Friday 9 January 2015

MASA

BISMILLAH,
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG,

Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat baginda.

Apa khabar wahai para pembaca sekalian?

Aku, alhamdulillah sihat. 

Mood nak cepat-cepat habiskan final, tinggal lagi satu payper! Doakan, ahad ni.

Okey, berkaitan masa, aku malas nak cakap banyak, cuma nak haplod so call puisi yang aku dah tulis tahun lepas.

enjoy.


Memang kau patut malu,
kalau dalam sehari,
sekali pun kau tak sentuh alQuran,
sekali pun kau tak pulangkan masa kau pada Dia,

Sedangkan kau tahu,
yang selama ni,
kau hanya penghutang,
kau hanya peminjam,
yang menunggu masa,
harta pinjaman ditarik semula.

Oleh itu,
luangkan sedikit waktu,
untuk Dia,
agar Dia yang di atas sana,
tahu yang kau masih layak di beri masa,
agar kau juga tahu,
bila-bila masa sahaja,
pinjamanmu akan dituntut semula.

of course la, first sekali aku tuju entry ni, atau so call puisi ni dekat diri sendiri, bukan dekat orang lain.

bila aku tulis ni kira macam aku belasah diri sendiri la, cenggitu, sebab yup, dalam kesibukan stadi, kelas, assignment n soo onnn, kitaran hidup seorang mahasiswa, lagi2 kalau yang bizi dengan meeting bagai, kita tak sempat nak pit stop kejap.

But hey, kita sama-sama try okey.

Bukankah,

"hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang" 
(ar Ra`d:28)



All the best untuk diri kita!



Assalamualaikum,
       ha


No comments:

Post a Comment