Thursday, 10 January 2013

AKU,DIA,CINTA DAN DOSA

 
Assalamualaikum..

Alhamdulillahirabbila`lamin..wassolatuwassalamualaa`sshrofilanbiya'iwalmursalinwaa`la alihi was0hbihi ajmain..selawat dan salam ke atas junjungan yang mulia Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat..
Okay,pertama-tamanya bersyukur kepada Allah sebab dah memberi peluang untuk diri menaip lagi dan memberi idea untuk dikongsikan bersama..Sebelum terus baca perbaharui dulu syahadah anda ye..

"TIADA INSAN  SUCI YANG TIDAK PERNAH MEMPUNYAI MASA LAMPAU

   TIADA INSAN  BERDOSA YANG TIDAK MEMPUNYAI MASA HADAPAN"

ada sape-sape yang kenal ayat ni tak??sebenarnya terdetik post ni pun sebab selalu sangat tengok drama dekat tv3 tu lah,,setia hujung nyawa.So,apa kaitan dengan ayat ni??? Setakat yang Ha faham,maksudnya,setiap orang mesti akan pernah tersilap langkah dalam hidup ni,tapi,itu tak bererti yang kesilapan dia tu akan menjatuhkan dia untuk selama-lamanya.Ala-ala macam tu la..

Sebenarnya ada terbaca en3 dalam  blog Husna,jadi ada jugakla terdetik hati ni nak tulis post ni.

...LUAHAN HATI SEORANG INSAN..

Begitu berat terasa beban yang dipikul oleh jari ini untuk menaip luahan hati yang panjang ini.Tapi,tugas yang ku galas sebagai seorang saudara seagama yang tidak ingin saudaranya tersesat dan terus dalam penipuan syaitan yang direjam itu,aku gagahi jua.Memerah keringat dan idea demi untuk ISLAM yang dicari dan demi untuk manusia di alam ini.Aku juga manusia,lantas aku juga mempunyai sejarah.Lalu,janganlah dipandang siapa aku dahulu,tapi,ambillah isi dari teguranku buat pedoman bersama.Sebenarnya,luahan hati ini adalah perkara yang terjadi sendiri kepada aku.Aku ceritakan,agar ia menjadi iktibar.

“CINTA”

DEFINISI CINTA YANG SEBENAR
MasyaAllah,indah sungguh cinta yang ditunjukkan oleh Islam yang dizahirkan oleh Rasulullah,para NAbi dan Para Sahabat.Betapa cintanya Rasulullah terhadap umatnya sehingga Baginda S.A.W  masih lagi ingin mempertahankan umat Baginda ketika ajal sedang menanti.SubhanAllah,begitu besar cintamu kepada kami YA Rasulullah.Apatah lagi dengan cinta Allah kepada hambanya yang tidak pernah berbelah bagi melainkan yang membezakan hanyalah taqwa.
Lalu,mengapakah cinta ini disalah tafsir dan disalahertikan oleh sebilangan manusia??Ya,cinta itu fitrah.Semenjak lahir lagi,kita pastinya dibesarkan dengan kasih sayang dari ibu dan ayah.Sedarkah kita,lahirnya seorang hamba di atas dunia ini juga atas dasar cinta?Betapa cintanya Allah kepada Adam lalu menjadikan Hawa buatnya?

REMAJA DAN CINTA.COUPLE??
Aku juga manusia,aku juga pernah tersilap langkah.Pernah aku jatuh namun kuasa Allah,membangunkan aku semula.Aku juga bergelar remaja,yang pastinya tidak lari dari fitrah yang ingin dicintai dan mencintai.Aku akui,sejujurnya,aku insan yang lemah.Seperti remaja lain,aku pernah menyalahertikan maksud sebenar cinta itu.Fikirku,cinta itu haruslah dizahirkan,dengan kata-kata,dengan mesej dan bercakap.Itulah cinta bagiku.Namun,aku yakin masih ada lagi segelintir di luar sana menganggap yang cinta ini harus dibuktikan.Berjalan berdua-duan dan yang lebih teruk lagi,MasyaAllah,tidak ingin sekali aku katakan.

