Wednesday 7 January 2015

UNTITLED

BISMILLAH.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG,

Selawat dan salam buat Nabi Muhammad dan para sahabat baginda.

Entah kenapa, tangan seolah-olah mahu menari di atas papan kekunci. Rindu. Mungkin. Pagi ini, jam 3.38 pagi, ada sesuatu yang mengetuk pintu hati. Tak tahu apa. Tapi mungkin kesedaran daripada-Nya. Aku sendiri pun kurang pasti.

Selagi ilham datang menyerah diri, aku teruskan tarian di jari.

Lewat semalam, aku membuka laman muka buku. Biasalah, aku ini bukannya rajin, namum semalam, entah kenapa hati ini terlalu ingin sekali, lalu, aku turutkan kata hati.

Notifikasi muka buku aku lihat. Aku tersenyum seketika. Namun, senyuman itu mati sendiri.

Aku tahu aku menipu, aku tahu aku akan sentiasa tertipu andai tak diketuk pintu hati ini olehNya.

Aku juga manusia, sudah tentu aku juga berharap cinta. Namun, aku tahu, aku belum mampu untuk menangani sebuah cinta berlainan jantina andai solat tahajudku entah ke mana. Andai rasa cinta terhadap sang Pencipta itu tak tahu di mana letaknya di sudut hati ini.

Di saat aku menulis ini, aku sendiri menangis kerana malu dengan sikap dan sifat diri sendiri.

Lalu, aku tanya pada diri,

Apa yang kau lihat pada diri  ajnabi?

Sedang hati masih belum kenal Ilahi,

Usah berangan mahu menangani ciptaan milik Ilahi,

Sedang diri masih malas bangun pagi,

Jangan berangan syurga Ilahi,

Sedang hati masih lagi mati,

Jangan berangan redha Ilahi.

Entah.

Arah hidupku sendiri aku tak pasti, apa lagi mahu berfikir soal yang tak pasti.


Lalu aku sematkan di dalam hati, andai aku tak dapat merasai cinta dunia milik Ilahi, cukuplah andai aku dapat merasai secebis 
kemanisan cinta Ilahi itu, kerna aku tahu, tak semua manusia mampu merasai cinta-Nya, sedangkan lebih banyak manusia yang terbuai dengan cinta ciptaan mereka. 

Cukup untuk aku terus bernafas, merasai sehela udara daripada-Nya. 

Cukup andai aku dapat merasai perasaan saling berbalas cinta dengan Ilahi untuk waktu hidup yang tersisa ini.

Lantaran itu, mulai saat ini, aku akan berusaha untuk terus berlari mengejar cinta Ilahi dan terus menerus menapak ke arah Nya, agar umur yang tersisa ini bermakna.


Assalamualaikun
      ha

No comments:

Post a Comment