Monday, 5 January 2015

STOP FOR A WHILE, WILL YOU?

BISMILLAH,

DENGAN NAMA ALLAH, TUHAN YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG,

Selawat dan Salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat baginda.

Assalamualaikum para pembaca yang dikasihi sekalian,

Soalan pertama untuk korang yang lama dah aku tak tanya,

Dah perbaharui syahadah kalian? Kalau belum, okay, bolehlah buat sekarang, aku pun baru nak perbaharui syahadah.

Okey, aku tahu sekarang ni, dalam dunia sekarang ni memang semua orang bizi memanjang sampai kadang-kadang tu makan on the go je, dan oleh sebab itlah aku rasa orang invent touch and go tu. Okay, hambar!

Jadi, dalam bizi kita tu, ni termasuk aku tau, mintak sangat kita tak lupa tanggungjawab kita.

Contoh macam aku, sebab sekrang memang musim final kan, jadi memang pakat pulun stadi, kadang-kadang dah masuk waktu, especially asar, aku selalu cakap nak stadi sikit lagi.

End up sampai kul 5.25 o even 5.30 baru aku habis stadi and solat.

Aku rasa ramai yang macam aku, rasa kalau nak berhenti time orang azan dan terus solat tu, akan tergantungla sesi pembelajaran aku tadi tu.

But guys, we make mistake. =’((

Selama ni, yang memberi kefahaman pada kita tu, yang membenarkan ilmu nak masuk dalam diri kita tu hanya dengan izin Allah. Dah la ilmu tu pun hak Allah.

So, why we don’t bother to pray and then continue?

Mana tahu, lepas solat, ilmu tu senang nak masuk ibarat mencurah-curah ke ladang gandum gitu.
J
adi, aku rasa korang dah nampak point aku kat sini. Dan basically, aku tulis entry kali ni special untuk aku sebab memang aku perangai kalau dah stadi, memang nak habiskan dulu, biar dah masuk waktu pun.

Dan, kalau korang tak termasuk dalam golongan aku, tahniah, aku kagum dengan korang. But, kalau korang termasuk pun, kita geng!

 Sep sikit!


Okay, not that. I mean jom kita ubah slow-slow.tak delah mendadak terus sampai kau tak stadi sebab nak tunaikan hak Allah, tapi sebab memang tu tanggungjawab kita sebagai hamba. Dan stadi tu jangan tak pulak, nanti tak pasal-pasal kau salahkan aku. Eh! X))


Assalamualaikum,
          ha

Friday, 2 January 2015

JATUH DAN BANGUN PART 2

Bismillah,

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Selawat dan salam atas junjungan mulia Nabi Muhammad dan para sahabat baginda.

Assalamualaikum wahai para pembaca di mana sahaja anda berada.

Jadi, disebabkan semalam mood aku macam tak habis lagi nak cakap pasal jatuh bangun dalam kehidupan, hari ni aku teringin nak menghaplod so called puisi yang aku tulis.

Sebab, perkara ni memang banyak sangat jadi kat aku, dan bila aku rasa macam nak down jiddan, aku pun akan menulis.

dan yeah, menulis merupakan minat aku, tapi aku masih lagi mencari identiti sebenar aku sebagai seorang penulis. 

Jadi, aku rasa korang pun boleh nampak ketidakseragaman entri2 dalam blog aku.

okay, dah stop.


Terkadang, bila masalah hadir
Bila syaitan hidangkan kita dengan kesenangan dunia
kita alpa, kita leka dengan segal noda
hingga suatu saat kita terjatuh
kita mula tersungkur,
mula hilang punca.
Saat itu
kita datang pada Allah
kita minta kekuatan
kita minta jalan
kita janji macam-macam
agar Allah kurangkan bebanan.

Bila saat kita rasa kita dah cukup kuat
kita dah siap segala-galanya
syaitan datang menggoda
dan di situ
di tempat yang sama
di daerah yang sama
kita masih lagi terjatuh
malah terkadang, lukanya lebih teruk
parahnya semakin dalam
dan di saat itu
kita masih belum mampu
mengotakan apa yang dipanggil janji.