CINTA ITU SANGAT SUCI,LALU MENGAPA DICEMARI DENGAN DOSA DAN HINA?
Cinta sesama manusia itu lahirnya di syurga.Lalu,mengapa membawanya ke haluan yang menuju neraka??Mengapa masih mencintai yang haram setelah yang halal terbentang luas di depan mata??mengapa aku katakan begini??Kerana aku juga insan yang melakukan kesilapan yang sama.Mencintai yang haram iaitu seorang yang bukan mahram bagiku,lantas aku terpedaya dengan bisikan syaitan yang mampu mengaburi aku dari mencintai yang sejak azali lagi halal bagiku. Allah,Rasul,keluargku. Mereka halal bagiku.Tapi aku dikaburi oleh syaitan yang kerjanya menghasut manusia.Aku alpa,aku leka dengan mengejar kebahagiaan yang sementara,lalu aku lupakan kebahagiaan yang hakiki dan melupakan cinta yang lain demi mengejar cinta manusia yang tidak diketahui apakah akanmenjadi milikku.

CINTA AKU DAN DIA  CINTA ISLAMIK
Selalu aku terdengar perkataan cinta islamik.Mesej hanyalah utuk kejut qiam ,teguran,nasihat dan memberi hadis dan sebagainya.Sejauh manakah cinta itu akan bertahan sebegitu.Manusia,tidak akan lari dari godaan syaitan.Agak kasar ingin aku katakan di sini.Cinta Islamik itu samalah seperti menghalalkan khinzir yang sememangnya sudah Haram di sisi Islam.Sedarkah kita sebenarnya,kita telah menggunakan Islam untuk mencapai fitrah yang telah dibawa ke haluan yang salah iaitu nafsu?Sedarkah kita bahawasanya kita telah dengan sewenang-wenangnya menggunakan Islam sebagai alasan untuk melakukan dosa?Lalu,kita ingin menutup dosa itu dengan Islam? MasyaAllah,sahabat,ingin aku kongsikan,aku pernah jua menggunakan Islam untuk menutupi dosaku.Menggunakan Islam untuk kepentingan aku sendiri.

SEKALUNG TAHNIAH
@Buat sahabat yang pernah punyai kekasih,pernah mencintai yang bukan mahram tetapi sedang berubah,
@Buat sahabat yang semakin hari semakin jauh meninggalkan lembah kejahilan,
@Buat sahabat yang berusaha sebaik mungkin memerang hawa nafsu,
@Buat sahabat yang tabah dan sabar dengan ujian Allah,
@Buat sahabat yang masih seperti aku,merangkak-rangkak mencari kebenaran dan agama,
Kerana Allah masih sayangkan kita.

HARAPAN SAHABAT KEPADA SAHABAT
Apa yang aku harapkan,janganlah kita mengotorkan dan menggunakan Islam untuk mencapai matlamat hidup yang hanya berlandaskan nafsu.Janganlah kita membiarkan diri kita dan sahabat-sahabat terjatuh dalam lembah kehinaan dan jauh dari Allah.Mereka adalah manusia,aku  juga adalah manusia.Lantas,kerana itulah aku katakan,aku juga lemah dan memerlukan bimbingan. Lalu,sama-samalah kita mengajar diri  menuju ke jalan yang diredhai Allah.Kuatkanlah iman,carilah Allah dalam hatimu,lupakanlah tentang cinta yang haram itu,kerana janji Allah itu pasti.Lepaskanlah ia pergi,jika ia milikmu pasti ia akan hadir.Serahkanlah semuanya pada Allah.yakinlah bahwa:

TULANG RUSUK TIDAK AKAN TERTUKAR”
Usahlah kita risau,kerana Allah telah menetapkan semua yang hidup ini berpasan-pasangan.Justeru,marilah kita bertaubat atas dosa silam.Marilah,menuju ke jalan yang Allah redhai.
..Amin..

