh spent masa untuk orang yang kita sayang, apalah salahnya spend masa pada yang sayang kita, ye dok?

Lastly, take some time, untuk kikis ego kita tu, termasuk aku, supaya, hubungan persahabatan kita yang dulu kekal dan kita boleh bersama ke syurga nanti in the same time kita makin dekat dengan Allah. 

well, nak masuk syurga tak senang, tapi kalau tak usaha ke arah tu, jangan nak dok berangan.

kredit

and for those buah hati pengarang jantung hamba, yang ada di saat jatuh bangun diri ni, thanks for always be there, although I am one of the weirdest thing that ever happen to you.
And I feel really bless having really wonderful friends like you guys.
Instar >CFS >IIUMK

Assalamualaikum,
          ~ha~


Friday, 9 January 2015

MASA

BISMILLAH,
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG,

Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat baginda.

Apa khabar wahai para pembaca sekalian?

Aku, alhamdulillah sihat. 

Mood nak cepat-cepat habiskan final, tinggal lagi satu payper! Doakan, ahad ni.

Okey, berkaitan masa, aku malas nak cakap banyak, cuma nak haplod so call puisi yang aku dah tulis tahun lepas.

enjoy.


Memang kau patut malu,
kalau dalam sehari,
sekali pun kau tak sentuh alQuran,
sekali pun kau tak pulangkan masa kau pada Dia,

Sedangkan kau tahu,
yang selama ni,
kau hanya penghutang,
kau hanya peminjam,
yang menunggu masa,
harta pinjaman ditarik semula.

Oleh itu,
luangkan sedikit waktu,
untuk Dia,
agar Dia yang di atas sana,
tahu yang kau masih layak di beri masa,
agar kau juga tahu,
bila-bila masa sahaja,
pinjamanmu akan dituntut semula.

of course la, first sekali aku tuju entry ni, atau so call puisi ni dekat diri sendiri, bukan dekat orang lain.

bila aku tulis ni kira macam aku belasah diri sendiri la, cenggitu, sebab yup, dalam kesibukan stadi, kelas, assignment n soo onnn, kitaran hidup seorang mahasiswa, lagi2 kalau yang bizi dengan meeting bagai, kita tak sempat nak pit stop kejap.

But hey, kita sama-sama try okey.

Bukankah,

"hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang" 
(ar Ra`d:28)



All the best untuk diri kita!



Assalamualaikum,
       ha


Wednesday, 7 January 2015

UNTITLED

BISMILLAH.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG,

Selawat dan salam buat Nabi Muhammad dan para sahabat baginda.

Entah kenapa, tangan seolah-olah mahu menari di atas papan kekunci. Rindu. Mungkin. Pagi ini, jam 3.38 pagi, ada sesuatu yang mengetuk pintu hati. Tak tahu apa. Tapi mungkin kesedaran daripada-Nya. Aku sendiri pun kurang pasti.

Selagi ilham datang menyerah diri, aku teruskan tarian di jari.

Lewat semalam, aku membuka laman muka buku. Biasalah, aku ini bukannya rajin, namum semalam, entah kenapa hati ini terlalu ingin sekali, lalu, aku turutkan kata hati.

Notifikasi muka buku aku lihat. Aku tersenyum seketika. Namun, senyuman itu mati sendiri.

Aku tahu aku menipu, aku tahu aku akan sentiasa tertipu andai tak diketuk pintu hati ini olehNya.

Aku juga manusia, sudah tentu aku juga berharap cinta. Namun, aku tahu, aku belum mampu untuk menangani sebuah cinta berlainan jantina andai solat tahajudku entah ke mana. Andai rasa cinta terhadap sang Pencipta itu tak tahu di mana letaknya di sudut hati ini.

Di saat aku menulis ini, aku sendiri menangis kerana malu dengan sikap dan sifat diri sendiri.

Lalu, aku tanya pada diri,

Apa yang kau lihat pada diri  ajnabi?

Sedang hati masih belum kenal Ilahi,

Usah berangan mahu menangani ciptaan milik Ilahi,

Sedang diri masih malas bangun pagi,

Jangan berangan syurga Ilahi,

Sedang hati masih lagi mati,

Jangan berangan redha Ilahi.

Entah.

Arah hidupku sendiri aku tak pasti, apa lagi mahu berfikir soal yang tak pasti.


Lalu aku sematkan di dalam hati, andai aku tak dapat merasai cinta dunia milik Ilahi, cukuplah andai aku dapat merasai secebis 
kemanisan cinta Ilahi itu, kerna aku tahu, tak semua manusia mampu merasai cinta-Nya, sedangkan lebih banyak manusia yang terbuai dengan cinta ciptaan mereka. 

Cukup untuk aku terus bernafas, merasai sehela udara daripada-Nya. 

Cukup andai aku dapat merasai perasaan saling berbalas cinta dengan Ilahi untuk waktu hidup yang tersisa ini.

Lantaran itu, mulai saat ini, aku akan berusaha untuk terus berlari mengejar cinta Ilahi dan terus menerus menapak ke arah Nya, agar umur yang tersisa ini bermakna.


Assalamualaikun
      ha

Monday, 5 January 2015

STOP FOR A WHILE, WILL YOU?

BISMILLAH,

DENGAN NAMA ALLAH, TUHAN YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG,

Selawat dan Salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat baginda.