Wahai insan hamba Ilahi
Biar berkali pun kau tersungkur di daerah itu
biar luka lama merembes darahnya semula
biar kaki terlalu penat untuk berdiri kembali
Namun usahalah untuk berlari
Menuju keampunan Ilahi
Kerana Dia lebih mengetahui
Dia sentiasa mengamati
Perit jerih yang kau lalui.

Kerana di arasy sana
ada yang sentiasa mendengar
ada yang tak jemu memerhati
dan kerana Allah itu Maha Pengampun
Dan selagi pintu taubat masih terbuka luas
Janganlah kau penat
Untuk bangun dari jatuhmu itu.


Akhir kalam, semoga apa yang terluah dari hati sampai ke hati juga.

p/s
memang puisi ni aku buat time aku betul-betul down, time aku rasa memang tak de sape nak support aku, time aku rasa aku jatuh dari bangunan Klcc cenggitu ha rasa dia.
Tapi aku tau yang Allah Maha Penyayang, end up aku tulis puisi ni.
dan somehow, aku dapat lah sedikit kekuatan dari puisi ni sebab aku tau Allah ada dengan aku.
Jadi, sebab tu lah aku haplod puisi ni,
sebab aku nak orang rasa apa yang aku rasa, dan aku betul-betul harap orang tak terfikir nak bunuh diri bila dia down.

Ok, dah tak macam p/s dah pun.

aku tinggalkan korang dengan video feveret aku,


Assalamualaikum,
        ha




Thursday, 1 January 2015

JATUH DAN BANGUN

Assalamualaikum hai awak2 sekalian.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad dan para sahabat baginda.

Jadi, seperti yang semua tahu, hari ni dah masuk tahun baru dah memasing dah sibuk menyenarai azam yang entah akan terlaksana atau pun tidak.

Kita merancang, Allah juga merancang dan sebaik-baik perancang ialah Allah.

Pernah tak kalau korang buat dosa, pastuh korang rasa menyesal sangat sampai korang rasa memang tobat tak nak buat dah?

Hmm…

Serious talk, aku memang pernahlah kan. Tapi bukan bab miss subuh lah. Bahagian lain. Tu cite belakang.

Jadi, fitrah manusia lah kan, bila kita buat salah, kita akan mintak maaf. Dari kecik kot mak ayah dok ajar, tak kisahlah mak ayah ke, cikgu ke, tok nenek ke, pengasuh ke… dan sebagainya.

Dalam hidup kita, memang banyak kali kita jatuh. Tak kisah bila orang nak interpret perkataan jatuh yang aku tulis kat sini as apa.

Jatuh katil ke?

Jatuh sebab sepak batu ke?

Jatuh terduduk ke?

Dan…

Terpulangla pada korang.

Tapi yang pasti, jatuh yang aku maksudkan kat sini adalah excident dalam kehidupan.

Tapi bukan exsident langgar2 tu. Alahai, susah pulak nak terang.

Senang citer macam ni.

Hari tu kau puasa, lepas tu kau memang bajet-bajet dah cukup tough 
nak menahan nafsu makan walaupun orang lain makan apa pun depan kau.

Jadi, orang first datang makan aiskrim cornetto.

Second pulak makan kek coklat indulgend secret resepi.

Orang ketiga datang bawak nasik kukus mama kot, feveret tu.

Jadi, tanpa sedar, kau pun berbuka la puasa sebab tak tahan, lagi-lagi bila dia makan makanan feveret .

Haaa, Nampak tak apa yang aku nak sampaikan ni?

Definisi jatuh yang aku cuba sampaikan kat sini ialah,

“ bila kau dah yakin yang kau kuat, lepas tu bila Allah uji kau, dan kemudian, kau tewas dengan ujian Allah tu.”

Jadi, aku rasa semua orang pernah experience perkara macam ni.

Allah, kalau sayang sangat-sangat pada hamba Dia, mesti, kompem Dia akan uji.

Macam ujian yang Rasulullah dapat. Lagi berat, lagi dahsyat kot dari apa yang aku dapat.

Kot-kot lah ada sapa yang nak cakap cenggini,
“Alah, Nabi Muhammad kan Nabi, dahla Rasul lagi, memangla kena tough”

Meh nak tanya sikit,
Dah, kalau bukan Nabi, bukan Rasul, nak kena lembik je ke? Nak kena mengalah je bila Allah uji?