Jadi,lepas je Ha baca luahan hati seorang hamba ni,tau jelah kan.Kalau dah kena sebijik sejibik atas batang hidung tak ke terasa bersalah.Sedih pun ada,sebab pernah tersesat.Tapi,nasib baik Allah tunjuk,teraccidently jumpa luahan hati ni.So,sedikit sebanyak,terkesanlah di hati ni.
   
 panjang en3 ni.

Assalamualaikum
        ~ha~




Saturday, 29 December 2012

P.I.N.T.U.



Assalamualaikum..
Alhamdulillahirabbila`lamin..wassolatuwassalamualaa`sshrofilanbiya'iwalmursalinwaa`la alihi was0hbihi ajmain..
selawat dan salam ke atas junjungan yang mulia Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat..


Sebelum meneruskan pembacaan dan penulisan ni,eloklah kiranya ha dan anda anda berserta anda yang mana bergelar hamba Allah,mengucapkan ALHAMDULILLAH,setinggi-tinggi penghargaan kepada Allah kerana masih lagi memberi peluang untuk diri kita kita ni menghirup oksigen dengan percuma.So,amiklah sedikit masa untuk mengucapkan syukur kepada YAng Maha Esa dan jangan lupa mengucap dua kalimah syahadah.

Dalam entry kali ni,ha nak cakap pasal pintu..bagi yang tertanya-tanya tu..pintu apa agaknya..emm..pintu apa ea??pintu kereta ke apa??

Logiknya kalau kita tengok di sekeliling kita peristiwa macam ni kerap berlaku.Gambaran yang sangat biasa dalam hidup kita.Kalau naik lif ke kita mesti cepat-cepat je nak naik lif kan.Lagi-lagi yang dah na tertutup tu.Kalau naik lrt tu lagi la.Nak kena cepat masuk..Perasan tak pintu lif,pintu lrt dan segala pintu yang ada la.Manusia selalu sangat kejar dan bergegas tapi kan,ada satu pintu ni yang tak ramai pun  manusia yang sanggup kejar.Padahal pintu lif kalau tertutup kan ada lif lain,pintu lrt pulak kan ada lagi lrt lain.Kenapa tak manusia kejar pintu ni??

kenapa??

Mungkin sebab kita ni tak tahu bila pintu tu akan tertutup.Yela,kalau setakat pintu lif tu kan ada orang bleh tahankan.Boleh tekan button yang ada dan pintu tu tak jadi tutup.Tapi,pintu yang tak semua orang kejar ni,special sangat istimewa sangatlah..Memang tak ada yang boleh lawan pintu ni.Kenapa??sebabnya,sekali pintu ni tutup selama-lamanya pintu ni tak kan bukak dah.Lagipun,pintu ni sekali je.Bila dah tertutup,tak kan ada pintu lain dah.pintu apa la yang special sangat ni??

PINTU TAUBAT

Sekali dah tertutup.selama-lamanya dah tertutup.Memang tak kan terbukak dah.sebab Allah yang kawal pintu ni.

Moralnya,selagi kita diberi masa untuk mengejar pintu tu,kita kejarlah sebab kalau kita tak kejar.Nanti kita yang rugi.






sedikit video untuk rujukan anda semua.
 >ALLAH TAK TENGOK BESAR MANA DAN BANYAK MANA DOSA KITA,TAPI ALLAH TENGOK BETAPA IKHLASNYA KITA BERTAUBAT DAN BETAPA BERSUNGGUHYA KITA<
notakaki(@_@)*
*jom sama-sama kita sebagai manusia yang tak pernah lari dari kesilapan kejar pintu tu..okay..
*taubat banyak cara
Assalamualaikum
       ~ha~

Wednesday, 7 November 2012

M.U.J.A.H.A.D.A.H(terima kasih sahabat)

Assalamualaikum..
Alhamdulillahirabbila`lamin..wassolatuwassalamualaa`sshrofilanbiya'iwalmursalinwaa`la alihi was0hbihi ajmain..
selawat dan salam ke atas junjungan yang mulia Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat..  


ALHAMDULILLAH..syukur ke hadrat sang pencipta kerana memberi peluang unutk diri ini bernafas lagi.okay..soalan yang sangat common dalam setiap post..dah perbaharui syahadah kalian untuk hari ini??
yang belum tu..stop baca kejap..mengucap dulu..okay..done.

agak kelamaan jugak la Ha tak mengupdate blog yang terchenta ni..sekarang baru ada kesempatan untuk mengupdate blog ni..

