Tuesday, 19 March 2013

cantik dan kacak

Assalamualaikum..
Alhamdulillahirabbila`lamin..wassolatuwassalamualaa`sshrofilanbiya'iwalmursalinwaa`la alihi was0hbihi ajmain..
selawat dan salam ke atas junjungan yang mulia Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat..  


~ALHAMDULILLAH~..syukur sangat pada ALLAH sebab dah bagi peluang untuk bernafas lagi dan menulis..
Dah perbaharui syahadah kalian2???kalau belum..silalah berbuat demikian....

----------------------------------------------------------------------------------------------------------
adik masuk bilik,muka happy sangat.tak tahu kenapa.

"Akak,antara jun pyo dengan shin woo mana lagi hensem?adik tanya.Siap tunjuk gambar dalam telefon bimbit lagi.

"Nabi Yusuf"akak jawab.

adik tarik muka masam

"Orang tanya antara jun pyo dengan shin woo?Cepatlah.Yang mana?

Jawapan akak tetap sama.

"Dari dulu sampai sekarang jawapan akak tetap nabi Yusuf dik.Tak ada yang lain"

Adik senyap.Tunduk.Tak puas hati agaknya.

"Kenapa Nabi Yusuf pulak?Bukan akak pernah jumpa atau tengok Nabi Yusuf."tanya adik.berminat agaknya.

Akak pun cerita tentang kisah Nabi Yusuf a.s.

"Tak kisahlah siapa pun adik.Setiap yang Allah cipta tu cantik dah.Tak perlu nak ubah apa-apa dah.Ada keistimewaan dan kekurangan.Tak semua perfect.Tak sempurna."akak habiskan cerita.

"Abah pun hensem jugak kan akak"bisik adik sebelum keluar.

Sama-sama tersenyum.Memang abah hensem.Buat apa nak sibuk tanya pasal yang jauh kalau yang dekat ada.Kan?

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Manusia memang tak ada yang sempurna tapi kita selalu kena bersyukur atas apa yang Allah bagi.



Kemudian Dia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: Roh ciptaanNya. Dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.(Sajdah:09)

Monday, 18 March 2013

Saya Dah Penat Doa

Assalamualaikum..
Alhamdulillahirabbila`lamin..wassolatuwassalamualaa`sshrofilanbiya'iwalmursalinwaa`la alihi was0hbihi ajmain..selawat dan salam ke atas junjungan yang mulia Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat..

Before semua sambung baca,eloklah kiranya kita mengucap dua kalimah syahdah dan mengucapkan syukur ke hadrat Allah sebab masih lagi dberi peluang untuk bernafas di bumi Allah yang indah ni.

Pernah tak kita merungut atau situasi ni berlaku pada kita.Kita hari-hari doa kat Allah,tapi kan tunggu punya tunggu,Allah tak makbulkan pun doa kita.Sampai kadang-kadang tu kita rasa macam dah putus asa dah.Sampai rasa macam 

ish,aku penat dah doa hari-hari,tapi Allah bukan nak makbulkan pun.Stress la macam ni,

Mesti ada yang pernah kan?Jadi,sebenarnya,kenapa doa kita tak dimakbulkan?Sini-Sina,cek nak habaq mai kat hangpa.

Sebab kenapa Allah tak makbulkan atau belum makbulkan doa kita

1)kita tak jaga pemakanan
dok belasah je makan tu,tak kisah lah halal ke haram ke,yang syubhah tu pun makan jugak walau pun syubhah.Syubhah tu maksudnya was-was.Kalau tak yakin makanan tu halal ke tak rujuklah jakim.Eh,tak.Kalau nak keputusan time tu jugak,Better tak payah makan.

2)kita tak jaga aurat kita betoi-betoi
Maksudnya macam kita ala kadar je.Kadang-kadang pakai,kadang-kadang tak.Rasa ada mood nak pakai,pakai kalau tak de mood tak pakai lah.Namenya tak konsisten atau pun tak istiqamah.Patutnya,kalau nak pakai tu,kena selalu la pakai.Jangan main pakai,pastu tak pakai.Kan dah dapat dosa dedah aurat.Ada pula yang pakai tapi,hemmm,faham-faham je la kan.Nauzubillah.