Apa yang aku nak highlight kan kat sini,
  1. Bila kita jatuh, kita kena bangkit, sebab setiap titis air mata, peluh yang kita keluarkan sebab nak cari redha Allah tu Allah kira.
  2. Bila Allah uji kita, maksudnya Allah sayang, Allah tak bagi ujian dekat orang yang dia tak sayang macam Firaun.
  3. Dan yang paling penting, tak kisahlah berapa banyak kali kita jatuh dan berapa banyak luka sebab jatuh tu, as long as kita cuba untuk bangun, cuba untuk bangkit, Allah akan kira tiap usaha.


“Allah tidak melihat besarnya dosa, tapi sejauh mana usaha untuk kembali kepada-Nya”

Tuesday, 30 December 2014

MIMPI

BISMILLAH,


dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Selawat dan salam buat Rasulullah dan para sahabat baginda.


Assalamualaikum buat anda para pembaca.


Memandangkan dah setahun lebih blog ni berhabuk dan bersawang, jadi aku nak lah membersihkan sawang-sawang di sini.




Kejap ye 
,.........
.........
......
.....
....
...
..
.


done.


kalau korang tengok entry aku before2 ni, korang mesti rase aku ada krisis identiti or tak lah sampai cenggitukan.


Maksud aku, kejap aku guna ha, kejap aku guna aku, kejap aku guna ana dan kejap aku guna saya.
dan memandangkan akulah tuan tanah kedaung dekat blog ni, jadi, aku dengan sesuka hatinya guna apa je yang aku suka.




Jadi, memandangkan entri kali ni bertajuk mimpi, aku nak kongsikan kepada semua berkenaan dengan apa yang jadi pada aku.


sori kalau ayat sekema, sebab baru lepas jawab exam BM Kerjaya.


Semenjak masuk asrama, aku, selalu dapat mimpi. Ok, bukan nak kecoh lah, sebab aku tau semua orang pun ada mimpi. Tapi, mimpi aku ni pelik sikit. Sampai sekaranglah yang pastinya aku dapat mimpi macam tu. Dah macam kebiasaan pula.


Ohh, before proceed, ni bukan mimpi jumpa Nabi (sebab aku tau aku tak layak) dan ni jugak bukan mimpi dapat wahyu ke apa. Jadi, boleh buang segala tanggapan tu. Dan jugak bukan mimpi... okay tak nak cakap dah.


Starting masuk asrama since form 1 dulu, kalau aku ada buat something tak baik, mesti aku akan dapat mimpi pelik2.


Contoh yang paling aku ingat sekali, time tu aku tidur dah dekat nak asar, jadi, dengar azan aku pun duduk sampai habis azan dan lepas habis memang aku sambung tidur balik la. Elok je kepala aku mendarat atas bantal, terus je mimpi. Mimpu tu senang cerita, aku kena kepung dengan makhluk-makhluk yang banyak dan ngeri dan yang aku tak kenal. 


sampai satu masa aku rasa macam tobat tak nak tidur dah. tapi biasalah, aku tidur je balik.
Sebab kalau tak tidur macam mana nak rehat, kan?




Banyaklah jadi mimpi2 macam tu. Jadi, aku ingatkan dekat sekolah tu dah stoplah. tapi....


bila aku masuk u, mimpi lagi kerap.
Tapi mimpi tu selalu jadi bila aku ada buat benda tak sepatutnya aku buat.
jangan tanya apa.


dan memang selalulah aku mimpi yang aku tidur, lepas tu ada yang kejut aku, kacau tidur aku, sampai aku lari ke kawan aku, kejut dia pulak (ni still dalam mimpi) sampai aku paksa diri aku untuk betul-betul bangun dan lari dari makhluk yang kejut aku tadi.


Kadang-kadang tidur baru lima minit, dah mimpi. 


Aku sebenarnya tak reti nak justifikasikan mimpi aku ni macam mana tapi memang dah kerap sangat aku dapat mimpi macam tu.


Tapi, banyak betul tapi,


mimpi tu memang hanya akan jadi bila aku buat sesuatu yang tak baik la senang cerita.
Kalau tak memang aku tidur dengan aman je.