Sebenarnya,tiba-tiba pagi ni teringat tentang perbualan telefon dengan seorang sahabat ni.So,kira entry hari ny nak cerita tentang perbualan Ha dengan sahabat Ha.Setelah sekian lama Ha tak contact dengan dia..satu malam tu..dia telah menelefon Ha sampai kedit dia habis..Jadi..renung-renungkan ye entry ni.

sahabat:Nak tanya sikit boleh???

Ha:tanyalah.nak tanya apa??buat suspen je..

sahabat:apa agaknya tujuan kita hidup kat dunia ni??(ni ayat menduga)

Ha:ada dalam satu surah..Allah berfirman."tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu"so..kita kena beribadah kepada Allah la.Kenapa???

sahabat:Lagi??ada 2 kan??lagi satu??

Ha:entah.(jawab sambil lewa tapi tngah fikir..emm..khalifah)

sahabat:yang lagi 1 tu khalifah.Allah berfirman dalam satu surah.Nanti cari.okay.Sebenarnya, kita paham agama kita ni dengan apa??

Ha:dengan akl fikiran la.(jawab dengan confident)

sahabat:sebelum tu,kita ni sekadar tahu tentang agama kita atau kita faham???(ayat menduga lagi ni)

Ha:tahu dan fahamla sepatutnya.

sahabat:Sepatutya???emmm..Apa beza kita tahu dengan faham??

Ha:pening dah ni..banyaknya soalan..emm..entahla..

sahabat:okay..sebenarnya,kita kena faham agama kita dengan akal dan paling hati.Kalau kita faham dengan hati dengan akal.Akal akan bantu kita untuk fikir baik dan buruk dan hati akan buat kita faham kenapa hukum tu kena macam tu.

Ha:emmm..(senyap dah)

sahabat;Ha tau tak sebenarnya apa matlamat kita atas muka bumi ni??(Ha senyap je)mesti kita nak capai ISLAM kan??jadi..macam mana nak capai ISLAM tu???

Ha:emm..ntahla(tahan sebak)

Sahabat:sebenarnya,kita bley capai ISLAM tu dengan belajar.Macam mana??kan kita belajar tu menambah ilmu kita dan dalam kita tak sedar.dapat jugak mndekatkan diri kita dengan Allah.

Ha:ouh..okay..

sahabat:macam tak minat je nak dengar.(ayat merajuk)

Ha:taklah..emm

Sahabat:Ha,taukan nanti satu hari Islam akan menang jugak kan??

Ha:yup..

Sahabat:okay..api nantikan waktu Islam menang..cuba bayangkan kat mana kita??adakah kita tentera-tentera yang memperjuangkan Islam???atau kita dalam golongan orang yang hanya tertunduk malu sebab tak buat apa-apa??

Ha:emm..(dah tak terkata sebab dah nangis)

Sahabat:Jadi,Ha fikirlah.Ha nak ada kat mana time tu??kalau pun kita tak mampu nak bagi sumbangan untuk agama kita,at least kalau kita mujahadah diri kita melawan nafsu dan maksiat dalam diri..Kita dah menyumbang kepada agama kita..

TUT...TUT..TUT..(kedit sahabat Ha habis)