3)Doa yang kita minta tu tak sesuai untuk masa sekarang.
Contoh,umur baru 12 tahun,pastu minta dapat suami atau isteri soleh.Tapi,contoh ni dah tak boleh pakai sangat sebab sekarang memang orang kahwin muda kan.Contoh lain fikir sendiri.Huhu

4)Doa tu bukan sesuatu yang baik
Contohnya kita doakan si pulan ni mati ke,jatuh sakit ke,eksiden ke?Kan ke tak baik doa macam tu.Ish2.Takkan lah Allah nak makbulkan doa yang akan menzalimi hamba-hambaNya.Allah tak pernah pun zalim pada kita,cuma kita je yang zalim pada diri kita sendiri.

5)Allah nak makbulkan doa tu kat akhirat nanti.
Contohnya,kita doa semoga aku kaya Ya Allah.Tapi,kita miskin je lagi.Tapi kan,kalau miskin tak semestinya tak bahagia kan.Mungkin Allah nak kita kaya di akhirat.Allah kan sweet

6)Kita doa je,tapi tak usaha pun
  Kita siang malam doa semoga aku lepas jawab exam ni.Tapi,last-last stuck.Result teruk.Tapi,kita doa je,tak usaha pun.Mana Allah nak bagi.Kan Allah bagi kita apa yang kita dah usaha.Kalau tak sungguh-sungguh.macam mana Allah nak tolong kan?

Adab Berdoa
1)Berwuduk
2)Rendahkan suara
3)Puji Allah dan Rasul sebelum dan selepas doa tu

~KALAU ALLAH TAK MAKBULKAN DOA KITA SEKARANG,PASTINYA ALLAH ADA SEBAB ATAS SESUATU TU,BOLEH JADI BILA ALLAH MAKBULKAN DOA TU,KITA LUPA DIRI DAN MACAM-MACAM LAGI,SENTIASALAH BERSANGKA BAIK DENGAN ALLAH.KITA MERANCANG,ALLAH JUGA MERANCANG,TAPI SEBAIK-BAIK PERANCANG ADALAH ALLAH,SEBAB ALLAH TAHU APA YANG TERBAIK UNTUK HAMBA-HAMBANYA~

Assalamualaikum,
       ~ha~


Sunday, 17 March 2013

Have Faith In Allah


Assalamualaikum..
Alhamdulillahirabbila`lamin..wassolatuwassalamualaa`sshrofilanbiya'iwalmursalinwaa`la alihi was0hbihi ajmain..selawat dan salam ke atas junjungan yang mulia Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat..

Pertama-tamanya marilah kita bersama-sama mengucapkan syukur atas pemberian nikmat dari Allah S.W.T dengan ucapan ALHAMDULILLAH..
okay,dah perbaharui syahadah kalian-kalian semua??kalau belum.cepat.sekarang jugak perbaharui syahadah tu.tak mo lewat-lewat.

Rasanya,ramai yang yakin dan percaya setiap sesuatu yang berlaku pada kita,ada sesuatu yang Allah nak tunjukkan kat situ.Kan?Jadinya,Ha nak cerita la sikit satu pengalaman dengan seorang kawan time balik haritu.

Tak silap hari tu,hari ahad,nak balik u dekat petaling jaya.Jadinya,dari kampung ke kl patutnya ambik masa dalam dua jam la paling kurang,tapi,hari tu jem pula dekat bentong,dari pukul 12:30 sampai pukul 3:00.Dan sesungguhnya,kawan Ha yang baik hati Nabilah Husna namanya,tunggu Ha selama sejam lamanya.hee...terharu sangat2!Lupa pulak,pintu bas tu rosak pulak tu.Ujian kan.

Lepas dah sampai kat pekeliling tu,beli lah token nak naik lrt kan.Dalam bas lagi dah pesan kat husna,nak naik lrt bukan monorail,tapi Husna dah ada dekat stesen monorail tu.Jadinya,naik jugaklah monorail.Tapi,fikir-fikir balik ada je jalan masuk nak pegi stesen lrt tu.Masa tu tak terfikir pulak.Dahla time ni,tak solat lagi,dah pukul 3 kot.Ish2.

Bermulalah mimpi ngeri.Hee,padahal tak ngeri mana pun.Kitorang naik la monorail tu pegi kl sentral.Tapi,sebab nasib tak menyebelahi,monorail tu rosak sebaik sahaja sampai ke stesen yang ke2 kalau tak silap.Kene keluar.Dah la stesen ke2 tu ramai sangat orang yang tunggu monorail.Bila train monorail tu datang,semua rebut2 nak naik,tidak terkecuali diri ini,main masuk je dalam tu,sebab nak kejar masa.Sampai je ke stesen seterusnya,train tu nengade nak buat hal jugak,kena turun lagi.Masa tu dah pukul 4 dah.Tak sempat lah macam ni.Then,patah balik ke stesen first2 tadi,terus je pegi stesen lrt tu.Nasib baik Allah mudahkan perjalanan.Naik Lrt tu tak ada la nak ngada2 rosak pulak kan.