Memang kadang-kadang aku rasa dan aku berazam dalam diri aku yang tak nak dah tidoooo.
tapi dalam berazam tu jugaklah aku tidur sebab dah ngantuk sangat.




Jadi, sebagai konklusi, memang aku pandang mimpi tu sebagai peringatan pada aku yang aku dah buat Allah marah dekat aku.


Aku anggap Allah nak tegur aku direct sebab aku ni jenis lambat pickup sikit.


Bagi aku,


 aku takut nak pesan dekat orang tapi aku sendiri tak buat.


Aku takut orang pandang aku baik sebab Allah tutup aib aku.


Aku takut kalau jumpa dengan orang yang pandai baca orang sebab aku malu dia tahu dosa-dosa aku.


Tapi, aku sendiri pun tak pasti,


 Malu pada siapa yang lebih aku utamakan?


Sedangkan waktu buat kejahatan Allah saksikan.


Tapi masa tu aku tak malu untuk buat.


Intihanya, apa yang aku nak sampaikan kat sini simple je



  1. bersangka baik dengan Allah
  2. sedar kesalah kita dan kita perlu ubah diri kita dulu untuk kejayaan Islam
  3. bersyukur sebab Allah masih lagi tutup aib kita



"Dalam setiap kejadian yang menimpa diri seseorang manusia itu, Allah hadirkan hikmah di penghujungnya, carilah hikmah itu, nescaya kau akan bahgia dan lebih percaya kepada Dia(fir@sh@,2014)"


Assalamualaikum,
     ~ha~





Sunday, 24 November 2013

13 OKTOBER 2013



Assalamualaikum.Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih mengurniakan kita dengan dua nikmat yang tiada galang gantinya iaitu nikmat iman dan islam.Jadi, seperti biasa, sebelum bicara dipanjangkan, sebelum tangan menari dengan lebih rancak, eloklah kiranya kita melafazkan dua kalimah syahadah terlebih dahulu.


Hari tu hari ahad, ingat lagi, baru lepas exam physics II, ana dengan seorang kawan merangkap roommate, schoolmate, baru lepas angkat barang turun bawah. Lepas tu, semenjak ada mesin gedegang, selalu beli air kat situ. Lepas angkat barang, beli air, kitaorang pun duduk dekat court badminton tu. Kertas pun beterbangan memang macam sunyi sepi sangat.Maklumlah, physics II antara subjek last yang exam. Exam sabtu, habis pun awal, jadi ramai yang dah balik.Rindu sangat.

Okey,sebenarnya apa yang diceritakan adalah sangat simple. Waktu tu, masa kitaorang duduk dekat court tu, dengan suasana yang amatlah sunyinya, kitaorang cerita pasal sekolah.

Yup, sekolah, dan yang paling nak highlightkan kat sini, waktu cerita pasal sekolah tu, memang perasaan ni terbit kat benak masing-masing.

“Kalaulah dulu kita tak macam tu, sedar semua benda ni dan kalaulah boleh balik sekolah balik dan ubah semua tu, sumpah tak nak buat”

Dan bila cakap macam ni, mesti ramai yang tertanya, apa yang nak diperbetulkan balik sebenarnya??

Resultkah?? Perangaikah??

Mula-mula, memang tak terlintas pun pasal result, tapi pasal AURAT. Yup. AURAT! Yang dulunya diri ni buat endah tak endah je. Kadang-kadang rasa nak pergi sekolah balik, nak cite kan pada junior-junior, supaya satu hari nanti mereka tak delah nak merenung macam ni.Menyesal.

Ingat lagi, dulu, kalau pergi kelas ambil buku, memang sah-sah tak pakai stoking. Pegi dema pun macam tu. Walau pun jenuh orang cakap kaki tu aurat. Kaki tu aurat. Tapi kenapa tah, macam tak nak lekat je kat kepala ni. Sampai kena tegur lagi kut. Tapi masa tu memang tak rasa malu pun.Mungkin sebab ramai yang buat. Jadi, rasa benda tu normal sangat. Yang pakai stoking tu pulak yang kita rasa pelik. Manusia2.