tapi dia ada hantar mesej sambungan katanya

"Ha,cuba bayangkan.sebenarnya kenapa orang cakap benda ni kat Ha??orang bukan nak cakap Ha teru ke apa..Tapi nanti..cuba bayangkan..kalau kita mati nanti..Lepas tu bayangkan kalau saudara-saudara kita yang ditindas tu tanya pada kita"apa yang kamu lakukan ketika kami terseksa dalam memperjuangkan agama Allah???"
Time tu,mesti kita tak tau nak jawab apa.Sebab kit memang tak buat apa-apa.api cuba fikir,kalau la kita mujahadah..mungkin kita boleh jawab soalan mereka. "wahai saudaraku,ketahuilah kamu pada waktu itu aku sedang mempersiapkan diri dengan mujahadah melawan hawa nafsu dan membentuk iri menjadi seorang muslimah yang mampu memberi sumbangan kepada agamaku".Ha renung-renungkanlah.Dalam hidup ni,sesungguhnya...memang banyak perkara yang melalaikan..Tapi Allah dah memberi kita 2 pilihan.
1)bahagia di dunia tapi sengsara di akhirat
2)bersusah di dunia bahagia di akhirat.
Kita la yang menetukan siapa kita.Kita yang bertanggungjawab mempersiapkan diri kita menghadapi Allah nanti..
Dunai bukanlah selama-lamanya.Hanya sementara dan semakin tua dah..fikir-fikirlah

sobs.sobs..jadi tula apa yang kawan Ha cakap dekat Ha.Memang sanat terkesan dengan apa yang dia cakap.


notakaki(@_@)*
* jom sahabat sekelian..sama2 kita mujahadah dan istiqamah

::segala yang baik tu datangnya dari Allah dan yang buruk tu adalah khilaf hamba Allah yang sedang menaip ini::

~Assalamualaikum~
           ~Ha~


MUJAHADAH ITU PAHIT
KERANA SYURGA ITU MANIS



Wednesday, 18 April 2012

ALLAH kan ada, sayang!!


Assalamualaikum..
Alhamdulillahirabbila`lamin..wassolatuwassalamualaa`sshrofilanbiya'iwalmursalinwaa`la alihi was0hbihi ajmain..
selawat dan salam ke atas junjungan yang mulia Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat.. 


Pertama-tamanya Ha bersyukur sangat2 dengan ucapan Alhamdulillah sebab Allah masih bagi peluang dekat Ha untuk bernafas pada pagi2 nie..oke..dah perbaharui syahadah kalian??? x lagi ke??kalau masih belum..perbaharuilah ye..
Sbb kadang2 tu kita mungkin tak sedar yang mungkin kita ada tersalah cakap yang menyebabkan kita wat syirik yang kecil..Jadi kalau dah mengucap tu..kan dah ok la sikit...


Ada tak siapa-siapa yang demam??tak sihat ke??
Kepada sesiapa yang demam atau tak sihat..anda sangat-sangatlah beruntung..jangan merungut tau..Allah marah nanti..
tau tak sebab apa Ha cakap anda sangat beruntung??
sebab Allah bagi peluang pada anda-anda semua untuk menghapuskan dosa kecil..
banyak cara Allah bagi kita hapuskan dosa kecil..bersin pun boleh hapuskan dosa kecil..
Fakta=firaun tak pernah pun bersin..


okay...sekarang ni,Ha sangat yakin yang ramai kat luar sana mesti pening bila kena buat keputusan...
bila banyak sangat jalan yang ada..




Tau tak apa penyelesaiannya??


~SOLAT ISTIKHARAH~
sebab..kan Allah yang cipta kita..jadi kan elok kalau kita tanya pada Allah apa yang terbaik untuk diri kita..
mestilah Dia lebih mengetahui..kan..

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat..dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk (2:45)

untuk entry kali nie..bila kita dah buntu sangat-sangat..
bila kita fikir memang dah tak ada jalan untuk kita...Sedarlah..
ALLAH kan ada..

notakaki(@_@)*
*kalau sakit jangan merungut tau..bersyukurlah..
*ingat..jalan Allah sentiasa ada untuk hambaNya..

Segala yang baik tu tentunya datang dari Allah S.W.T yang dah mencipta dan memberi peluang kepada hambaNya untuk hidup..segala yang kurang dah khilaf itu harap dimaafkan kerana segalnya adlah kesalahan Ha sendiri..

>Sangat rugilah orang-orang yang diberi kemewahan,diberi kehidupan dan diberi kesenangan apabila dia tidak mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T<
>dan..sangat beruntunglah orang yang diberi kepayahan tetapi masih setia mengucapkan syukur kepada penciptanya tanpa pernah berasa jemu<
Assalamualaikum,
          ~ha~

Monday, 9 April 2012

beRsaBaRLaH waHai HaWa..