Duduk punya duduk dekat dalam lrt tu,ada sorang mamat ni masuk.Yang pasti bukan malay lah kan.Masa dia masuk dalam lrt tu,mata ni automatik pandang kaki dia yang berdarah tu.Macam kena kaca macam tu lah kot.Tapi kan,memang respect la dekat dia,sebab apa muka dia cool sangat2.Pastu,teringat la yang ada tisu dalam beg.Nak bagi dekat mamat ala-ala chinese tu,dia tak menghadap pula.Jadinya,hulurkan pada sorang lagi mamat kat depan yang memang tak kenal tu,pastu mamat kat depan tu yang hulurkan kan chinese tu.Pas2,dia pusing angguk kepala.Maybe,tak tahu nak cakap apa kot.Sebab bukan malay.

Sampai stesen u,terus je pegi kat counter tu,sebab Ha punya token tu dari titwangsa sampai kl sentral je.Pas2 kena la tambah sikit.Okay,masa ni dah masuk asar dah rasanya.Kitorang pun akhirnya,sampai kat u dan solat sebelum naik bilik  masing-masing.

Alhamdulillahsafely arrived to my tempat belajar.Moral of story,bersangka baiklah dengan Allah,walau pun pada mulanya perjalanan nak balik u tu susah dengan monorail rosak,pintu bas rosak,jem lagi,tapi,di penghujungnya Allah dah takdirkan sesuatu yang cukup manis dan indah.Mungkin dengan Ha bagi tisu dekat mamat ala-ala chinese tu,akan mengubah persepsi dia tentang orang Islam,tentang agama Islam sendiri.Mana kita tahu kan?

Sebenarnya,banyak sangat perkara yan dalam dunia ni,Allah takdirkan pada kita sebagai pembuka kepada sesuatu yang lain.Kita je yang tak tahu.Jadinya,bersyukurlah dengan takdir terindah dari Allah.Siapa lagi yang tahu apa yang terbaik untuk kita selain Allah.Kan?

Rasanya macam dah berjela dah ni. "Have Faith In Allah"

Assalamualaikum
        ~ha~

Saturday, 23 February 2013

ADA APA DENGAN VALENTINE DAY???


Macam biasalah,bersyukur sangat pada Allah sebab masih diberi peluang untuk terus bernafas dan cepat-cepat perbaharui syahadah tu..dah lama sangat tak perbaharui..huhu..Seperti tajuk yang tertera dia atas.Valentine day..

~Kupasan dari Ustaz Mursyid UIA~
Asal tiba 14 Februari je mesti banyak status kat fb la kat twitter la pasal valentine..Tapi kan,sebenarnya kita tau taka pa sebenarnya valentine nie??dari mana asal usul dia??apa hukum dia??Simbolik mawar merah dan sebagainya??so,harinya saya nak bawak anda semua bertaaruf dengan valentine day nie..Sebelum apa-apa dibuat baik kita tengok dari mana asal valentine nie..

ASAL USUL VALENTINE DAY
Ada banyak sangat pendapat tapi yang Ha tau ada 3 jela..
1.       Sempena dengan satu pesta rom kuno-Lupercalia yang diadakan pada 14 februari.So,masa pesta Lupercalia ni nama gadis-gadis rom akan ditulis atas kertas dan dimasukkan ke dalam botol.Si lelaki pulak akan cabut nama gadis tu.So,mana-mana gadis yang namanya dicabut oleh si lelaki tu kena a berpasangan dengan lelaki tu sepanjang Lupercalia tu diadakan..
2.       Kematian seorang paderi yang bernama St.Valentino waktu zaman pemeritahan Claudius II
                                I.            Raja Claudius II ni dia tak suka kristian.Jadi paderi yang sebarkan kristian ni pun kena hukum,penjara dan seksa.Walaupun paderi tu kena penjara tapi dia tetap sebarkan agama kristian tu.Tapi kantoi.Paderi tu pun dibunuh pada 14/2.Jadi orang rayakan hari valentine ni sebagai simbolik kecintaan dia kepada kristian.
                              II.            Raja Claudius ni percaya yang lelaki yang belum kahwin lagi semangat perang dari yangdah kawin..Jadi raja ni pun tak bagi lelaki kahwin sebab diorang kena pergi berperang.Tapi paderi ni kan kerja dia kahwinkan orang.Paderi Valentino ni kahwinkan jugak pasangan-pasangan tu secara senyap.Tapi,kantoi jugak.Jadi dia kena bunuh.Orang rayakan hari valentine ni sebab memperingati perjuangan dia tentang pertahankan kasih sayang la.
3.       14/2 ni jugak hari Andalusia jatuh ke tangan Rom.salah sorang pembesar yang tolong jatuhkn Rom tu nama di St.Valentino.
4.       Ada jugak pendapat yang cakap waktu St.Valentino tu ada dalam penjara dia jatuh cinta dengan anak Claudius ni.Pastu kantoi jugak,sebelum dia kena hukum bunuh,dia ada bagi surat kat anak Claudius tu.dia tulis “from your valentine”