Bercakap soal stuktur asrama pula. Well, memanglah ana ni bukan sesiapa nak cakap soal binaan asrama tu, tapi bila fikir balik, bayangkan asrama menghadap aspura aspuri. Kalau dekat tingkat atas sekali tu, memang nasiblah. Kena pakai tudung, baju lengan panjang dalam kawasan asrama.Bukannya tak suka, tapi takkanlah setiap masa nak kena pakai tudung? Nak bukak tingkap pun tak boleh sebabnya takut budak lelaki Nampak. Sebab sungguh, memang boleh Nampak apa yang kita buat. Tapi masa tu, 5 tahun. Melaluinya dengan tenang? Tenang ke? Entah banyak kali dah kot aurat ni terdedah. Tapi masih tak de perubahan. Macam tak kesah langsung je.

Banyak lagi kalau ikutkan, memang sungguh, tak tipu, menyesal tak sudah sampai sekarang.Jadi, kepada junior-junior yang baca entry ni, tolong sangat2 take note apa yang sebenarnya nak dihiglightkan. Memang susah nak biasakan diri dengan skin sock/ stoking tu, tapi kalau kita cuba, In shaa Allah. Doakan moga yang menulis ini istiqamah.


~Amin~ 

Tuesday, 12 November 2013

RAMADHAN TERAKHIR

Bismillah..

Assalamualaikum..
Alhamdulillahirabbila`lamin..wassolatuwassalamualaa`sshrofilanbiya'iwalmursalinwaa`la alihi was0hbihi ajmain..selawat dan salam ke atas junjungan yang mulia Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat..

Pertama-tamanya marilah kita bersama-sama mengucapkan syukur atas pemberian nikmat dari Allah S.W.T dengan ucapan ALHAMDULILLAH..
okay,dah perbaharui syahadah kalian-kalian semua??kalau belum.cepat.sekarang jugak perbaharui syahadah tu.tak mo lewat-lewat.


khas buat Kak Ummi..bacalah yang tak seberapa ni



RAMADHAN TERAKHIR

“Encik Amar,”laung jururawat yang bekerja di kaunter itu.

Amar berjalan lemah menuju ke kamar doktor yang terletak hampir dengan kaunter.Pintu bilik dikuak lalu dia melangkah masuk.Lantas dia melabuhkan punggung di atas kerusi.

“Encik Amar,ujian yang kami telah jalankan mendapati anda mempunyai ketumbuhan di dalam otak dan jangka masa yang ada hanyalah 3 bulan.Tapi,berserahlah pada Allah,InshaAllah,Dia tahu yang terbaik.”

Amar melangkah longlai.Berita yang disampaikan doktor itu benar-benar memberi tamparan hebat kepadanya.Dia termenung lama di dalam kereta.Baru kini dia merasakan hidup itu singkat.Sangat singkat.Entah,umur yang sudah mencecah 30 puluh tahun itu ibarat tidak langsung memberi erti dan makna.Semuanya ibarat kosong.Lalu,satu persatu dosa silam menerjah fikiran.Ibarat memainkan video tanpa dipinta.Dia tenggelam dalam arus yang menyesakkan itu lalu hilang.

Dia terjaga dari satu lena yang dirasakan panjang.Dikerling kiri dan kanan.Tempat itu seolah-olah asing tapi damai di hati.Entah dari mana datangnya rasa ingin tahu yang membuak,membuat dia berdiri lalu berjalan menelusuri jalan yang penuh ragam manusia itu.

“Mak,lain kali mak duduk dekat rumah je.Biar adik yang jual kuih.Mak kan tak sihat.Nanti mak tak ada,susahlah adik.”

Amar memandang ke arah anak kecil yang memimpin tangan ibunya itu.Terasa berbahang di mata.Saat itu terasa rindu yang amat sarat pada ibunya.Lalu dia terus melangkah melewati sebuah rumah kayu yang agak rapuh binaannya.

“Mak,adik dah balik.”anak kecil yang sama berlari ke arah wanita yang dilihatnya tadi.

“Mak,tadi kan dekat sekolah,ustazah cakap dekat adik,hafiz tu panggilan untuk orang yang hafal Al-Quran.Adik pun nak hafal Quran lah mak.Sebab nama adik kan Hafiz.”

“Adik nak hafal Quran?Alhamdulillah.Sukanya mak.”balas wanita itu seraya mencium lembut pipi anaknya.