Assalamualaikum..
Alhamdulillahirabbila`lamin..wassolatuwassalamualaa`sshrofilanbiya'iwalmursalinwaa`la alihi was0hbihi ajmain..
selawat dan salam ke atas junjungan yang mulia Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat.. 


Alhamdulillah..syukur yang teramat sangat kerana masih diberi peluang oleh Allah untuk meminjam segala hak Allah yang ad di atas muka bumi ni..Apa yang kita pinjam???em...cuba fikir..
Sebenarnya banyak sangat yang kita pinjam sebenarnya..Nyawa kita ni kita pinjam..Anggota badan ni pun kita pinjam..
Senang-senang je Allah boleh tarik semua yang Dia bagi pinjam...


أشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أن محمدا رسول الله.


dah perbaharu syahadah untuk hari ni??kalau belum..baik cepat-cepat perbaharui..jangan tangguh-tangguh tau..


Dah lama sangat tak menulis kat blog ni kan..Bukan apa,cuma agak sibuk sikit..kat sini ada coretan atau kata-kata yang telah membuatkan Ha tersedar...


BiaRLaH AdaM SeNdiRi yAnG MenCaRi tuLaNg RuSuKnyA yANg hiLaNg,
HaWa pULa tuNgGuLaH & beRsAbaRLah,
TIDAK PERLU KAMU MENCARI ADAM!!!!
keRnA KaMu teTAp TuLanG ruSuKnyA yaNg hiLaNg,
diA aKaN daTAnG meNgaMBiLmU 1 hARi naNTi..


aPa yaNg mAmPu kaMu laKuKaN wAHai HawA,
beRdoALaH..
aGaR aDaM yaNg dATaNg adALah AdaM yaNg beRagAMa..
beRaMaL deNgaN agAmAnYa..
meMpunYai AkhLak yaNg BaiK..
DenGaN kAta LaiN..
~YANG DAPAT MEMBIMBING KAMU KE SYURGA..~



ibu Ha pernah pesan...
~kalau nak bercinta,bercintalah..tapi..bercintalah sampai syurga ye sayang..~
~kalau bukan atas dunia ni kamu jumpa cinta kamu...kat akhirat nanti..~
~..pasti ada yang dah menanti kamu..~
~janji ALLAH tu kan indah~
~itulah takdir terindah~

~Ha sangat-sangat sayang ALLAH~
hanya ini dapat Ha coretkan untuk semua yang sudi baca..sebab Ha belum jumpa cerita yang sesuai..
Lagipun sekarang..Ha suka tulis macam ni sebab sekurang-kurangnya..Ha dapat jugak elak diri Ha dari lalai dan terjebak dengan maksiat...Saling mengingati..dan ingatkan diri sendiri jugak..

Assalamualaikum
      ~ha~

Friday, 16 March 2012

~JoM bAiKi DiRi~

Assalamualaikum..
Alhamdulillahirabbila`lamin..wassolatuwassalamualaa`sshrofilanbiya'iwalmursalinwaa`la alihi was0hbihi ajmain..
selawat dan salam ke atas junjungan yang mulia Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat.. 

Syukur sangat-sangat pada Allah sebab dah bagi peluang untuk Ha bernafas lagi pd hari ni..
Soalan feveret...dah perbaharui syahadah anda untuk hari ni??
Saje nak berkongsi cerita..tadi masa pergi bank terjumpa dengan 1 keluarga ni..rasa respect sangat dekat diorang..

Isterinya pakai tudung siap purdah..suara dia lembut sangat..
suami dia pulak relax je pakai kain pelikat siap serban dan jubah..suka tengok sebab dekat dahi dia ada tanda..faham-faham jelakan...
anak-anak dia pulak dua-dua laki..comel...macam bahagia je keluarga diorang....
harap suatu hari nanti dapat family macam tu jugak tp..tak semestinya dapat suami macam tu atau dapat isteri yang pakai purdah..
cukuplah saling menjaga maruah dan harga diri dari dijual pada insan yang tidak layak..dan yang penting cintanya suami isteri itu disebabkan Allah..

huhu..Ha cakap ni macam Ha dah nak kahwin sangat je kan.doakan Ha dapat jodoh yang baik-baik..dan harap anda semua pun akan dapat jodoh yang
 baik ...insyaAllah..~amin~

hurm..berfikir sejenak..hari ni Ha nak cerita pasal ...