Assalamualaikum para pembaca yang dikasihi sekalian,

Soalan pertama untuk korang yang lama dah aku tak tanya,

Dah perbaharui syahadah kalian? Kalau belum, okay, bolehlah buat sekarang, aku pun baru nak perbaharui syahadah.

Okey, aku tahu sekarang ni, dalam dunia sekarang ni memang semua orang bizi memanjang sampai kadang-kadang tu makan on the go je, dan oleh sebab itlah aku rasa orang invent touch and go tu. Okay, hambar!

Jadi, dalam bizi kita tu, ni termasuk aku tau, mintak sangat kita tak lupa tanggungjawab kita.

Contoh macam aku, sebab sekrang memang musim final kan, jadi memang pakat pulun stadi, kadang-kadang dah masuk waktu, especially asar, aku selalu cakap nak stadi sikit lagi.

End up sampai kul 5.25 o even 5.30 baru aku habis stadi and solat.

Aku rasa ramai yang macam aku, rasa kalau nak berhenti time orang azan dan terus solat tu, akan tergantungla sesi pembelajaran aku tadi tu.

But guys, we make mistake. =’((

Selama ni, yang memberi kefahaman pada kita tu, yang membenarkan ilmu nak masuk dalam diri kita tu hanya dengan izin Allah. Dah la ilmu tu pun hak Allah.

So, why we don’t bother to pray and then continue?

Mana tahu, lepas solat, ilmu tu senang nak masuk ibarat mencurah-curah ke ladang gandum gitu.
J
adi, aku rasa korang dah nampak point aku kat sini. Dan basically, aku tulis entry kali ni special untuk aku sebab memang aku perangai kalau dah stadi, memang nak habiskan dulu, biar dah masuk waktu pun.

Dan, kalau korang tak termasuk dalam golongan aku, tahniah, aku kagum dengan korang. But, kalau korang termasuk pun, kita geng!

 Sep sikit!


Okay, not that. I mean jom kita ubah slow-slow.tak delah mendadak terus sampai kau tak stadi sebab nak tunaikan hak Allah, tapi sebab memang tu tanggungjawab kita sebagai hamba. Dan stadi tu jangan tak pulak, nanti tak pasal-pasal kau salahkan aku. Eh! X))


Assalamualaikum,
          ha

Friday, 2 January 2015

JATUH DAN BANGUN PART 2

Bismillah,

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Selawat dan salam atas junjungan mulia Nabi Muhammad dan para sahabat baginda.

Assalamualaikum wahai para pembaca di mana sahaja anda berada.

Jadi, disebabkan semalam mood aku macam tak habis lagi nak cakap pasal jatuh bangun dalam kehidupan, hari ni aku teringin nak menghaplod so called puisi yang aku tulis.

Sebab, perkara ni memang banyak sangat jadi kat aku, dan bila aku rasa macam nak down jiddan, aku pun akan menulis.

dan yeah, menulis merupakan minat aku, tapi aku masih lagi mencari identiti sebenar aku sebagai seorang penulis. 

Jadi, aku rasa korang pun boleh nampak ketidakseragaman entri2 dalam blog aku.

okay, dah stop.


Terkadang, bila masalah hadir
Bila syaitan hidangkan kita dengan kesenangan dunia
kita alpa, kita leka dengan segal noda
hingga suatu saat kita terjatuh
kita mula tersungkur,
mula hilang punca.
Saat itu
kita datang pada Allah
kita minta kekuatan
kita minta jalan
kita janji macam-macam
agar Allah kurangkan bebanan.

Bila saat kita rasa kita dah cukup kuat
kita dah siap segala-galanya
syaitan datang menggoda
dan di situ
di tempat yang sama
di daerah yang sama
kita masih lagi terjatuh
malah terkadang, lukanya lebih teruk
parahnya semakin dalam
dan di saat itu
kita masih belum mampu
mengotakan apa yang dipanggil janji.

Wahai insan hamba Ilahi
Biar berkali pun kau tersungkur di daerah itu
biar luka lama merembes darahnya semula
biar kaki terlalu penat untuk berdiri kembali
Namun usahalah untuk berlari
Menuju keampunan Ilahi
Kerana Dia lebih mengetahui
Dia sentiasa mengamati
Perit jerih yang kau lalui.

Kerana di arasy sana
ada yang sentiasa mendengar
ada yang tak jemu memerhati
dan kerana Allah itu Maha Pengampun
Dan selagi pintu taubat masih terbuka luas
Janganlah kau penat
Untuk bangun dari jatuhmu itu.


Akhir kalam, semoga apa yang terluah dari hati sampai ke hati juga.

p/s
memang puisi ni aku buat time aku betul-betul down, time aku rasa memang tak de sape nak support aku, time aku rasa aku jatuh dari bangunan Klcc cenggitu ha rasa dia.
Tapi aku tau yang Allah Maha Penyayang, end up aku tulis puisi ni.
dan somehow, aku dapat lah sedikit kekuatan dari puisi ni sebab aku tau Allah ada dengan aku.
Jadi, sebab tu lah aku haplod puisi ni,
sebab aku nak orang rasa apa yang aku rasa, dan aku betul-betul harap orang tak terfikir nak bunuh diri bila dia down.

Ok, dah tak macam p/s dah pun.

aku tinggalkan korang dengan video feveret aku,


Assalamualaikum,
        ha