SAMBUTAN VALENTINE ZAMAN SEKARANG
Kalau kita tengok zaman sekarang ramai remaja sambut valentine dengan macam-macam cara.Ada yang bagi bunga la,dating la,bagi kad-kad cinta lah dan banyak lagi.Tapi yang lebih teruk sanggup gadaikan maruah sendiri demi buktikan rasa cinta pada pasangan..Nauzubillah..Minta dijauhkan..
Kononnya,simbolik bagi mawar merah tu ikut kepercayaan karut iaitu ros merah tu kesukaan dewi cinta,Venus..highlight kat sini..KARUT..
MAKSUD VALENTINE
Valentine ni bahasa Rom kalau tak silap.
Maksud dia maha Kuat,maha perkasa,maha kuasa.Nama ni diberi kepada tuhan orang rom iaitu Nimrod dan Lupercus.
Jadi.bila kita cakap dekat orang “will you be my valentine” kiranya kita dah mensyirikkan Allah.Yela kita nak suruh orang lain pulak jadi yang maha kuasa.
Satu-satunya valentine kita Allah jekan..Sebab Allah je yang Maha Kuasa,Maha Perkasa.
FATWA
Hukum yang dikeluarkan oleh pihak yang berkenaan pada tahun 2005.
Hukum sambut valentine HARAM!!!!!!!!
KENAPA??
1.       Sebab dalam Islam mana ada hari valentine ni.  Berdasarkan Surah Al-Baqarah:120,kita kena fikir berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah kesan sesuatu tu ke atas umat Islam.
2.       Boleh gugat akidah dan macam-macam lagi sebab kebanyakan aktiviti tu buat ikut nafsu.(eg,pesta n so on)
3.       Masa tu la remaja nak buktikan kesetiaan pada pasangan.
4.       Seolah-olah kita gembira dan sokong kejatuhan Andalusia ke tangan rom.
5.       Kalau betul nak tunjukkan kasih sayang terhadap orang yang kita sayang tu tak kan nak tunjukkan sehari je.Patutnya tunjukkanlah hari 24/7 kan..Baru la sweet,,huhu.
Kesimpulannya,dalam islam ni kasih sayang tak terhad untuk sehari je,tapi untuk sepanjang masa.Kita boleh nak pamerkan kasih sayang kita tapi bukan pada golongan tertentu je dan asalkan apa yang kita buat tu tak merosakkan akidah,syariah dan akhlak.Apa salahnya ikut cara Rasulullah tunjukkan kasih sayang.Kita dah ada panduan,tapi kita je yang tak nak ikut.Yang tak boleh tu jela yang nak ikutnya,,ish2.
Tu je dari Ha.Ha tulis entry nie berdasarkan kupasan dari ustaz Mursyid dan sumbernya dari buku dan internet.


~VALENTINE BUKAN TIKET UNTUK PASANGAN YANG TIDAK ADA HUBUNGAN DARI SEGI SYARAK MEMBUKTIKAN KESETIAAN DAN CINTA MEREKA~

Saturday, 12 January 2013

TUHAN SEDANG MENGUJI KITA


Assalamualaikum..
Alhamdulillahirabbila`lamin..wassolatuwassalamualaa`sshrofilanbiya'iwalmursalinwaa`la alihi was0hbihi ajmain..selawat dan salam ke atas junjungan yang mulia Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat..


Pertama-tamanya marilah kita bersama-sama mengucapkan syukur atas pemberian nikmat dari Allah S.W.T dengan ucapan ALHAMDULILLAH..
okay,dah perbaharui syahadah kalian-kalian semua??kalau belum.cepat.sekarang jugak perbaharui syahadah tu.tak mo lewat-lewat.