"~10 Jenis Solat yang Tidak Diterima Allah~"(berdasarkan sabda Rasulullah)


1.orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu..
2.orang lelaki yang mengerjakan solat tapi tak bayar zakat
3.orang lelaki yang jadi imam tapi makmum membencinya.
4.orang lelaki yang meminum arak tanpa mahu meninggalkannya yakni bertaubat
5.orang lelaki budak yang melarikan diri..(ni Ha tak faham)..
6.orang perempuan yang suaminya marah kepadanya..
7.orang perempuan yang mengerjakan solat tapi tak pakai tudung
8.Pemimpin atau imam yang sombong dan zalim serta menganiayai orang lain.
9.orang-orang yang suka makan riba
10.orang-orang yang solat tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji mahu pun mungkar...

Ha pernah jadi orang yang tergolong dalam 10 golongan kat atas tu..sekarang baru Ha sedar..jadi kalau rasa-rasa kalian-kalian pun
mungkin tergolong...cepat-cepat ubah..ok!!

notakaki(@_@)*..entry ni takde notakaki..

Segala yang baik tu datang dari Allah S.W.T dan yang tidak itu datangnya dari kelemahan Ha sendiri..
Jadi kalau-kalau ada yang terasa atau ada salah yang Ha dah terbuat..kususun 10 jari tanda maaf..
Maafkan Ha ea..semoga kitasama-sama mengambil iktibar dan pengajaran dalam mencari redha Allah dan menjadi hamba yang disayangiNya..

Assalamualaikum
        ~ha~

Thursday, 15 March 2012

~N.A.F.S.U~

Assalamualaikum..w.b.t
Alhamdulillahirabbila`lamin..wassolatuwassalamualaa`sshrofilanbiya'iwalmursalinwaa`la alihi was0hbihi ajmain..
selawat dan salam ke atas junjungan yang mulia Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat.. 
Alhamdulillah..syukur sangat pada Allah sebab masih lagi bagi peluang untuk Ha bernafas dan cuba perbaiki diri ni..soalan feveret..
dah perbaharui syahadah??kalau belum sila-silalah berbuat demikian ye..
oke..dari pagi tadi dok belek-belek buku..tak tau dah nak cerita apa..
ada la satu cerita ni yang berjaya menarik minat Ha nak bercerita kat sini..harap enjoy reading..

>Kisah Hasan Al-Basri dengan Rabiatul Adawiyah<

Dikisahkan dalam sebuah kitab,suatu hari Hasan al-Basri,Malik bin Dinardan Tsabit al-Banany pergi berjumpa dengan Rabiatul Adawiyah.Hasan Al-Basri meminta Rabiatul Adawiyah untuk memilih antara mereka bertiga untuk dijadikan suami,sebab nikah tu sunnah Rasulullah.Jadi,Rabiatul Adawiyah pun memberitahu bahawa dia akan bertanya beberapa soalan kepada mereka dan sesiapa antara mereka yang dapat selesaikan soalan tu akan menjadi suaminya.

~Q1~
Apa pendapat kamu dihari kiamat nanti ada segolongan manusia di dalam syurga dan    ada segolongan manusia di dalam neraka.dalam golongan manakah saya nanti??
>aku tidak tahu..


~Q2~
Malaikat telah membentuk aku dalam kandungan ibuku,adakah aku akan menjadi orang yang sengara atau bahagia??
>aku tidak tahu

~Q3~
Apabila dikatakan kepada seseorang kamu jangan takut dan kamu jangan susah dan dikatakan kepada seorang lagi kamu tidak ada kegembiraan sama sekali.Maka dalam golongan manakah saya??
>aku tidak tahu

~Q4~
Kubur mungkin salah satu dari taman syurga dan boleh juga menjadi liang neraka.Bagaimanakah kubur saya??
>aku tidak tahu

~Q5~
Pada hari di mana wajah-wajah manusia memutih bersih dan wajah-wajah manusia lainnya menghitam muram,keadaan manakan wajah saya???
>aku tidak tahu

Oleh sebab mereka yang hadir tu tak dapat jawab.Maka mereka pun pulang.