Amar yang menjadi penonton setia hanya memandang.YA Allah,hatinya meronta kuat saat ini.Namun,kaki digagahkan jua untuk melangkah ke destinasi yang dia sendiri tidak pasti. Sebaik kaki melangkah ke kaki lima kedai itu,langkahnya terhenti.Mata seolah-olah terpanggil untuk melihat adengan yang lain pula.

“Kau buat apa dengan mak cik ni?Ni mak kau ke Hafiz?”soal seorang budak yang sebaya dengan Hafiz.Hafiz lantas menarik tangan sahabatnya itu.

“Gila ke apa tu mak aku?Tu,aku kesian dekat mak cik tu.Dia sorang-sorang.Aku tunggu driver aku ambil ni.Lambat pulak.Ada ke cakap mak cik tu mak aku.”balas Hafiz.

“Yelah.Aku ingat mak kau tadi.Mana tau kau tipu kitaorang kan”soal sahabatnya itu.

“Ke situ pulak korang.”

Amar memandang ke arah wanita tua yang mejual tisu itu.Matanya dapat menangkap ada titik-titik jernih yang mengalir di pipi wanita itu.Air mata yang sekian lama diseka tidak mampu tertahan lagi. Bila mengenang kesemua peristiwa yang berlaku,dia tidak mampu lagi membendung sebak yang bersarang di dada.Dia menghampiri Hafiz.Ingin menegur sikap budak lelaki itu.Namun,semuanya mulai kabur.Dia kembali tenggelam dalam arus yang menyesakkan itu lalu hilang.

“Amar,Alhamdulillah awak dah sedar.Awak kemalangan seminggu yang lalu.Dah seminggu awak koma.Allah masih bagi awak peluang.”

“Saya nak mak saya doktor.Saya nak mak saya”rintih Amar yang mula mengalirkan air mata.

“Muhammad Amar Hafiz ,mak ada dekat sini nak”kata wanita tua yang sejak seminggu yang lalu setia menemani anaknya itu.Sungguh,jika dia memikirkan apa yang telah anaknya itu lakukan.Terlalu perit untuk digambarkan.Namun,hati seorang ibu tidak mampu membiarkan anaknya menderita saban hari memanggil-manggil namanya.

“Assalamualaikum,imam oh imam,”sapa Amar di muka pintu.Pintu dibuka lalu Imam Amin segera
menyahut salam daripada Amar.

“Masuklah Hafiz.Memang imam tunggu kamu pun.” Amar lantas masuk dan duduk.Semenjak lahir lagi dia telah kehilangan ayah dan Imam Aminlah tempat dia berteduh kasih sewaktu kecilnya.
Sebaik sahaja dia duduk di atas kerusi,air mata laju mengalir saat terdengar alunan ayat suci Al-Quran yang dialunkan oleh Saif,anak kepada Imam Amin.

Kekuatan dikumpul sebelum dia mula berbicara.“Imam,saya rasa berdosa sangat sekarang.Dah banyak saya tinggalkan.Mak saya,saya abaikan, solat, puasa saya,halal haram semuanya saya abaikan.Saya lalai imam.Terlalu alpa.Sampai saya rasa dah tak ada ruang lagi untuk orang macam saya ni.Saya tak layak nak hidup,imam.Rasa macam Allah takkan terima dah apa yang saya buat”

“Astaghfirullah,Hafiz,tak baik kamu cakap macam tu.Bukan ke Allah itu Maha pengampun lagi Maha Penyayang?Allah dah sedarkan kamu sebelum kamu terlewat.Allah masih bagi kamu peluang untuk perbetulkan kesalahan kamu.Pintu taubat tu luas,nak.Allah berfirman dalam surah Az-Zumar, ayat 53, Katakanlah: "Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." Allah kuatkan lagi,Allah tekankan lagi,betapa luasnya pintu taubat Allah ni,Allah ceritakan pula dalam surah as-syura ayat 25“Dan Dialah yang menerima taubat dari hamba-hamba-Nya dan memaafkan kesalahan-kesalahan dan mengetahui apa yang kamu kerjakan.” Terlampau banyak Hafiz,ayat yang Allah ceritakan pada hambaNya betapa luas pintu taubat tu.Tinggal kita je yang nak sedar atau nak biarkan peluang yang Allah bagi tu berlalu macam tu je.Allah tak lihat besar dan banyak mana dosa yang kita buat Hafiz.Tapi Allah tengok sejauh mana kesungguhan kita untuk kembali kepadaNya”.