Mungkin dah selau sangat dengar kot pasal ni.Ni pun copy paste je..Entry kali ini special dan teristimewa buat sahabat yang sedang mencari kebenaran agama dan sedang mencuba sedaya upaya memerang hawa nafsu dan yang pastinya sedang diuji oleh kekasihnya iaitu Allah..Give me five..Samalah kita.Erk,sorry..terover plak.Okay..Jom baca ni..

Q:KENAPA AKU SELALU DIUJI??

A:"APAKAH MANUSIA ITU MENGIRA BAHAWA MEREKA DIBIARKAN SAHAJA MENGATAKAN,"KAMI TELAH BERIMAN",SEDANGKAN MEREKA TIDAK DIUJI?DAN SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG SEBELUM MEREKA DIUJI,MAKA ALLAH MENGETAHUI ORANG-ORANG YANG BENAR DAN DUSTA. (AL-ANKABUT 2&3)

Q:KENAPA AKU SELALU TAK DAPAT APA YANG AKU NAK DLAM HIDUP NI??

A:"BOLEH JADI KAMU MEMBENCI SESUATU,PADAHAL IA AMAT BAIK BAGIMU,DAN BOLEH JADI KAMU MENYUKAI SESUATU PADAHAL IA AMAT BURUK BAGIMU.ALLAH MENGETAHUI SEDANGKAN KAMU TIDAK MENGETAHUI"  (AL-BAQARAH 216)

Q:KENAPA BERAT SANGAT UJIAN NI?

A: "ALLAH TIDAK MEMBEBANI SESEORANG MELAINKAN SESUAI DENGAN KESANGGUPANNYA." 
(AL-BAQARAH 286)
Q:KENAPA RASA FRUST DAN RASA LEMAH SANGAT NI??

A: "JANGANLAH KAMU BERSIKAP LEMAH,DAN JANGAN PULA KAMU BERSEDIH HATI,PADAHAL KAMULAH ORANG YANG PALING TINGGI DARJATNYA,JIKA KAMU ORANG YANG BERIMAN." (AL-IMRAN 139)
Q:BAGAIMANA PULA AKU HENDAK MENGHADAPI UJIAN INI??

A: "WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN!BERSABARLAH KAMU(MENGHADAPI SEGALA KESUKARAN DALAM MENGERJAKAN PERKARA-PERKARA YANG BERKEBAJIKAN),DAN KUATKANLAH KESABARAN KAMU LEBIH DARIPADA KESABARAN MUSUH DI MEDAN PEPERANGAN,DAN BERSEDIALAH(DENGAN KEKUATAN PERTAHANAN DI DAERAH-DAERAH SEMPADAN) SERTA BERTAQWALAH KAMU KEPADA ALLAH SUPAYA KAMU PERCAYA(BEROLEH KEMENANGAN)

Q:BAGAIMANAKAH LAGI MENGHADAPI UJIAN SEBESAR DAN SEBERAT INI?

A:"DAN MINTALAH PERTOLONGAN (KEPADA ALLAH) DENGAN JALAN SABAR DAN SOLAT:DAN SESUNGGUHNYA SOLAT ITU AMATLAH BERAT KECUALI BAGI ORANG-ORANG YANG KHUSYUK."
(AL-BAQARAH 45)
Q:APAKAH YANG BAKAL AKU PEROLEHI DARI SEMUA INI?

A: "SESUNGGUHNYA ALLAH TELAH MEMBELI DARI ORANG MUKMIN,DIRI,HARTA MEREKA DENGAN MEMBERI SYURGA UNTUK MEREKA." (AT-TAUBAH 11)

Q:JUSTERU,PADA SIAPA AKU HARUS BERGANTUNG HARAP?

A: "CUKUPLAH ALLAH BAGIKU,TIADA TUHAN SELAIN DARINYA,HANYA KEPADANYA AKU BERTAWAKAL."
    (AT-TAUBAH 129)
Q:BAGAIMANA JIKA AKU TIDAK LAGI MAMPU BERTAHAN DENGAN UJIAN INI?

A: "..DAN JANGANLAH KAMU BERPUTUS ASA DARI RAHMAT ALLAH,SESUNGGUHNYA TIADA BERPUTUS ASA MELAINKAN ORANG-ORANG KAFIR."  (YUSUF 12)

okay.ada yang Ha xtau la mana surahnya dan kalau ada sesiapa tau,tolong ea bagitau.
Jadi bagi sahabat yang sedang diuji oleh Allah diluar sana,bersabarlah,kerana tiba masanya kita akan mampu melalui ujianAllah itu.

Assalamualaikum
        ~ha~