Dikisahkan pula setelah Rabiatul Adawiyah bersuami dan suaminya meninggal dunia Hasan Al-Basri telah datang sekali lagi untuk bertemu dengannya.Hasan Al-Basri mengatakan bahawa setelah Rabiatul Adawiyah kematian suami dia harus berkahwin dengan lelaki lain pula.Rabiatul Adawiyah menyatakan dia akan menjadi isteri kepada orang yang paling alim antara mereka.Lalu Hasan Al-Basri lah yang paling alim dalam kalangan mereka.Rabiatul Adawiyah pun berkata jika Hasan Al-Basri dapat menjawab 4 soalan yang ditanya dia akan menjadi isteri kepada Hasan Al-Basri.HassanAl-Basri meminta Rabiatul Adawiyah bertanya dan semoga Allah membantunya menjawab soalan tersebut..

~Q1~
Bagaimanakah pendapatmu kalau saya mati dan keluar dari dunia ini,adakah saya berbekal dengan iman atau tidak???
>Itu adalah sesuatu yang ghaib dan hanya Allah S.W.T yang Maha Mengetahui.

~Q2~
Bagaimana pendapatmu sesudah saya ditidurkan di dalam kubur dan disoal oleh malaikat Munkar dan Nangkir,bolehkah saya menjawab soalan mereka??
>Itu adalah masalah yang ghaib dan hanya Allah S.W.T yang Maha Mengetahui.

~Q3~
Apabila semua manusia telah dihalau pada hari kiamat,dan bertebaran kitab-kitab amal mereka,pada sebelah manakah saya akan diberi,kanan atau kiri??
>Itu pun adalah masalah ghaib

~Q4~
Apabila manusia telah dipanggil sebahagian ke syurga dan sebahagian ke neraka,maka bahagian manakah saya berada??
>itu juga adalah soal ghaib.

Kalau seseorang itu telah kabur dalam 4 perkara ini bagaimanakah dia akan menyibukkan diri dalam perkahwinan.??Wahai Hasan,jawablah berapa bahagiankah Allah menciptakan akal?
>10 bahagian,9 untuk lelaki dan 1 untuk wanita.

Wahai Hasan berapa bahagian pula Allah menciptakan syahawat??
>Syahawat juga 10 bahagian,1 untuk lelaki dan 9 untuk wanita.

Wahai Hasan,saya boleh menjaga 9 bahagian syahawat ini dengan 1 bahagian akal,bagaimankah pula kamu yang hanya menjaga 1 syahawat dengan 9 bahagian akal?

Lalu Hasan al-Basri pun menangis kerana begitu terkesan dengan kata-kata Rabiatul Adawiyah dan berlalu pergi..

~t.@.m.@.t~
*Rabiatul Adawiyah
*Hassan Al-Basri
0ke..kagum sangat-sangat dengan Rabiatul Adawiyah nie..susah lah nak cari perempuan macam ni sekarang kan???Mungkinkah ad lagi perempuan macam ni waktu akhir zaman nie??wallahualam..
Sejenak Ha terpikir kalaulah Allah cipta nafsu lelaki tu 9 bahagian..agak-agak teruklah dunia ni kn..
sekarang nafsu lelaki yang ada 1 bahagian pun dah banyak kes..Mintak dijauhkan..

notakaki(@_@)*
*cuba gunakan akal untuk kawal nafsu kita oke..
*sentiasa perbaiki diri tau!!
*bersyukur dengan ciptaan Allah..

segala yang baik tu jadikan teladan dan tentunya datang dari Allah S.W.T dan yang tidak itu datang dari kesalahan Ha sendiri..harap dimaafkan ye..Semoga kita sentiasa dilindungi Allah dan memperbaiki diri ke arah redhaNya..

Assalamualaikum
     ~ha~