Laju air mata mengalir di pipi lelaki itu.Saat itu perasaan malu sudah dibuang sejauh mungkin.Sungguh,dia tersentuh.Dia tersentap.Betapa selama ini Allah telah memberi ruang untuknya.Allah menganugerahkan kecukupan baginya,tapi dia tidak bersyukur.Lantas tangannya mencapai tangan Imam Amin lalu disampaikan hajat di hati.Aku ingin berubah.

Usai menunaikan solat terawih,Amar berteleku di atas katil,bermuhasabah diri dan merenung dosa-dosa silam.Teringat dia tazkirah dari Saif sewaktu menunggu waktu Isya’ tadi.Kata Saif, kadang-kadang manusia itu sering lupa akan asal usul sendiri.Sering lupa jasa ibu dan bapa.Bahkan yang lebih menggerunkan lagi,hingga sanggup membuang ibu bapa dalam mengejar sesuatu yang tidak pasti.Walhal ibu dan bapalah yang bersengkang mata untuk menjaga kita.

Amar bangun dari katil.Tangan laju mencapai Quran yang sering kali menjadi peneman setelah Quran itu lama dibiarkan berhabuk.Dia menyelak Quran itu sehingga bertemu surah al-ana’am.Niatnya ingin menyambung bacaan yang ditinggalkan petang tadi.Usai bertadarus,dia merenung satu persatu makna ayat yang dibaca.Mata seolah-olah terhenti pada ayat ke 151. Katakanlah: "Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibubapa.”

Al-Quran di tangan ditutup dan diletak ke atas rak kembali.Kakinya laju melangkah keluar dari bilik.Ibu yang sibuk di dapur dihampiri.Dia melutut.Menangis.Meratapi perbuatan zalimnya terhadap seorang yang bergelar ibu.Emak lantas meraih bahunya lalu tersenyum.Syukur. “Alhamdulillah, anakku Hafiz telah Kau pulangkan  Ya Allah,” rintih emak di dalam hati.

Petang itu Hafiz sibuk membantu emaknya di dapur.Katanya,dia ingin berbakti kepada ibunya itu bagi menebus dosa-dosanya.Usai berbuka puasa dan solat maghrib,dia duduk di sisi ibunya.

“Mak,dulukan adik ada cakap dengan mak yang adik nak hafal Quran.Tapi adik baru hafal sikit mak.Adik takut tak sempat nak habiskan,”kata Amar.

“Kenapa adik cakap macam tu nak?InshaAllah sempat lagi adik nak habiskan.Tak pelah,sambung waktu raya pun bolehkan”tutur wanita itu lembut.Riak risau di wajah sebolehnya cuba disembunyikan.

“A’ahkan mak.Malam ni pengunguman raya kan mak?Dah lama adik tak dengar pengunguman raya dengan puasa.Tapi sedihkan mak,Ramadhan dah nak tinggalkan kita.Entah adik sempat lagi ke tak Ramadhan akan datang.Dahlah tahun ni baru nak puasa.Adik menyesal mak,menyesal dengan masa lalu adik,” sayu Amar bersuara.

“InshaAllah nak,sempat.Doa pada Allah.”

“Mak,adik nak minta maaf sangat-sangat.Dah lama adik tak jenguk mak.Raya pun adik tak balik.Adik berdosa mak.Adik tak dapat nak maafkan diri sendiri bila adik ingat yang adik halau mak dari rumah adik sebab perempuan yang entah mana-mana.Dahla malam kan waktu tu mak.Hujan lagi.Tapi waktu adik bodoh.Adik menangkan nafsu dari rasional akal.Adik tak pergi cari mak,”Amar tidak mampu lagi membendung air matanya.

“Mak dah lama maafkan adik.Mak tahu,waktu tu adik macam mana.Mak faham adik.Zaman muda,lagipun mesti adik malu ada mak macam ni kan,”kata wanita itu.

“Mak,adik bangga dapat mak macam mak.Sebab mak is the best in the world.Hehe.Mak is awesome. Adik sayang mak dunia akhirat,”lantas Amar meraih tangan ibunya dan mencium tangan wanita itu.Lama dia berbuat begitu.Sungguh,dia rindu.Rindu yang tersangat menggebu.

Pagi yang tenang itu,wanita itu masuk ke bilik Amar.Terpamer senyuman semanis mungkin kerana dia bakal merayakan satu syawal dengan anak yang sangat dirinduinya.Tangan menolak daun pintu tapi kaki tidak jadi melangkah.Serasa tidak lagi berpijak di bumi yang nyata.Air mata sudah jatuh berjujuran.Tidak dapat diseka.Amar Hafiz masih lagi di sejadah.Sedang sujud menghadap penciptaNya.Hati merintih,namun wanita itu redha.Ini ketentuan daripada Maha Esa. “Terima kasih Allah,kerana Kau masih memberi dia peluang untuk bertaubat dan Kau berikan aku masa untuk merasai kembali kehadiran anakku ini di sisi.Aku redha.Pergilah Muhammad Amar Hafiz dengan tenang,”bisik hati wanita itu.


Wednesday, 18 September 2013

Oh My Buddiez!

Assalamualaikum..
Alhamdulillahirabbila`lamin..wassolatuwassalamualaa`sshrofilanbiya'iwalmursalinwaa`la alihi was0hbihi ajmain..selawat dan salam ke atas junjungan yang mulia Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat..

Pertama-tamanya marilah kita bersama-sama mengucapkan syukur atas pemberian nikmat dari Allah S.W.T dengan ucapan ALHAMDULILLAH..
okay,dah perbaharui syahadah kalian-kalian semua??kalau belum.cepat.sekarang jugak perbaharui syahadah tu.tak mo lewat-lewat.

Bila hari tu ada orang tiba-tiba tanya, selalu update blog ke nak suruh saya baca? Sentap jugaklah kan,sebab jarang-jarang update.Ni barulah muncul balik.

_____________________________________________________________________________
A:Eh,tu bukan ke roommate kau yang duk dating tu.Jom kita pi tegur.

B:eh,eh.Tak payahlah.Kita membenci dengan hati jela.

A:Membenci dengan hati tu kan selemah-lemah iman.Kau kan baik dengan dia.Selalu lepak sama.Kita pegi tegur ea.Mencegah kemungkaran tanggungjawab bersama.

B:Bukan apa,aku takut nanti kalau aku tegur dia,dia terasa.Lepas tu dah tak nak tegur aku. Tak nak lah macam tu.Tu kire memutuskan silaturrahim.

Eh!
_____________________________________________________________________________

Okey,ana rasa cukup sampai situ perbualan itu ditamatkan.
Persoalan??
.Pernah tak,sekali pun perkara ni terjadi pada anda?
Anda nampak kawan  anda buat salah,tapi anda anda dan anda takut nak tegur.
Nanti takut dia terasa.

Kalau anda semua rasa macam tu,ana nak anda semua fikirkan sejenak.

 Mana hilangnya ucapan “Ana Uhibbu Enta Fillah”??

Mana hilangnya janji untuk berpimpin tangan ke syurga bersama sahabat tersayang??

Sentap bukan?

Hakikat kita sebagai manusia dengan teganya menyakiti dan melukai Pencipta kita dengan tidak melaksanakan tanggujawab amar makruf nahi mungkar dengan memberi alasan kita bimbang hati sahabat kita akan terluka.

Kita secara tidak langsung lebih rela menjaga hati makhluk dari menjaga hati penciptaNya.

Sedangkan yang memegang hati-hati kita,yang berhak dan layak atas hati kita adalah Allah. 

Allah lah yang memegang dan mengawal hati kita

Kita lupa!!!

Kita alpa!!!

Kita lupa yang bahawasanya jika kita meminta kepada Allah untuk menjaga hati sahabat kita, membuka hatinya untuk menerima teguran dengan baik.Sudah pasti Allah kabulkan.Sudah pasti Allah juga turut gembira kerana kita sedang menjalankan tanggungjawab kita.

Renungkanlah jika anda semua benar-benar ingin berpimpin tangan dengan sahabat tersayang ke syurga bukan turut sama mengheret ke neraka.Eh!

p/s
Oh My Buddiez.Tegurlah ana kerana ana juga manusia yang khilaf dan mudah tersungkur!